fbpx
membaca alquran

Membaca Al-Quran Seperti Yang Diajarkan Rasulullah, Bagaimana?

Membaca Al-Quran Seperti Yang Diajarkan Oleh Rasulullah

membaca alquran

Membaca Al-Quran merupakan salah satu kewajipan yang wajib dijalankan oleh setiap umat Islam. Seperti solat 5 waktu, mengaji Al Quran juga merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan. Al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam disebabkan keistimewaan yang terkandung dalamnya. Al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

Oleh kerana itu, Al-Quran merupakan pedoman serta pegangan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Membaca Al-Quran adalah ibadah wajib yang tidak boleh ditinggalkan. Sekurang-kurangnya dalam satu hari cuba dapatkan 1 muka surat untuk dibaca. Jadikan amalan kita setiap hari dengan mengaji Al-Quran.

Jom kita kaji sama-sama tips atau cara mengaji Al-Quran yang diajarkan Rasulullah:

1. Mengaji Secara Tartil

Dalam Al-Quran surah Al Muzammil ayat 4 Allah berfirman “…dan bacalah Al-Qur’an secara tartil…”. Wajib bagi ke atas setiap muslim mengaji Al-Quran secara tartil dan bertajwid. Tidak boleh mengaji Al-Quran secara sembarangan sebab kalau salah sebutan huruf boleh lari maksudnya. Bila baca Al-Quran secara tartil boleh membuat setiap muslim dapat manfaat dengan apa yang telah di bacanya, makna dan juga keutamaan di dalamnya. Dan juga boleh membuatkan kita faham dan tahu maksud yang dibaca jika sebutannya betul.

2. Mengaji Secara Bertalaqqi

Bagaimanakah mengaji Al-Quran secara talaqqi tu? Talaqqi adalah dengan cara seorang murid duduk di hadapan gurunya untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran secara langsung dimana-mana sahaja dengan syarat secara bersemuka tanpa alat perantaraan yang lain. Bagi mereka yang masih baru dalam mengaji Al-Quran digalakkan untuk berguru supaya dapat mempelajari bacaan dan hukum tajwid dengan tepat dan betul. Dan mudah untuk bertanya apa yang tidak difahami semasa mengaji Al-Quran.

3. Mengaji Secara Bertadabbur

Tadabbur adalah membaca terjemahan Al-Quran dan juga tafsirnya sekali. Apabila kita mengaji Al-Quran, lebih baik untuk kita menghayati satu persatu kandungan terjemahan tersebut dan tafsirannya dan cuba kaitkan dengan kehidupan seharian kita. Cuba betul-betul hayati maksudnya ketika mengaji Al-Quran. InshaAllah jika kita menghadapi sesuatu masalah atau kesusahan kita akan dapat jawapan terus dari Al-Quran selepas kita betul-betul menghayati.

Beana HomeQuran menyediakan perkhidmatan pembelajaran Al-Quran bersama para guru bertauliah hanya secara atas talian. Dari tingkat umur yang berbeza sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

3 cara di atas boleh kita amalkan ketika belajar mengaji Al-Quran. InshaAllah dengan menggunakan cara yang betul, mudah untuk kita menghayati dan memahami apa yang telah dibaca dan juga mendapat ganjaran daripadanya. Amin. Selamat beramal!