fbpx

Lafaz Niat Puasa Yang Mudah Ketika Ramadhan

niat puasa

Niat puasa , mesti ada yang masih keliru sama ada boleh atau tidak membaca niat puasa sebulan sekali gus kan ?

Lagi beberapa hari saja lagi untuk kita menunaikan kewajipan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Dah bersedia ke kita semua dari fizikal dan mental? InshaAllah yang paling penting kita semua masih diberi kesempatan untuk melakukan ibadah puasa tahun ini.

Jadi , lafaz niat mana yang kita perlu baca sama ada membacanya secara harian atau sebulan terus ? Sebenarnya tidak menjadi permasalahan pon dalam cara membacanya. Jika kita selesa untuk mengguna lafaz niat secara harian pon boleh, sebulan terus pon boleh. Boleh rujuk juga persoalan di Hukum Fatwa Mufti Wilayah ini.

Yang penting , perlu membaca lafaz tersebut . Jom saya kongsikan lafaz niat puasa yang boleh kita baca.

1. Lafaz niat puasa untuk Sehari

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

2. Lafaz niat untuk Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: ” Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

Jika kita takut atau risau terlupa untuk melafazkan niat setiap hari , jadi digalakkan untuk membaca niat untuk sebulan terus. Bila waktu untuk kita membacanya ? Jom dapatkan jawapan yang tepat dan teruskan membaca hukumnya di sini.

Bila dah menunaikan ibadah puasa , mesti masing-masing ada azam nak Khatam Quran kan? Tapi masalahnya , sempat ke nak khatam Quran kalau bacaan sekarang masih kurang lancar ? Jika anda seorang yang menghadapi masalah ini , jangan risau !

Layari saja laman web ini , Kelas mengaji ONLINE dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi. DAFTAR SEKARANG jika anda tidak mahu terlepas dari tawaran ini.

InshaAllah , Puasa kita tahun ini kita dapat menjadikannya benar-benar fokus untuk beribadah pada Allah disamping Al-Quran. Semoga dengan penulisan ini dapat memberi manfaat pada diri kita dan yang membaca dan berkongsi pada yang lain.

 Jangan lupa untuk share article ini pada semua kenalan anda !