fbpx
bulan puasa

Aktiviti Ketika Bulan Ramadan Bersama Anak-Anak!

3 Aktiviti Para Ibu Boleh Lakukan Bersama Anak Ketika Bulan Ramadan

bulan ramadhan

Bulan Ramadan hampir tiba?

Tiba bulan puasa saja, para ibu mesti risau  jika anak-anak tidak dapat menahan puasa di saat akhir? Bagaimana kita sebagai ibu boleh membuatkan anak bertahan untuk puasa seharian penuh. Dan apa pengisian yang ibu boleh lakukan sepanjang anak berpuasa? Jadi, disini ada sedikit cadangan atau perkongsian untuk para ibu memenuhi masa anak dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menarik.

Dekorasi Menu Iftar

iftar

Semasa ingin menyediakan juadah berbuka, ajak anak-anak untuk membantu ibu di dapur. Sambil menyediakan Ibu-ibu boleh berzikir bersama anak-anak. Minta anak-anak menyedikan menu ringkas seperti sandwich, agar-agar beraneka warna dan macam-macam lagi. 

Dan boleh juga melatih anak untuk berkongsi juadah berbuka sesama jiran tetangga yang berdekatan. Lagi-lagi kepada mereka yang kurang berkemampuan. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Tabung Sedekah

Sediakan satu tabung untuk anak. Galakkan anak bersedekah di bulan ramadan. Para ibu boleh buat sendiri tabung-tabung pelbagai bentuk dan menarik supaya anak seronok untuk bersedekah. Banyak kelebihan jika kita amalkan amalan bersedekah. Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 133-134 mengenai bersedekah yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Justeru, setiap apa yang diperintahkan Allah itu pasti ada manfaatnya. Bila Allah menyuruh hamba-Nya melakukan sesuatu sama ada dalam bentuk wajib atau sunat, walaupun pada awalnya dilihat begitu sukar, jika dilakukan pasti ada kemanisan pada akhirnya.

Hari Cintai Al-Quran

mengajar alquran

Setiap hari lakukan aktiviti bersama anak dengan al-Quran. Terpulang pada ibu-ibu jenis aktiviti tersebut. Sama ada mengaji, menghafal atau pun menceritakan kisah-kisah yg terdapat di dalam al-Quran. Lebih menarik jika setiap aktiviti tersebut ibu-ibu selitkan unsur seni dan kraf supaya dapat membantu dari segi proses kefahaman dan penghayatan anak. Tetapkan masa untuk sesi dengan Al-Quran, tidak terlalu lama dan tidak terlalu sekejap. Bergantung juga dengan kemampuan anak tersebut. 

Didik anak dari kecil mencintai Al-Quran, jika ada masa terluang ajar anak membaca Al-Quran. Sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya.” (HR. Al Bukhari)

Jika anda mahu mencari guru Al-Quran untuk anak-anak, anda mungkin berminat untuk menjenguk Beana HomeQuran. Di sini ada perkhidmatan pembelajaran Al-Quran secara online bersama para guru bertauliah.

Anda boleh klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Macam-macam lagi aktiviti yang para ibu boleh lakukan bersama anak di bulan ramadan. Semoga para ibu  dapat melatih anak berpuasa sejak kecil lagi dan penuhi masa anak ketika berpuasa dengan pelbagai aktiviti yang bermaanfaat. Dengan adanya pelbagai aktiviti anak-anak akan leka dan tidak sedar masa berlalu dengan cepat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda. Selamat Mencuba!