fbpx

9 Sebab Untuk Menyertai Pasukan Tenaga Pengajar Beana Home Quran

9 Sebab Untuk Menyertai Pasukan Tenaga Pengajar Beana Home Quran

 

Beana Home Quran bukan sahaja menawarkan kelas mengaji kepada pelanggan, malah turut membuka peluang pekerjaan bagi sesiapa yang ingin dan sedang mencari pekerjaan sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa untuk menjadi tenaga pengajar Beana Home Quran. Kami sentiasa mengalu-alukan ahli tenaga pengajar yang baru untuk menyertai team Beana.

Tenaga pengajar beanahomequran

Beana Home Quran memerlukan tenaga pengajar dan tutor yang berminat untuk mengajar secara persendirian dari rumah ke rumah, kumpulan kecil (minimum 6 orang) ataupun kumpulan besar (maximum 10 orang) di rumah, pejabat atau di mana-mana tempat yang bersesuaian mengikut kehendak pelanggan Beana Home Quran.

Terdapat banyak faedah dan manfaat yang anda akan dapat sekiranya anda menyertai pasukan guru Beana Home Quran ini. Oleh itu, saya senaraikan 9 sebab kenapa anda perlu menyertai pasukan guru mengaji Beana Home Quran.

Anda Berhak Menyusun Jadual Kerja Anda

Sekiranya anda mendaftar menjadi tenaga pengajar separuh masa di Beana Home Quran, anda tidak perlu pening kepala kerana takut tidak sempat untuk menghadirkan diri ke tempat yang ditetapkan pelanggan. Anda yang bergerak dari tempat kerja anda tidak perlu risau.

Ini kerana anda berhak menyusun jadual kerja anda mengikut kesesuaian waktu anda. Sama ada anda mahu bekerja pada hujung minggu atau pada hari biasa semuanya terpulang kepada anda. Tiada paksaan dari pihak Beana sekiranya anda ingin memilih mengikut kesesuaian waktu anda. Ini sangat memudahkan anda kerana anda tidak perlu bergegas pulang dari tempat kerja untuk menghadiri kelas mengaji pula.

Latihan Dan Konsultasi Diberikan untuk tenaga pengajar

Sebelum anda mula mengajar dari rumah ke rumah, anda akan diberikan sesi latihan untuk membiasakan diri anda sebagai tenaga pengajar. Selain itu, anda juga akan diberikan sesi konsultasi sebelum anda mula mengajar. Jadi, anda tidak pelru risau sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman mengajar orang mengaji dan sebagainya. Segalanya akan disediakan oleh Beana sebelum anda memulakan pengajaran anda.

Latihan dan konsultasi ini akan diberikan kepada anda supaya anda ketahui kaedah dan teknik yang akan digunakan oleh pihak Beana Home Quran. Teknik dan kaedah ini akan digunakan ketika anda mengajar pelajar dalam mengaji Al-Quran dan kelas Fardhu Ain.

Tenaga Pengajar Mengajar Al-Quran Dan Asas Fardhu Ain Sahaja

Di Beana Home Quran, anda hanya perlu mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain sahaja. Sekiranya anda mampu untuk mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain, anda sudah layak untuk mendaftar dan menjadi guru Beana Home Quran.

Anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk mengajar orang. Ini kerana, pihak Beana Home Quran akan memberikan latihan kepada anda termasuklah tentang pengajaran Al-Quran dan Asas Fardhu Ain.

Anda juga tidak perlu risau akan pengajaran kelas-kelas lain. Ini kerana anda tidak akan mengajar kelas-kelas tersebut. Anda hanya perlu fokus kepada mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain sahaja.

Reward Tutor Bulanan

Pada setiap bulan, Beana Home Quran akan memberikan reward kepada kesemua tenaga pengajar sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa. Hal ini dilakukan untuk menaikkan semangat dan juga sebagai motivasi kepada para tenaga pengajar supaya lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas sebabgai tutor.

Selain itu juga, reward bulanan ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada tenaga pengajar yang telah bersusah-payah mengajar pelajar-pelajar agar mereka cepat mahir membaca dan memahami Al-Quran.

Penyata Gaji Disediakan

Pihak Beana akan menyediakan penyata gaji untuk kesemua tenaga pengajar Beana Home Quran sama ada anda tenaga pengajar sepenuh masa ataupun separuh mata sahaja. Kedua-duanya akan menerima penyata gaji dari pihak Beana Home Quran.

Penyata gaji ini akan memudahkan anda untuk menyemak sama ada gaji anda telah dipotong dalam jumlah yang betul sebagai caruman KWSP. Penyata ini juga akan digunakan oleh KWSP sebagai bukti sama ada caruman KWSP anda telah dibayar ataupun sebaliknya.

Elaun Yang Lumayan

Di samping itu juga, setiap tenaga pengajar juga akan mendapat elaun yang sangat lumayan. Elaun ini adalah untuk kegunaan duit perjalanan dari satu tempat ke tempat mengaji yang lain. Selain itu, elaun ini juga boleh digunakan sebagai elaun makan dan lain-lain keperluan yang berkaitan.

Dengan adanya elaun yang lumayan ini, pihak Beana berharap ianya dapat membantu tenaga pengajar untuk terus berkhidmat dengan Beana Home Quran.

Insentif Belian Kereta danhttps://www.youtube.com/watch?v=fxxdaMuEm5k Umrah Disediakan

Pihak Beana Home Quran juga turut menyediakan insentif untuk belian kereta bagi pengajar. Ini kerana kenderaan adalah sesuatu keperluan kepada tenaga pengajar untuk anda bergerak ke rumah pelajar.

Tambahan pula, Beana Home Quran juga menyediakan pakej umrah kepada semua tenaga pengajar kami. Ini dapat memudahkan anda yang ingin menunaikan umrah. Oleh itu, anda boleh sertai kami dan menikmati manfaat yang telah kami sediakan khas untuk tenaga pengajar Beana Home Quran.

Bekerja Di Sekitar Tempat Anda Sahaja

Mengikut strategi Beana Home Quran, setiap tenaga pengajar hanya perlu bekerja dan mengajar di sekitar tempat anda sahaja. Sekiranya anda tinggal di kawasan Subang, anda hanya perlu mengajar di sekitar kawasan tersebut sahaja.

Jadi, tidak akan menjadi masalah jauh atau kesuntukan masa untuk anda bergerak dari tempat anda ke tempat mengaji yang akan di berikan kepada anda. Alasan anda terlambat kerana tempat mengajar jauh dari tempat anda atau sebagainya tidak akan diterima kerana sudah semestinya kawasan tempat kerja anda berada di sekitar rumah anda.

Bekerja Dengan Waktu Yang Fleksibel

Untuk yang bekerja dan menjadikan tutor mengajar mengaji Al-Quran ini sebagai penambah pendapatan dan pekerjaan separah masa sahaja, anda tidak perlu risau dengan jadual kerja anda. Sekiranya anda khuatir waktu kerja anda menjadi terlalu padat, tidak perlu risau.

Ini kerana di Beana Home Quran, tutor hanya bekerja mengikut waktu yang sangat fleksibel. Anda boleh mengatur sendiri waktu bekerja anda supaya tidak mengganggu waktu-waktu anda yang lain. Oleh itu, anda tidak perlu bergegas atau takut kesuntukan masa untuk mengajar mengaji Al-Quran. Hal ini dapat memudahkan anda sebagai tenaga pengajar.

Secara kesimpulannya, setelah anda mendaftar (daftar disini) dengan Beana Home Quran sebagai tenaga pengajar ,  aranda akan diberikan latihan serta konsultasi dan banyak lagi manfayang akan anda dapat dengan hanya menjadi tenaga pengajar Beana Home Quran yang rasmi. Anda hanya perlu mendaftarkan diri sebagai tutor kami dan nikmatilah faedah-faedah yang akan diberikan.

Akhir sekali, anda juga akan mendapat rahmat dan pahala daripada Allah kerana mengajar mengaji Al-Quran da berkongsi ilmu dengan orang lain. Jadi, kita bukan sahaja  mengumpul kekayaan di dunia, malah kita juga mengumpul kekayaan di akhirat. ')}