fbpx

5 Kelebihan Menjadi Guru Agama

5 Kelebihan Menjadi Guru Agama

Warga pendidik merupakan seorang yang mulia dan memiliki taraf yang tinggi di sisi Allah SWT. Ini kerana seorang pendidik bertanggungjawab dalam membentuk watak, perangai, tingkah laku dan juga keperibadian seseorang yang dididiknya. Inikan pula seorang guru agama yang mendidik manusia untuk beramal ibadah ke jalan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah Ali-Imran : 104)

Sedangkan Allah SWT juga menyuruh kita supaya berdawah kepada orang lain dan sekaligus mengembangkan Islam. Bagi seorang muslim, terdapat banyak kelebihan dan manfaat yang akan diperoleh oleh seorang guru yang mengajar agama.

Pahala Sentiasa Mengalir Selagi Ada Yang Mengamalkan Ilmunya

Seorang guru yang mengajar agama dan berdakwah kearah kebaikan, pahalanya sentiasa akan mengalir selagi ada orang yang mengamalkan ilmunya itu. Pelajarnya yang mengajar ilmu itu kepada orang lain juga turut mendapat pahala. Selagi ilmunya itu diamalkan kearah kebaikan, selagi itulah seorang guru akan mendapat pahala.

Guru Merupakan Teladan Bagi Anak Didiknya

Guru merupakan seseorang yang sangat hebat dimata setiap anak muridnya. Setiap gerak-geri seorang guru akan sentiasa diperhatikan pelajarnya. Ini kerana mereka ingin belajar, mengikuti dan mengamalkan perkara yang dilakukan oleh guru mereka. Semua perkara akan menjadi ikutan anak didiknya.

Oleh itu, warga pendidik perlu berhati-hati dalam berkata-kata dan mengajarkan perkara yang baik kepada pelajarnya. Setiap kata-kata dan ilmu yang diberikan akan menjadi ikutan anak muridnya. Mereka juga lebih mudah untuk menerima kata-kata daripada seorang guru.

Guru Agama Adalah Sebaik-Baik Manusia

Terdapat ungkapan yang mengatakan bahawa “sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat sesamanya”. Guru adalah manusia yang sering berusaha keras untuk mengajar anak didiknya dan berkongsi ilmu yang mereka ada. Ilmu yang disampaikan kepada pelajarnya akan diamalkan seluruh hidup mereka.

Amalan Yang Diajar Akan Menjadi Pahala Jariah

Ada 3 amalan yang tidak akan terputus walaupun orang yang melakukan amalan tersebut telah meninggal dunia iaitu, anak yang soleh, sedekah dan ilmu yang bermanfaat. Seorang guru agama yang mengajar anak didiknya dengan tulus ikhlas, malah menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada mereka, segala imunya akan menjadi amal jariah kelak.

Ini kerana pada suatu ketika nanti, ilmu tersebut akan digunakan oleh anak didiknya untuk mengajar orang lain dan seterusnya.

Seorang Guru Agama Sangat Dihormati Oleh Sesiapapun

Seseorang guru agama akan sentiasa dihormati dan dipandang tinggi di mata masyarakat kerana ilmu yang disampaikannya. Seorang guru akan tetap dipanggil guru walaupun mereka tidak lagi berkhidmat sebagai tenaga pengajar. Panggilan guru atau cikgu tidak akan hilang sampai bila-bila.

Malah para pelajarnya akan terus berurusan dan bertanya kepada guru mereka walaupun gurunya itu sudah tidak berkhidmat lagi.

Saya yakin terdapat banyak lagi kelebihan dan manfaat menjadi seorang guru agama. Berkat mengajar seseorang itu hanya seorang guru sahaja yang akan dapat merasanya. Guru agama merupakan insan yang sangat mulia dan dipandang tinggi oleh Allah SWT.

Untuk melahirkan generasi yang penuh ilmu agama di dada bukanlah perkara yang mudah. Inikan pula untuk mendidik seseorang supaya mempunyai akhlak dan peribadi yang baik.

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.” (Surah Fussilat : 33)

Anda ingin mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak atau dewasa? Beana HomeQuran menyediakan perkhidmatan pembelajaran dan pengajaran Al-Quran. Boleh klik saya nak jadi guru Al-Quran untuk maklumat lanjut. Pembelajaran Al-Quran secara online pun disediakan buat semua. Boleh klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.