fbpx
bulan ramadhan

Bulan Ramadhan Bulan Para Isteri Kumpul Pahala ?

3 Tips Kumpul Pahala Sebagai Isteri Di Bulan Ramadhan

bulan ramadhan

Golongan wanita adalah antara golongan yang mudah untuk merebut pahala lagi-lagi bila tibanya bulan Ramadhan. Tetapi kita yang menjadikannya sukar untuk dipraktikkan. Sebab apa? Sebab kebanyakan dari golongan wanita terlalu busy dengan kerja dan ada juga yang busy dalam menguruskan hal rumah tangga dan juga urusan anak-anak.

Dan mungkin inilah antara faktor yang membuatkan golongan wanita tidak sempat untuk melakukan amalan kebaikan di bulan puasa. Di sini sedikit perkongsian cara bagaimana wanita boleh melakukan tugasan yang baik di bulan Ramadhan dan mendapat manfaat dari apa yang mereka lakukan.

Menyediakan juadah sahur dan berbuka

Isteri antara orang yang busy di dapur bila tibanya bulan ramadhan kerana mereka yg akan menyediakan makanan. Dan inilah peluang untuk wanita merebut pahala walaupun dalam kesibukan di bulan Ramadhan.  Inilah janji pahala yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebutkan,

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (Riwayat At-tarmizi)

Bayangkanlah jika di dalam satu keluarga itu ada 4 atau 5 orang berpuasa maka betapa besarnya pahala yang disediakan oleh Allah swt untuk wanita atau isteri yang bertungkus lumus menyediakan hidangan bagi mereka sekeluarga.

Melakukan tugasan rumah sambil berzikir kepada Allah

Para isteri boleh berzikir atau pun memasang radio mengaji dan hanya mengikuti bacaan dari radio tersebut sambil melakukan tugasan rumah untuk menghidupkan suasana ibadah di rumah tersebut. Amalkan dengan zikir yang ringkas sahaja. Setiap kali melakukan tugasan mulut pun boleh terkumat kamit dengan zikir-zikir.

Pernah suatu masa Saidatina Fatimah mengadu pada bapanya Rasulullah saw akan beratnya melakukan tugas-tugas rumah, lalu di jawab oleh Baginda dengan menyebut:

Baginda bersabda: “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim)

Mengajarkan anak mengaji

Dalam bulan Ramadhan, cuba untuk cari dan tetapkan satu masa yang boleh untuk mengajarkan anak mengaji. Ataupun boleh melakukan aktiviti bertadarrus bersama keluarga.cJika ibu tiada masa, ibu boleh menyediakan perkhidmatan belajar mengaji secara private untuk anak-anak dirumah. Tiadalah masa anak terbuang begitu saja di bulan yang mulia ini.

Dengan aktiviti yang dilakukan ini dapat membantu menyeimbangkan kehidupan anak-anak dan keluarga kita juga dengan ilmu akhirat.  Cuba penuhkan masa anak di bulan Ramadahan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah supaya kita dapat melatih anak berpuasa penuh sejak kecil lagi. Mungkin anak juga akan terleka semasa melakukan aktiviti tersebut sehinggakan tidak sedar masa berbuka semakin hampir.

Senangkan sebenarnya para isteri boleh mendapatkan pahala yang banyak di bulan Ramadhan ini. Hanya melakukan amalan yang boleh memberi manfaat kepada diri dan orang lain sahaja sudah mendapat pahala.

MasyaAllah. Jadi, lakukan lah sebanyak amalan yang baik di bulan Ramadhan ini. Dan cuba untuk konsisten dengan amalan yang dilakukan selepas sahaja Ramadhan meninggalkan kita.

Semoga perkongsian ini juga dapat memberi manfaat dan galakan kepada golongan wanita di luar sana untuk memperatikkan amalan tersebut dalam keluarga mereka. InshaAllah..