fbpx
online learning

Kelas Online Efektif? 3 cara ini boleh membantu!

Kelas Online Efektif? 3 cara ini boleh membantu !

online learning

Kelas online adalah kelas yang dijalankan dalam talian menggunakan platform online yang ada seperti video whatsapp, facebook messenger, zoom dan beberapa aplikasi online yang lain.

Dengan pandemik Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya, ramai ibu bapa yang mengambil langkah berjaga-jaga bagi meneruskan pembelajaran anak-anak terus berjalan. Ada yang masih tidak bersedia lagi untuk menghantar anak-anak ke sekolah seperti biasa.

Tetapi sebenarnya, masalah ini dapat diselesaikan dengan hanya menggunakan kecanggihan teknologi pada zaman ini. Anak-anak boleh meneruskan pembelajaran mereka hanya melalui kelas atas talian.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil supaya kelas yang efektif boleh dijalankan adalah :

1. Atur Masa

Para ibu bapa perlu menyusun masa anak-anak untuk belajar dengan menggunakan platform online di rumah. Banyak perkhidmatan kelas atas talian yang disediakan pada masa sekarang yang boleh ibu bapa sediakan untuk anak-anak di rumah.

Antara persediaan yang anda boleh lakukan adalah seperti membuat jadual kelas yang khusus untuk mereka supaya aktiviti seharian anak sentiasa teratur dan waktu mereka tidak akan terganggu.

Tentukan masa tidak terlalu lama dan tidak pula terlalu sekejap. Lihat keselesaan anak juga ya.

2. Set Target

Setiap bulan, set target untuk anak. Apa yang perlu dicapai dalam setiap pembelajaran yang dijalankan. Supaya kita tahu, dengan adanya kelas melalui online ini mereka juga dapat belajar dengan baik dan bersemangat.

Dan pembelajaran yang dijalankan juga sama seperti pembelajaran mereka di sekolah. Yang lebih penting, ibu jangan lupa ya untuk menyediakan reward anak-anak selepas target yang dibuat tercapai.

Dan ibu perlu tahu, bahawa fokus anak-anak sangatlah susah untuk ‘dipancing’ terutamanya belajar melalui online tapi dengan adanya reward setiap target yang dibuat, anak-anak akan lebih bersungguh untuk mencapainya.

3. Pilih Guru yang Berkualiti/Bertauliah

Pemilihan guru untuk anak-anak juga sangat penting supaya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh mereka sentiasa menjadi lebih efektif.

Dan anak-anak juga akan berasa lebih selesa sepanjang pembelajaran melalui kelas online yang dilakukan oleh guru tersebut. Jadi, ibu kenalah membuat pilihan yang terbaik untuk anak-anak ya !

Nak dapatkan guru yang berpengalaman dan bertauliah untuk kelas online anak? Senang jer. Klik saja kelas belajar Al-Quran online! anak anda dah boleh belajar 😊