fbpx

Menemui Calon Suami Dengan Membaca Al-Quran

Menemui Calon Suami Dengan Membaca Al-Quran

calon suami

Membaca Al-Quran boleh dapatkan tips untuk mencari bakal suami?

Menentukan pasangan hidup bukan sesuatu yang mudah. Mengikut firman Allah yang bermaksud;

Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan.

Surah Adz-Dzariyat: 49

Kecenderungan manusia untuk berkasih sayang dan hidup berpasangan merupakan satu fitrah. Fitrah suci yang telah ditetapkan oleh Allah buat seluruh hambaNya, baik manusia mahupun haiwan.

perkahwinan

Tak pernah lekang dari bibir masyarakat berbicara tentang jodoh. Pelbagai aspek dibincangkan, termasuk tips-tips mencari pasangan hidup yang mampu berkekalan dunia akhirat.

Suami, perlulah stabil dari segi kewangan dan mampu untuk memimpin.

Isteri, mestilah bijak dan mampu untuk membantu suami mengurus hal-hal kekeluargaan.

Suami isteri perlu membina persefahaman dan sentiasa belajar untuk bertoleransi. Kerana apa yang kedua pasangan ini lakukan adalah pembinaan sebuah generasi manusia pada masa akan datang. Ia tugas yang berat, jangan sesekali dipandang remeh.

Pada zaman berteraskan teknologi ini, banyak sumber yang boleh diperolehi untuk mencari tips mencari bakal suami ideal. Baik daripada bahan bacaan bercetak seperti majalah mahupun bahan digital seperti perkongsian para influencer di Instagram dan Facebook.

Namun, pernahkah anda tertanya, apakah tips mencari bakal suami mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran?

Ada tipsnya. Di sebalik untaian indah kata-kata Allah itu, ada pengajaran dan tunjuk ajar yang diberi bagi mencari pasangan hidup yang berkekalan dunia dan akhirat, in shaa Allah.

Tips mencari pasangan hidup mengikut garis panduan Al-Quran:

1. Sentiasa memperbaiki akhlak diri sendiri

Firman Allah yang bermaksud:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk para lelaki yang keji, dan lelaki yang keji pula adalah untuk para wanita yang keji. Dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik pula adalah untuk wanita yang baik.

Surah An-Nur: 26

Allah telah berjanji kepada semua hambanya bahawa Dia hanya akan menyatukan orang yang baik dengan yang baik. Tetapkan hati melakukan kebaikan. Sulami hati dengan keikhlasan dalam melakukan suatu kebaikan.

Proses memperbaiki diri tak mudah. Mustahil untuk mengambil masa selama satu malam. Malam ini berubah, esok pagi terus menjadi manusia terbaik. Mustahil. Proses ini mengambil masa yang lama disulami dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Melalui proses pembelajaran ini, Allah menilai usaha hambaNya ini untuk berubah menjadi lebih baik semata untuk mencari jodoh atau ikhlas dilakukan keranaNya.

Sesungguhnya Allah Maha Teliti dan Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam hati hamba-hambaNya.

2. Sentiasa membaca Quran dan menitipkan doa kepada Allah

Firman Allah yang bermaksud:

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.

Surah Al-Furqan: 74

Doa adalah senjata setiap mukmin. Dalam apa juga keadaan sekalipun, doa jangan ditinggalkan, termasuk dalam pencarian bakal pasangan hidup.

berdoa

Melalui doa, kita boleh panjatkan apa sahaja perkara yang diinginkan kepada Allah. Tiada doa yang Allah abaikan. Segalanya diterima. Tiada sebarang penolakan dalam konsep doa. Allah hanya menunggu masa yang paling sesuai untuk dikabulkan kerana Allah mengetahui segala yang zahir dan tersembunyi ke atas hambaNya.

Jadi, teruskan berdoa untuk mendapatkan pasangan hidup yang sesuai. Jangan pernah mudah putus asa untuk memperbaiki diri sendiri.

3. Lihat pada nilai spiritual dan rohani seseorang

Sangat jelas pesanan dalam surah At-Tur: 21 tentang pesanan Allah supaya jangan meletakkan ciri-ciri bakal pasangan anda semata dari luaran. Lihat dari segi spiritual dan rohani pasangan hidup anda.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan orang-orang yang beriman diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman. Kami himpunkan zuriat keturunannya itu dengan mereka (di syurga)…

Surah At-Tur: 21

Wujudkan gambaran ciri-ciri pasangan hidup yang mampu memimpin dan mementingkan kehidupan di akhirat kelak bagi menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

4. Banyakkan berhimpun dengan orang-orang baik

Melalui firman Allah dalam surah Al-Ahzab: 35, Allah tunjukkan bahawa dalam kehidupan, kita akan bertemu dengan pelbagai jenis manusia dengan pelbagai tingkahlaku.

Oleh itu, banyakkan bertemu dengan orang bagi mengetahui dan belajar daripada pelbagai jenis manusia. Belajar untuk berhimpun dan berkumpul bersama kelompok yang baik. Melalui proses pembelajaran mengenali manusia, kita akan jadi lebih menghargai kenalan-kenalan kita.

5. Berusaha dan menyerahkan hasil kepada Allah

Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

…Dan ingatlah sesiapa yang menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)…

Surah At-Talaq: 3

Manusia hanya mampu untuk berusaha dan merancang, namun sebaik-baik perancang adalah Allah. Percayakan Allah. Sesungguhnya tidak ada yang sia-sia pengharapan yang disandarkan pada Tuhan yang Maha Berkuasa.

Anda mahu membaca Al-Quran tetapi, masih tiada keyakinan?

Jangan risau, Beana HomeQuran bersedia untuk membantu. Beana HomeQuran menyediakan perkhidmatan belajar mengaji sehingga pandai bersama guru-guru Al-Quran berkaliber.

Klik pautan saya mahu belajar Al-Quran! untuk maklumat lanjut.

Semoga usaha kita diterima oleh Allah dan membuahkan hasil yang terbaik. ')}