fbpx
guru alquran

5 Manfaat Menjadi Guru Mengajar Al-Quran

5 Manfaat Menjadi Guru Mengajar Al-Quran

guru alquran

“Guru mengajar Al-Quran? Wah mulianya kerja awak!”

Kita sering mendengar ayat sedemikian rupa, bukan? Antara sebabnya para nabi dan rasul juga ditugaskan untuk mengajar dan menyebarluaskan ilmu Islam pada zaman dahulu. Hasil daripada ketekunan dan kesabaran mereka menyebabkan sinar Islam masih teguh menyinar sehingga kini. Jadi, apakah keistimewaan menjadi guru Al-Quran selain mendapat letih dan lelah? Point yang kelima sangat penting, pastikan untuk baca sehingga habis! Lima manfaat dan keistimewaan jika anda jadi guru mengaji adalah:

Aliran Pahala Yang Berterusan Hingga Selepas Mati

Selari dengan pesanan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad:

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang mampu memberikan manfaat buat masyarakat.”

Tugasan guru yang sentiasa menyebarkan manfaat bagi menjadi penyuluh hidup buat masyarakat mampu menjadi aset pahala yang berterusan. Malah sehingga kita berada di liang lahad kelak.  

Guru Al-Quran Dipandang Tinggi Oleh Masyarakat Langit & Bumi

Berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Rasulullah SAW:

“Akan terputus segala amalan seseorang anak Adam setelah ajal menjemputnya, kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, penyebaran ilmu bermanfaat kepada orang lain dan untaian doa daripada anak-anak soleh.”

Mereka yang mengamalkan dan mengajarkan ilmu Al-Quran yang benar mampu bergelar sebagai pewaris legasi Rasulullah SAW. Usaha dan jerih perih mengajar ilmu Al-Quran akan sentiasa dihitung dan dipandang tinggi oleh masyarakat langit dan bumi.

Guru Al-Quran Mempunyai Peluang Untuk Belajar Sambil Mengajar

Menjadi guru tidak hanya tertumpu kepada pengajaran ilmu kepada para pelajar. Malah melalui perkongsian ilmu pengetahuan antara pelajar dan guru membuka peluang kepada semua pihak untuk belajar daripada satu sama lain. Ini kerana mempelajari dan mengajari ilmu Al-Quran adalah sangat dituntut dalam Islam.

Menjadi Peringatan Bersama Termasuk Buat Diri Sendiri
guru alquran

Bekerja sebagai seorang guru Al-Quran boleh bertindak sebagai peringatan buat diri sendiri untuk sering konsisten dalam mempelajari Al-Quran dan segala ilmu yang terkandung di dalamnya.

Dalam pada masa yang sama tugasan ini mampu meninggikan darjat kedua orang tua mengikut hadith riwayat Abu Dawud:

“Barangsiapa membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran, Allah akan memakaikan mahkota yang menyinar lebih daripada sinaran matahari dunia buat kedua orang tuanya pada hari kiamat.”

Mempelajari Al-Quran Dalam Kumpulan Yang Terbaik
guru alquran

Beana HomeQuran menyediakan peluang dan khidmat untuk mempelajari Al-Quran sekaligus menjadi guru Al-Quran yang mampu menyebarkan manfaat buat masyarakat.

Marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk mengumpul aset buat persediaan di kemudian hari dengan menjadi seseorang yang sering menyebarkan manfaat kepada orang lain. Bagaimana?Dengan cara menjadi guru Al-Quran yang terbaik di antara yang terbaik di Beana HomeQuran. Untuk maklumat lanjut, dipersilakan untuk klik pautan Qutor Beana .