fbpx

MUSLIMAH HAID? APA YANG BOLEH DILAKUKAN ?

MUSLIMAH HAID ? APA YANG BOLEH DILAKUKAN ?

 

Sebagai umat islam, melakukan ibadah adalah merupakan ketaatan kita pada ALLAH. Ketaatan adalah melakukan perkara yang sesuai diperintahkan oleh Allah. Tiada satu pon keadaan dalam kehidupan seorang manusia walaupun muslimah haid yang boleh terlepas dari maksud ibadah kepada ALLAH . Setiap masa atau setiap keadaan mesti ada ibadah yang sesuai mengikut keadaan yang tertentu.

Bagi kaum muslimah misalnya, ALLAH memberikan kepada mereka banyak keutamaan dan keistimewaan mereka, adalah ketika masa haid. Ketika ini, ALLAH melarang mereka untuk melakukan solat dan ibadah puasa.

Seorang yang sedang haid dan meninggalkan solat dia telah melakukan satu perkara yang bersesuaian dengan apa yang telah diperintahkan. Muafaqatul amal , adalah satu ketaatan pada ALLAH , mereka yang haid meninggalkan solat bererti dia melakukan satu perkara yang telah diperintahkan.

Dalam apa yang masyhur melalui pandangan mazhab Syafei, seorang yang sedang haid HARAM membaca Al-Quran. Difahami, mereka yang mengikut perintah dalam agama untuk tidak membaca Al-Quran ketika dia dalam keadaan haid bukanlah dalam keadaan yang rugi tapi dia sedang melakukan ketaatan pada ALLAH.

Terdapat satu pandangan dalam mazhab Syafei yang mana membolehkan seorang muslimah haid untuk membaca ayat-ayat Al-Quran mengikut keadaan tertentu seperti:

1. Muslimah Haid yang menghafal Al-Quran

Sebahagaian ulama’ dalam mazhab Syafei membenarkannya untuk mereka yang khuatir haidnya berpanjangan dan takut LUPA akan hafalannya. Maka ia dibolehkan.

2. Mengajarkan Al-Quran

Mengajar Al-Quran menjadi sebahagian dari pekerjaannya, maka dalam mazhab Syafei agar dia tidak kehilangan pekerjaannya maka dibolehkan untuk membaca Al-Quran.

3. Membaca doa dan zikir

Yang mengamalkan doa dan setiasa menyebut zikir-zikir yang terdapat di dalam Al-Quran.

Selain itu, banyak lagi ibadah-ibadah lain yang boleh dilakukan ketika sedang haid seperti sedekah, menuntut ilmu, menyampaikan nasihat dan dakwah, mendidik anak,mengurus rumah tangga dan banyak lagi.

Jika disenaraikan kita akan sedar perkara yang boleh dilakukan muslimah haid berkaitan ketaatan pada ALLAH adalah jauh lebih banyak berbanding perkara yang dilarang atau haram dilakukan.

Dan tidak dinafikan sama sekali, terlalu besar peluang mereka untuk merebut dan meraih ganjaran ketika dalam keadaan haid dengan melakukan pelbagai amalan seperti beberapa contoh yang telah kami sebutkan di atas.

Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Aminn.

Comments are closed.