3 Tips Khatam Quran Di Bulan Ramadhan Sambil Memandu
Khatam Quran pada bulan Ramadan besar pahalanya. Tapi dunia sekarang, memaksa manusia untuk sibuk dengan kerja. Kebanyakan masa kita akan diluangkan hanya di dalam kereta sahaja disebabkan perjalanan ke destinasi yang jauh atau tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Mungkin tidak salah kalau kita luangkan masa tersebut dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.
Jadi sempena bulan Ramadhan ini kita boleh luangkan masa untuk mengaji di dalam kereta. Sedikit perkongsian untuk anda bagaimana anda boleh membaca al-Quran sambil memandu kereta anda.
Anda perlu bersedia beberapa perkara dahulu sebelum memulakan perjalanan anda agar lebih fokus ketika pemanduan kenderaan itu nanti.
Ini 3 tips untuk khatam Quran sambil memandu:
Sediakan Pendrive Dalam Kereta
Ada pelbagai jenis pendrive yang boleh anda dapatkan di pasaran sekarang, boleh pilih yang mana sahaja asalkan boleh guna, isi pendrive anda dengan alunan bacaan Al-Quran mengikut sheikh yang anda sukai.
Anda boleh dengarkan di sini sheikh-sheikh yang menurut anda, anda suka dengan cara bacaan mereka, cadangan untuk anda, anda boleh memperdengarkan bacaan sheikh Mishary Rashed Al-Afasy yang bacaannya tenang dan anda mudah tangkap setiap huruf yang disebutkan. Anda boleh dapatkan audionya disini https://bit.ly/2JuORWu.
Susun dalam pendrive mengikut nombor dan namakan surah maka boleh terus membaca mengikut susunan Al-Quran mushaf.
Sediakan Al-Quran Dalam Kereta

Anda boleh mendengar sambil menghayati bacaan Al-quran dengan meneliti ayat-ayat yang dibaca. Apabila sampai ke destinasi tandakan di dalam Al-Quran anda berhenti di mana kerana ia dapat membantu anda untuk membaca pada hari seterusnya atau dalam pemanduan seterusnya.
Gunakan YouTube Dengarkan Bacaan Sheikh Yang Anda Gemari
Selain itu, anda juga boleh gunakan aplikasi YouTube untuk mendengar bacaan Al-Quran dalam kereta. Dengan cara sambungkan Bluetooth menggunakan telefon bimbit ke kereta. Ketika memandu kereta anda boleh dengarkan bacaan sambil cuba mengikut bacaan ayat yang anda tahu. Boleh lihat untuk channel youtube disini. Bacaan Sheikh Mishary Rashed Al-Afasy
Kita perlu lebih kreatif dalam setiap keadaan. Walaupun sibuk, cuba tanamkan dalam hati jangan pernah untuk meninggalkan Al-Quran.
Jadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita! Bila jatuh ada Al- Quran, bila bangkit ada Al-Quran. Selamat beramal dan semoga bermanfaat.
Tiada masa untuk keluar belajar Al-Quran? Waktu ni, semua kerja atas talian.
Beana HomeQuran menyediakan perkhidmatan pembelajaran Al-Quran untuk anda hanya atas talian! Anda boleh klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.