fbpx
perkahwinan

Menikah Ketika Usia Masih Di Bangku Kuliah?

Menikah Ketika Usia Masih Di Bangku Kuliah?

perkahwinan
 
Pelbagai cerita yang boleh tercoret ketika di bangku kuliah. Terdengar rakan-rakan terpaksa berhenti kuliah kerana terpaksa menjaga ibu bapa yang sakit. Tidak kalah juga dengan cerita mereka yang menangguh pengajian kerana terpaksa menyara kehidupan adik beradik lantaran ketiadaan ibu bapa.
 
Tetapi, pasangan muda yang menikah ketika zaman kuliah di universiti selalu menjadi bualan hangat. Ada yang kritik. Ada juga yang menyokong. Persoalannya, adakah ia satu kesalahan? Ia memiliki pelbagai jawapan dengan pelbagai alasan.
 
SALAH: jika memiliki unsur-unsur kemudaratan pada pasangan, paksaan yang membawa mudarat adalah sesuatu yang tidak boleh diteruskan.
 
BOLEH: boleh jadi kerana pelbagai faktor telah terlaksana.
 
Persoalan seterusnya,
 
Apa yang perlu diambil kira ketika mengambil keputusan untuk menikah di usia muda?
 
1. Meminta pandangan pada ibu dan ayah.
Bukan memaksa, akan tetapi lebih kepada menyatakan alasan kukuh dan meminta persetujuan dengan seikhlas hati mereka.
 
2. Sebelum menikah, bertanya kepada Allah.
berdoa
Banyak yang perlu dipertanyakan pada Allah.
Tanya pada Allah adakah dia begitu dekat denganMu ya Allah?
Adakah dia benar-benar menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan?
Adakah dia lelaki yang sangat mencintai Islam dengan sebenar-benar islam?
 
Jika segala pertanyaan di atas dijawab “ya”, mohon pada Allah berikanlah sebahagian cintanya kepada kita, yang memerlukan dia untuk kesempurnaan agama kita, dan mintalah seperti apa yang diminta didalam sanubari kita.
 
Jawapan di atas akan terjawab jika benar-benar kita meminta pada Allah dengan tanpa henti mempelajari solat dengan baik, mempelajari wuduk dengan sempurna, mempelajari adab berdoa dengan keadaan yang terbaik.
 
Ingat satu perkara.
 
Allah akan berikan perkara yang baik kepada orang baik. Pilihan untuk menikah di usia muda bukanlah sesuatu yang janggal pada mata perspektif Islam, akan tetapi biarlah kita bersikap matang bertanya pada Allah. Maka in shaa Allah, rezeki itu adalah milik Allah dan Allah jua yang akan berikan kepada hambanya.
menikah
Apa yang penting teruskan berdoa semoga kita dipertemukan dengan pasangan yang baik dalam membimbing kita ke jalan yang benar. Allahumma amiin.
 
Anda ingin mencari duit tambahan semasa menjadi pelajar?
Jom jana pendapatan dengan menjadi guru hometuition!
Dengan bekerja separuh masa, boleh menjana pendapatan sehingga RM1,000 sebulan.
 
 

')}