fbpx

Adab Bermusafir Oleh Imam Al- Nawawi

Adab Bermusafir Oleh Imam Al-Nawawi

musafir

Adab bermusafir yang dibincangkan adalah sepenuhnya mengambil rujukan daripada Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab oleh Imam al-Nawawi.  Informasi ini menunjukkan ajaran Islam itu menyeluruh dan teliti terhadap semua perkara dalam kehidupan, termasuklah adab bermusafir.

1. Rajinkan bertanya dan meminta pandangan daripada orang yang lebih berpengalaman.

2. Memperbanyakkan amalan menunaikan solat sunat istikharah.

solat sunat

3. Banyakkan bertaubat kepada Allah.

Selain itu, melangsaikan hutang yang mampu untuk dilakukan serta mengembalikan hak milik orang lain juga termasuk dalam adab bermusafir.

4. Pastikan untuk meminta keredhaan orang tua, termasuk kepada orang-orang yang kita ada tanggungjawab untuk berbuat baik dan taat terhadapnya.

5. Menggunakan hasil nafkah yang pasti daripada sumber yang halal.

6. Membawa bekal yang berlebihan agar boleh membantu orang yang kesusahan.

7. Pastikan untuk mempelajari hukum-hakam haji atau umrah apabila ingin bermusafir untuk haji atau umrah.

8. Mencari teman atau kawan seperjalanan yang baik, iaitu mereka yang mampu memberi peringatan untuk berbuat baik.

9. Jika bermusafir untuk menunaikan ibadah haji atau umrah, pastikan tidak disibukkan dengan barang-barang perniagaan.

10. Isnin dan khamis adalah hari yang digalakkan untuk bermusafir.

11. Menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum keluar rumah juga termasuk dalam adab bermusafir.

12. Memberitahu tentang kepergian dan mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga dan jiran tetangga.

13. Saling mendoakan antara yang ditinggalkan dan yang pergi bermusafir.

berdoa

14. Bersedekah.

15. Membaca doa bermusafir:

“Allahu akbar” (tiga kali),

“Bismillah”,

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ. اللَّهُمَّ إنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى, وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفر وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ وَإِذَا رَجَعَ قَالَهُنَّ وَزَادَ فِيهِنَّ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ

16. Melantik seseorang yang sesuai dan berkelayakan untuk menjadi ketua perjalanan.

17. Memperbanyakkan doa ketika dalam perjalanan. Ini kerana doa orang yang bermusafir dimakbulkan.

18. Pastikan untuk memelihara ibadah solat fardhu.

19. Saling tolong menolong.

Berikut merupakan antara adab bermusafir yang terkandung dalam Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab oleh Imam al-Nawawi. Moga dapat memberi manfaat walau sekelumit buat anda.

Anda ingin belajar mengaji Al-Quran? Di Beana HomeQuran, perkhidmatan ini dibuka buat anda. Anda mencari kelas khas untuk orang dewasa, remaja atau pun kanak-kanak? Jangan risau, kami turut sediakan kelas mengikut peringkat umur.

Jangan tunggu lama-lama. Boleh klik pautan ini laju-laju saya nak belajar Al-Quran!

In shaa Allah, segala usaha kita dipandang dan diterima oleh Allah.