fbpx
membaca alquran

5 Adab Ketika Baca Al-Quran

5 Adab Ketika Baca Al-Quran

Apabila anda baca Al-Quran, ia seolah anda sedang berbicara dengan Kekasih dan Pencipta. Maka tentunya ada adab-adab yang perlu anda patuhi.

membaca alquran

Kemuliaan Al-Quran sebagai wahyu Allah perlu anda pelihara dengan mempelajari adab-adab berhadapan dengan Al-Quran sebelum mempelajari ilmunya.

Mengapa?

Kerana melalui adab yang betul, anda akan mudah untuk mempelajari sesebuah ilmu. Walaupun seseorang itu tidak berpelajaran tinggi, kemuliaan dirinya akan terpancar melalui adab dan tingkahlakunya.

Berikut adalah 5 adab yang perlu anda patuhi ketika baca Al-Quran. Jom pelajari bersama sampai habis!

Baca Al-Quran Dalam Keadaan Berwudhu
niat wudhu

Anda perlu menyucikan diri daripada hadas kecil sebelum melakukan ibadah iaitu dengan berwudhu. Jadi, anda boleh check out informasi ringkas tentang Tatacara Berwudhu Dengan Benar untuk pastikan cara anda berwudhu itu betul mengikut ketetapan syariah.

Al-Quran bukan naskhah buku-buku novel atau buku cerita yang biasa. Anda perlu memuliakan Al-Quran sebagai ayat suci yang datang daripada Allah.

Menutup Aurat

Anda juga perlu menjaga aurat ketika membaca Al-Quran. Biasakan anak-anak anda untuk menutup aurat ketika mengajar mereka mengaji. In shaa Allah, adab itu akan berterusan dijaga sehingga mereka dewasa kelak.

Dimulakan Dengan Taawuz

A’uzubillahiminash syaiton nir rojim.

Yang bermaksud:

Aku berlindung dengan nama Allah daripada syaitan yang direjam.

Bagi melindungi diri daripada hasutan dan bisikan syaitan ketika baca Al-Quran, anda perlu mulakan dengan lafaz taawuz atau istiazah. Dengan harapan agar Allah menerima setiap bacaan ayat Al-Quran itu hanya keranaNya.

Baca Al-Quran Dengan Tartil
baca alquran

Tartil bermaksud membaca Al-Quran dengan sebutan yang jelas, berhenti pada tempat yang sesuai dan menjaga hukum tajwidnya termasuk panjang pendek bacaan dan sebutan makhraj huruf yang betul.

Janganlah membaca Al-Quran dengan tergesa-gesa seperti kejarkan sesuatu. Anda mungkin akan melakukan kesilapan bacaan tanpa anda sedari.

Baca Al-Quran Di Tempat Yang Bersih

Anda disunatkan untuk membaca Al-Quran di tempat yang bersih. Anda juga digalakkan untuk membaca Al-Quran di mana-mana sahaja termasuklah di pejabat, rumah, dalam kereta dan sebagainya. Jadi, pastikan tempat itu suci daripada najis.

Sebaiknya, bacalah Al-Quran di rumah Allah iaitu di masjid bersama para guru berkemahiran.

Di Beana HomeQuran, anda boleh belajar Al-Quran bersama para guru bertauliah hanya di rumah dengan berbekalkan access internet sahaja. Klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Semoga perkongsian ringkas ini sedikit sebanyak boleh memberi manfaat buat anda. Semoga Allah redha dan selamat beramal!

Comments are closed.