fbpx
tugas suami

5 Tugas Suami Yang Wajib Disediakan Untuk Isteri Mengikut Islam

5 Tugas Suami Kepada Isteri Mengikut Islam

Tugas suami kepada isteri tak boleh diambil ringan.

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” (Surah An-Nisa : 34)

tugas suami

Seorang lelaki setelah melafazkan akad nikah, mereka seharusnya perlu tahu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam untuk menjaga dan memelihara keluarganya. Menikahi seseorang wanita bermakna tanggungjawab seorang suami telah bermula.

Kebanyakan isteri pada masa sekarang ini bekerja untuk membantu ekonomi keluarga. Walau seorang isteri itu bekerja, keperluan memberi nafkah tetap menjadi tugas suami.

Antara semua tanggungjawab seorang lelaki terhadap isterinya adalah termasuk nafkah zahir dan batin. Tetapi tahukah anda tugas suami yang patut disediakan untuk si isteri?

Rumah

tugas suami

Rumah merupakan tempat tinggal yang perlu disediakan oleh suami untuk isterinya. Tidak kiralah sama ada ianya disewa atau dibeli, asalkan ianya mengikut kemampuan suami.

Rumah yang disediakan tidak perlulah besar, mewah atau sebagainya, cukuplah ianya sekadar untuk keselesaan dan keselamatan serta sebagai tempat berlindung isteri itu.

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.” (Surah At-Talaaq : 7)

Makan Dan Minum

Kebiasaannya orang perempuan yang akan pergi membeli barang-barang dapur dengan sendirinya tanpa suami. Dengan secara tidak langsung, si isteri sebenarnya menggunakan duitnya sendiri untuk membeli barang-barang dapar kerana ianya adalah “tugasnya” sebagai seorang isteri dan perempuan.

Ramai yang tidak tahu, ini sebenarnya salah. Sepatutnya, ini adalah tugas suami terhadap isterinya. Suami perlu membeli barang dapur menggunakan duitnya sendiri untuk menjaga makan minum dia, isteri dan anak-anak.

Menyediakan makan minum kepada isteri bukan hanya dengan menghulurkan duit untuk membeli makanan sahaja. Tetapi, tidak salah bagi seorang isteri untuk membantu suaminya dalam membeli barang-barang dapur yang diperlukan.

“Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Surah Al-Baqarah : 233)

Pakaian Dan Perhiasan

pakaian wanita

Menyediakan pakaian adalah tugas suami kepada isterinya. Ini mungkin peluang untuk suami bersama-sama memelihara aurat isteri. Menyediakan pakaian yang menutup aurat untuk si isteri juga dapat menjaga dan memelihara aurat si isteri.

Wanita sememangnya tidak asing lagi dengan perhiasan. Suami perlu menyediakan perhiasan untuk isteri. Perhiasan dipakai oleh si isteri sebenearnya adalah untuk si suami juga. Jadi, sediakanlah perhiasan untuk isteri sebagai penambah serinya.

“Dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.” (An-Nisa: 5)

Perubatan

Sediakan duit kecemasan untuk menanggung perbelanjaan kos perubatan sekiranya isteri ditimpa sakit. Suami perlu membaca isteri berubat dan membiayai perbelanjaan ini. Pada zaman sekarang ini, takaful untuk isteri dan anak-anak itu sebenarnya perlu disediakan oleh suami supaya kehidupan isteri dan anak-anak terjamin.

“Setiap penyakit pasti memiliki ubatnya. Apabila sesuatu ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan izin Allah SWT.” (HR Muslim)

Pembantu

Sekiranya isteri sebelum berkahwin sudah biasa mempunyai pembantu rumah, maka suami perlu menyediakan pembantu untuknya selepas berkahwin.

Zaman sekarang ini, sekirannya suami tidak mampu, cukuplah sekadar menyediakan wang saku untuk penjagaan anak ataupun mengambil pembantu rumah sambilan dan paling penting sekali adalah mengupah pembantu semasa isteri sedang berpantang selepas melahirkan anak.

Selain daripada itu, suami jug aperlu memberi nafkah wang walau sedikit mana sekalipun untuk isteri setiap bulan. Walau hanya mampu memberi RM10 sahaja, asalkan diberi kepadanya. Ini adalah supaya keberkatan wujud dalam rumah tangga.

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.” (Surah An-Nisa: 19)

Bagi membina rumahtangga yang bahagia, suami isteri juga boleh membaca Al-Quran bersama. Beana HomeQuran menyediakan perkhidmatan pembelajaran Al-Quran dari peringkat kanak-kanak, remaja dan juga dewasa! Tak perlu susah-susah keluar rumah kerana ia diadakan secara atas talian. Klik link saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Tugas suami bukan perkara yang boleh diambil ringan. Suami perlu menguruskan dulu kewajipan yang wajib ditunaikan olehnya, kemudian barulah isteri datang membantu sekiranya memerlukan bantuannya. InsyaAllah rumah tangga akan diberi keberkatan.

Giveaway Fasih Mengaji

mengaji online

GIVEAWAY FASIH MENGAJI
===================================

Beana Home Quran akan adakan Giveaway pelbagai hadiah menarik seperti Tunai Rm1,000, Samsung earphone , Emas Habib & Al-Quran untuk kempen ini !

Ini akan menjadi kempen hadiah terbesar kami! 🔥🔥🔥

Berikut ialah cara untuk mengambil bahagian:
1. Masuk ke group Telegram Beana di bawah
2. Klik website yang akan diberikan di dalam group Telegram
3. Pilih mana-mana pakej Fasih Mengaji
4. Whatsapp admin untuk pembayaran dan isi detail
5. Anda layak untuk jadi pemenang untuk hadiah-hadiah menarik ini

* Jumlah Pemenang: 13 pemenang (maksimum)
* Pemenang akan diumumkan di Live Instagram & Facebook serta dalam Telegram Beana Quran.

Jom Sertai sekarang !🤩

Klik link di bawah untuk masuk group Telegram Beana Quran
https://t.me/beanaquran
https://t.me/beanaquran
https://t.me/beanaquran