fbpx
ustazah

Private Tutor Atau Kelas Tuisyen Ya?

Private Tutor atau Kelas Tuisyen ya?

 

privae tutor

Rata-rata ibu bapa sekarang menggunakan perkhidmatan private tutor untuk membuat kelas tambahan di rumah disebabkan dengan kekangan masa dan kerja setiap hari kan. Memang tiada masa pon nak ambil hantar anak lagi-lagi untuk kelas tambahan.Malam pulak dah penat.

Tapi sebenarnya kalau anda nak tahu banyak juga kelebihan jika kita memilih untuk menggunakan private tutor untuk pembelajaran anak di rumah. Nak tau apa dia? Jom admin kongsikan antara kelebihan yang boleh kita grab dengan pemilihan tersebut.

1. Lebih Selamat dan Selesa

Kenapa saya cakap lebih selamat dan selesa? Iya, dengan adanya private tutor keselamatan anak akan lebih terjamin berbanding dengan menghadiri tuition di luar.Zaman sekarang ni jangan terlalu mudah untuk lepaskan anak kemana-mana. Kiri kanan depan belakang penuh dengan risiko.

Lagi satu, di rumah anak anda akan lebih selesa untuk bertanyakan beberapa soalan yang tidak difahami daripada guru yang mengajar. Tade lah segan minta kawan tanyakan macam kat sekolah tu. Hehehe.

Bila menggunakan private tutor di rumah juga, kurang lah gangguan seperti bising construction ke, orang kacau ke apa ke lah kan. Santai je bila belajar di rumah.

2. Lebih Jimat masa dan kos

Bila anda mempunyai tutor yang mengajar di rumah, masa dan kos untuk hantar anak ke kelas tidaklah terlalu tinggi. Dan anda tidak perlu menghabiskan masa di atas jalan saja disebabkan oleh jammed semata-mata .Duit minyak pon tak perlu kita keluarkan untuk hantar dan ambil anak dari kelas kan.

Sambil tunggu boleh ulangkaji sikit kan dengan anak sebelum mula kelas. Tadelah kena terkejar kejar masa untuk menghantar anak ke kelas di luar.

3. Lebih perhatian ditumpukan

Bila belajar di rumah dengan private tutor, lebih mudah untuk mereka menumpukan sepenuh perhatian di bahagian mana yang anak kita perlu fokus dan tingkatkan kefahaman. Bukan itu saja , di rumah juga anak-anak akan lebih mudah melakukan aktiviti yang direka bagi meningkatkan kefahaman mereka. 

Bila ramai pelajar susah juga guru nak beri perhatian kan. Kenalah adil.  Betul tak? Berbanding kalau kat rumah. Anak-anak pon senang nak pick up nanti.

Nak dapatkan tutor yang boleh mengajar di rumah sekarang ni , mudah saja . Tak perlu cari jauh-jauh. Hanya tekan link ini je anda dah boleh dapatkan tutor untuk pembelajaran anak-anak anda di rumah ! 

Nak pilih pakej belajar pon boleh . Tekan saja di sini .  Selamat mendaftar !