fbpx

Mengaji Di Rumah Sebagai Amalan Utama?Jom Cuba Tips Ini!

Mengaji Di Rumah Sebagai Amalan Utama? Jom Cuba Tips Ini!

mengaji di rumah

Mengaji di rumah adalah satu amalan yang sangat baik jika kita dapat memperatikkannya lagi-lagi yang sudah mempunyai keluarga. Dengan amalan ini , sekaligus dapat mewujudkan bi’ah solehah dalam kehidupan keluarga.

Jom cuba tips dibawah ini !

1. Sediakan ruangan yang selesa untuk mengaji di rumah

Sebelum memulakan , penyediaan tempat yang selesa juga perlu disediakan untuk membangkitkan rasa semangat untuk keluarga mengaji. Bukan itu saja, anak-anak pon akan lebih selesa untuk belajar dengan keadaan dan ruang yang seronok.

2. Memiliki jadual tetap untuk mengaji di rumah

Ibu bapa perlu menyediakan jadual mengaji  supaya tidak terlupa untuk mengaji mungkin kalau tidak setiap hari boleh target mengaji 3 kali dalam seminggu.

Dan jadual yang disediakan itu perlulah diikut supaya dari situ ibu bapa juga boleh melatih anak-anak supaya bersikap disiplin dengan masa.

3. Pastikan selepas maghrib atau sebelum tidur anak-anak membaca 1 atau 2 ayat

Setiap malam , galakkan anak-anak untuk membaca beberapa ayat sebelum tidur. Dengan ini , anak-anak akan jadi lebih terbiasa dan dalam masa yang sama mereka dapat menghafal ayat yang mereka baca dengan mudah.

4. Pastikan anak-anak memiliki hafalan surah-surah lazim

Sediakan juga jadual untuk hafalan anak-anak di rumah tapi mulakan dengan surah-surah lazim supaya mereka mudah untuk mengingat kerana ayat-ayatnya yang pendek. Ibu juga boleh menggunakan pendekatan yang mudah untuk anak menghafal seperti menggunakan video surah yang menarik supaya mereka seronok untuk menghafal.

Sebagai contoh video, boleh klik di sini.

5. Ulang bacaan di meja makan

Ulang surah2 yang telah pun dihafal di meja makan sementara  ibu menyediakan makanan dan meminta 2minit baca mengikut urutan Al-Quran. Ambil setiap masa yang ada sebagai satu peluang untuk menjadikan mengaji sebagai amalan yang paling utama.

Jom kita sama-sama praktikkan di rumah. Insya-ALLAH, usaha yang baik akan dipermudahkan oleh-NYA.

SELAMAT BERAMAL !

JOM mengaji secara istiqamah dengan ustaz ustazah!

Klik saja di sini, kami boleh menyediakan ustaz atau ustazah yang boleh mengajar mengaji di rumah anda!