fbpx

Penyakit Berjangkit Berbahaya ?5 Tips Boleh Diamalkan dan Nombor 3 Wajib Buat !

Dunia sekarang digemparkan dengan penyakit berjangkit yang sangat berbahaya iaitu virus corona atau dikenali sebagai COVID-19.

Cuba amalkan 5 Tips ini, inshaAllah kita semua terhindar dari sebarang penyakit berjangkit yang berbahaya.

1. Mencuci tangan dengan betul

Kerap mencuci tangan di mana saja kita berada. Ini bukan saja dapat melindungi dari sebarang penyakit berjangkit malah kita juga dapat menitik beratkan mengenai pentingnya menjaga kebersihan itu sendiri.

Dalam hadith ada mengatakan , “kebersihan itu adalah sebahagian dari iman”. Sebagai umat islam , kebersihan amatlah dititik beratkan dalam kehidupan seharian. Lebih baik jika kita mengamalkan wudhu’ setiap hari .

Macam mana dikatakan wudhu’ itu sebagai wudhu’ yang sempurna ? Jom tonton video Wudhu’ sempurna ini!

2. Menutup mulut ketika batuk atau bersin

Seeloknya , tutuplah mulut jika mengalami batuk dan juga bersin menggunakan tisu atau tangan. Dan jangan lupa untuk membasuh tangan sejurus kita bersin atau batuk.

Ini bagi mengelakkan kita atau orang yang berada disekeliling  terkena apa-apa penyakit berjangkit dan boleh memudaratkan kesihatan. Nak tahu dengan cara apa virus boleh merebak ? Terutamanya virus Covid 19 sekarang ni? Teruskan baca faktor utama virus tersebar.

3. Amalan Doa dan Zikir

Disini , saya kongsikan sedikit doa yang boleh diamalkan sepanjang keberadaan kita sama ada di luar atau pon di dalam rumah.

InshaAllah dengan amalan ini, kita semua dijauhi dari perkara yang berbahaya seperti penyakit berjangkit dan juga musibah-musibah yang lainnya.

Doa 1:

بِسْمِ اللّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِى الأِرْضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيم

“Aku berlindung dengan nama Allah, tidak ada sesuatu di bumi atau di langit yang boleh membahayakan, sesungguhnya Dia lagi Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Doa 2:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ ، وَالجُنُونِ ، والجُذَامِ ، وَسَيِّيءِ الأسْقَامِ

“Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu dari penyakit belang, gila, lepra dan keburukan segala macam penyakit.”

Doa 3:

أَعُوذُبِكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.”

Doa 4:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

“Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat”.

4. Membaca Al-Quran

Luangkan masa kita yang ada sekarang ni untuk sentiasa mendekatkan diri dengan membaca AL-QURAN. Tetap belajar , fahami dan perbetulkan apa yang sebelum ini kita rasa kurang dari pembacaan kita.

Inilah masa yang sangat sesuai untuk anda kembali kepada Al-Quran. InshaAlah dengan pembacaan yang baik dan konsisten , ini juga boleh menjadi satu asbab untuk kita dijauhi daripada penyakit berjangkit. Amin .

Dan bila-bila anda bersedia untuk memperkasakan lagi bacaan mengaji anda, anda boleh sertai kelas mengaji kami hanya dengan klik kelas mengaji untuk info lebih lanjut ya.

5. Patuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Dengan pesakit covid 19 yang makin meningkat dari hari ke hari, jadi KKM telah mengeluarkan arahan untuk kita semua tidak keluar dari rumah jika tiada tujuan yang penting. Di sini saya sediakan Statistic Covid 19 sebagai rujukan.

Rehat dan duduk la dirumah. Luangkan masa kita semua dengan keluarga, Jangan menjadirikan diri kita salah seorang dari punca penyebaran penyakit berjangkit tersebut.

Sebagaimana dalam Firman Allah:-

تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ

Maksudnya : “Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…”

Surah Al-Baqarah (195)

Semoga dengan perkongsian tips ini dapat membantu memberi kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya pencegahan awal dari Covid19 ini. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Semoga Bermanfaat !

Boleh tonton juga dalam bentuk video penuh di channel youtube kami di sini.