fbpx
amalan yang disukai Allah

Amalan-Amalan Yang Dapat Menggandakan Pahala

Amalan Baik Yang Disukai Allah

Amalan apakah yang paling Allah sukai?

Manusia dilahirkan ke atas muka bumi hanya dengan satu tujuan. Iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah sepenuhnya. 

Setiap ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah ditujukan buat hamba-hambaNya. 

amalan yang disukai Allah

Walau sekecil manapun ibadah tersebut, ia pasti akan mendatangkan kebaikan kepada kita. Setiap insan di bumi ini pasti mengimpikan untuk masuk ke syurga dan mendapatkan pahala yang banyak.

Banyak amalan baik yang mudah boleh kita lakukan tetapi masih ramai yang mengabaikannya. Untuk menggandakan pahala dan masuk ke syurga terdapat beberapa amalan baik yang dapat meningkatkan penimbang pahala kita.

Membaca Al-Quran

membaca alquran

Al-Quran merupakan kalam Allah yang menjadi sumber petunjuk untuk kehidupan umat manusia di seluruh dunia. Aslinya Al-Quran ini tidak mampu untuk sesiapa mengubahnya. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah Al-Hijr : 9)

Al-Quran merupakan bacaan yang sangat mulia. Jadi, ianya sangat disyorkan untuk kita membacanya. Lagi bagus sekiranya kita menghafal, mengamalkannya dan berdakwah menggunakannya. Berapa besar pula pahala yang kita akan dapat nanti.

Di dalam Al-Quran juga Allah telah berfirman yang bermaksud, “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Surah Saad : 29)

Itu belum termasuk lagi doa-doa yang berdasarkan ayat di dalam Al-Quran. Selain kita mendapat pahala, kita juga dapat berdoa untuk diri kita. Allah SWT juga berfirman yang bermaksud, “Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam.” (Surah Al-Nahl : 98)

“Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas).” (Surah Al-Muzzammil :20)

Solat Di Tengah Malam

solat malam

Firman Allah SWT bermaksud, “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

Allah menyuruh kita solat ditengah malam diantara waktu isyak dan subuh. Allah juga telah menjanjikan tempat yang terpuji di akhirat kelak sekiranya kita berbuat sedemikian.

Allah juga berfirman bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).” (Surah Az-Zariyat : 15-18)

“Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.” (Surah Al-Muzzammil : 20)

Puasa

Puasa pada bulan Ramadhan adalah puasa yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam. Di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)

Berpuasa adalah menahan diri dari segala hal yang boleh membatalkan puasa dari sejak terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Berpuasa dari segi bahasa bermaksud adalah menahan diri daripada berbuat sesuatu.

Hal ini telah ditunjukkan di dalam Al-Quran yang bermaksud, “Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.” (Surah Maryam : 26)

Bersedekah

“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka.” (Surah As-Sajadah : 15-16)

Melalui terjemahan ayat di atas, Allah menyuruh kita untuk menunaikan solat pada malam hari, membaca Al-Quran, bertasbih dan bersedekah. Dengan bersedekah, kita akan diredhai Allah dan mendapat pahala yang amat besar.

Firman Allah bermaksud, “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah Al-Baqarah : 261)

Dan firmanNya lagi,”Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (Surah An-Nisa : 114)

Zikir

bertasbih

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.” (Surah Al-Baqarah : 200-202)

Ayat di atas menjelaskan bahawa terdapat tiga orang yang doanya tidak akan ditolak oleh Allah SWT, malah akan dikabulkan iaitu; orang yang selalu berzikir kepada Allah SWT, orang yang dianiaya dan pemimpin yang adil.

Allah juga menyuruh kita supaya sentiasa mengingatinya walau apa jua yang kita lakukan. Ini telah tertulis di dalam Al-Quran yang bermaksud, “(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah Ali Imran : 192)

Demikianlah amalan-amalan yang patut kita amalkan untuk menambahkan ganjaran pahala kita. Allah itu Maha Mengetahui di atas segala perkara yang kita lakukan. Walaupun ianya sebesar zarah sekalipun, sekiranya ia adalah untuk kebaikan, Allah pasti akan memberikan ganjarannya.

Sudah pastinya terdapat banyak lagi amal yang boleh dilakukan untuk mendapat pahala yang banyak. Sesuatu yang kita lakukan itu sama ada baik atau buruk, pasti akan diberi balasannya. Hal ini telah tertulis di dalam Al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Surah Al-Zalzalah : 7-8)

Satu ibadah yang Allah sukai adalah mereka yang cuba mempelajari Al-Quran. Jika anda mahu belajar Al-Quran tanpa susah-susah keluar rumah, Beana HomeQuran ada jawapannya. Beana menyediakan pembelajaran Al-Quran bersama guru yang bertauliah. Klik saja saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Semoga Allah meredhai segala usaha kita.