fbpx

Isteri Nusyuz: 5 Kategori Yang Perlu Anda Tahu

Isteri Nusyuz: 5 Kategori Yang Perlu Anda Tahu

Isteri nusyuz adalah istilah yang berat didengar buat para isteri. Si suami juga tiada hak untuk menjatuhkan gelaran sebegitu sesuka hati.

Apabila seorang wanita sudah bergelar sebagai isteri, bukan bermakna taraf seorang wanita itu jatuh ke tapak kaki lelaki. Bukan dilayan seakan seorang tuan membeli hamba tebusan.

Sebaliknya, ia merupakan jaminan buat para wanita ini untuk dilindungi, dipelihara dan dibela dengan sebaiknya oleh para lelaki yang bergelar suami.

5 Kategori Isteri Derhaka

Sejurus selepas sah akad nikah, para wanita ini perlu menggalas tugas yang berat. Istilah sebagai seorang isteri terdengar mudah tetapi tidak pada tanggungjawabnya. Jika perkara ini diambil enteng, dikhuatiri para wanita bergelar isteri ini boleh terjerumus dalam kategori sebagai isteri nusyuz tanpa sedar atas perlakuannya. Begitu juga sebaliknya buat si suami.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz atau derhaka ni?

Nusyuz bagi seorang isteri adalah apabila mereka mengingkari ketaatan terhadap suaminya.

Manakala bagi suami pula adalah apabila mereka enggan menunaikan tanggungjawab dan melukai isterinya.

Sekiranya terdapat isteri yang sengaja enggan mendengar dan turuti kata suaminya tanpa alasan yang munasabah, dikhuatiri mereka terjerumus ke dalam golongan isteri derhaka ini. Jadi, perkara bagaimanakah yang dikategorikan sebagai isteri nusyuz ni sebenarnya?

Berikut lima kategori perlakuan para isteri yang boleh dijatuhkan sebagai nusyuz yang perlu anda ketahui. Perkara ini perlu dicakna oleh kedua-dua suami dan isteri agar mereka boleh saling menegur dan mengingati antara satu sama lain.

Tidak Mensyukuri Kebaikan Yang Dilakukan Suami

Selari dengan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

(Surah Ar-Ruum : 21)

Allah mempersatukan dua jiwa agar mereka dapat belajar untuk menghargai satu sama lain. Agar mereka mempunyai tempat untuk saling berkongsi dan berkasih sayang, bukan tempat pelepas amarah diherdik atau ditengking.

Seorang isteri wajib untuk bersyukur terhadap suaminya yang telah memberikan nafkah zahir dan batin dengan sebaiknya. Berkat rasa syukur seorang isteri, rumahtangga akan lebih berseri bahagia. Rasa ketidakpuasan yang sering membelenggu diri merupakan petanda mereka yang tidak akan pernah berasa kecukupan akan kurniaan Allah terhadapnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

(Surah Asy-Syura : 12)

Melukai Hati Suami

Apabila berlaku situasi di mana si isteri dilayan buruk oleh si suami, para isteri digalakkan untuk bersabar dan berbicara dengan baik bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Jika tidak berjaya, perkara tersebut perlu dipanjangkan kepada pihak mahkamah agar boleh dibicarakan mengikut cara yang sebaiknya.

Selari dengan Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah” (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua “orang tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.”

(Surah al-Nisa’ 35)

Keluar Tanpa Izin Suami Boleh Jatuh Hukum Isteri Nusyuz

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud;

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”

(Surah Al-Ahzab : 33)

Seorang isteri tidak digalakkan untuk keluar dari rumah sekiranya tidak mendapat keizinan daripada suaminya. Ini kerana seorang isteri perlu mematuhi dan taat pada suami selagi ianya tidak melanggar syariat Islam. Seorang isteri memikul tanggungjawab untuk menjaga nama baik suami dan diri sendiri.

Tidak Menjaga Kehormatan Diri Sebagai Isteri

Menjaga kehormatan diri bermakna menjaga aib diri sendiri dan suami. Ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka…, 

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” 

(Surah An-Nur : 31)

Oleh itu, seorang isteri perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap perlakuannya. Serta menuruti perintah suaminya. Sekiranya si suami melarang sesuatu, maka haruslah si isteri menjauhinya. Sekiranya si suami melarang tetamu dilarang datang ke rumah selama dia tiada di rumah sama ada saudara dekat ataupun jauh, dari kalangan mahram ataupun bukan, maka si isteri wajib mematuhinya.

Isteri Nusyuz Meminta Cerai Daripada Suami

“…Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”

(Surah An-Nisa : 19)

Boleh jadi sesuatu yang sedang anda benci pada waktu ini akan memberikan faedah dan kebaikan untuk anda pada masa akan datang. Ini kata-kata Allah. Dan kata-kata Allah tiada yang dusta. Jadikan ayat ini pelembut hati ketika anda dilanda duka dan kesukaran.

Bersabarlah. Sesungguhnya mereka yang bersabar akan dibalas air matanya dengan mutiara kenikmatan dan kesenangan oleh Allah.

Berikut adalah ciri-ciri atau kategori isteri nusyuz yang perlu anda cakna. Harap ini bermanfaat untuk anda para isteri, termasuk para suami.

Because it takes two to tango.

Semoga Allah permudahkan segala urusan pasangan suami isteri bagi membina bahtera yang bahagia. Bermula dari si kemudi yang berkemahiran lahirnya anak-anak nakhoda yang berkualiti.')}

Giveaway Fasih Mengaji

GIVEAWAY FASIH MENGAJI
===================================

Beana Home Quran akan adakan Giveaway pelbagai hadiah menarik seperti Tunai Rm1,000, Samsung earphone , Emas Habib & Al-Quran untuk kempen ini !

Ini akan menjadi kempen hadiah terbesar kami! 🔥🔥🔥

Berikut ialah cara untuk mengambil bahagian:
1. Masuk ke group Telegram Beana di bawah
2. Klik website yang akan diberikan di dalam group Telegram
3. Pilih mana-mana pakej Fasih Mengaji
4. Whatsapp admin untuk Pembayaran dan isi detail
5. Anda layak untuk jadi pemenang untuk hadiah-hadiah menarik ini

* Jumlah Pemenang: 13 pemenang (maksimum)
* Pemenang akan diumumkan di Live Instagram & Facebook serta dalam Telegram Beana Quran.

Jom Sertai sekarang !🤩

Klik link di bawah untuk masuk group Telegram Beana Quran
https://t.me/beanaquran
https://t.me/beanaquran
https://t.me/beanaquran