Belajar Mengaji Dari Dulu tapi Sampai Sekarang Belum Khatam?

Belajar Mengaji Dari Dulu Tapi Sampai Sekarang Belum Khatam?

“Dah puas kita belajar mengaji tapi pelik sampai sekarang tak naik-naik. Tak dapat nak khatam Al-Quran disebabkan masih tidak lancar. Hukum tajwid pun tak dapat menguasai lagi. Macam mana ya? Kelas mana yang perlu saya ambil untuk belajar mengaji? Yang dapat memudahkan saya dalam penerimaan pelajaran tersebut?”

8 daripada 10 masalah yang sama selalu kita dengar kan? Dah belajar mengaji tapi masih tiada peningkatan atau pun tak tau nak cari kelas atau tempat yang sesuai untuk belajar mengaji. Memang susah dengan pelbagai dan bermacam kelas mengaji yang ada sekarang ni. Kena buat pilihan yang tepat untuk mendapatkan kesan yang baik.

Apa itu Beana Home Quran ?

Pernah dengar Beana Home Quran. BEANA adalah sebuah Platform yang membantu masyarakat yang ingin belajar mengaji Al-Quran tetapi ingin mudah, dimana pelajar boleh mengaji mengikut waktu hari dan tempat  yang fleksibel, sesuai dengan MOTO kami “Mengaji at your door step.

Siapa pelanggan kami?

Ada 3 kategori untuk mereka yang ingin belajar mengaji bersama Beana iaitu kanak-kanak remaja dan juga dewasa. Setiap kategori mempunyai kaedah atau teknik pembelajaran yang berbeza mengikut tahap kemampuan pelajar tersebut.

Bagaimana untuk mendaftar ?

Ada dua cara yang disediakan pihak kami untuk mendaftar kelas belajar mengaji sama ada melalui terus di talian di nombor 011-52234111( admin Nadhirah) atau pun boleh juga melalui website kami. Buka saja link ini https://beanahomequran.com/ dan ikut step yang terdapat di website tersebut.

Apa Pakej yang ditawarkan ?

Setiap kategori mempunyai pakej yang telah ditawarkan oleh pihak Beana untuk belajar mengaji. Nak tahu lebih lanjut anda boleh layari di https://beanahomequran.com/pakej/. Di sini tersedia semua pakej lengkap untuk pelanggan kami mengikut setiap kategori kanak-kanak,remaja dan juga dewasa.

Apa kata pelanggan tentang Beana?

Antara feedback positif yang kami terima dari pelanggan antaranya :

“Alhamdulillah sy dh baca lancar membaca..walaupun mengulangi bacaan iqra’..sy seronok belajar…….”

Puan Norhayati ,pelajar dewasa

“Alhamdulillah my 6yo da boleh baca 3 huruf sambung sket2 dan da kenal huruf hijaiyah.Yg 3.5yo son tu da kenal sket2 huruf,”……….”slowly but surely”

Puan Nur Liyana Kamarulzaman, pelajar kanak-kanak

Bagi mereka yang ingin belajar mengaji bersama Beana boleh daftar dengan kami pada bila-bila masa saja ya. Klik untuk baca artikel ini juga

https://beanahomequran.com/kelas-mengaji-damansara/.

Mengaji Al-Quran 30 Juzuk Bagi Wanita Bekerjaya? 3 tips Ini Membantu Anda.

Mengaji Al-Quran 30 Juzuk Bagi Wanita Bekerjaya? Tips ini Membantu anda.

Bila kita dah mula bekerja dan sibuk bekerja selalunya memang tak kan ada masa nak buat kerja lain kan. Hatta nak sikat rambut pun tade masa (yelaa tu:) ). Seawal pagi dah keluar rumah untuk terus berjaya dalam bidang kerjaya pulang pula dah lewat malam. Bila nak selit mengaji Al-Quran 30 juzuk ya?

Bila sampai rumah dah penat mulalah lupa untuk membuat aktiviti rohani seperti mengaji Al-Quran 30 juzuk, membaca tafsirannya, menghafal surah-surah pendek dan bertadabbur.

Admin nak share 3 tips bagaimana anda menjadi wanita super busy tetapi kekal mengaji Al-Quran 30 juzuk setiap bulan.Pssstttt, tips di bawah bukanlah semata-mata tips di rumah saja tetapi untuk kepelbagaian keadaan ataupun situasi anda berada. Teruskan membaca ya!

1. Tentukan Target atau Sasaran

Setiap pencapaian perlu ada target atau sasaran. Okeh, cara membuat target mengaji Al-Quran 30 juzuk perlu menyediakan jadual yang direka sendiri mengikut kesesuaian masa anda yang available dalam sehari ataupun boleh saja download di Jadual Mengaji 30 Juzuk.

Dengan target yang dibuat dapat membantu anda mengaji Al-Quran secara istiqamah dan sistematik. Berazamlah untuk memiliki jadual yang baik untuk mengaji Al-Quran agar bahagia dunia dan akhirat.

2. Mendengar Melalui Smartphone

Teknologi yang semakin canggih sekarang dapat membantu wanita yang bekerjaya untuk kekal mengaji Al-Quran walau dimana pun anda berada tak kira masa dan juga keadaan. Hanya di hujung jari saja anda dah boleh buka apps mengaji di smartphone. Mesti ada smartphone kan?

Bila dah ada apps tersebut dalam smartphone anda, kemana saja anda boleh buka dan dengar ayat Quran tesebut. Apps apa yang sesuai untuk digunakan? Boleh lihat pada gambar di bawah.Admin dah sediakan untuk anda. Ada 8 pilihan mp3 offline yang anda boleh install di smartphone anda.

3. 4 Pages Dalam 1 Waktu

1 juzu’ ada 20 pages betul? Jadi buat list atau reminder setiap kali selepas solat cuba mengaji Al-Quran dalam 4 pages. Macam mana kalau berada di office ketika itu?

Ada 2 pilihan sama ada sambil kerja dengan memperdengarkan ayat tersebut ataupun bawa saja page tersebut untuk solat seterusnya. Paling mudah dengarkan saja dalam perjalanan balik ke rumah. InshaAllah dalam sehari boleh selesai 1 juzu’ kita.

Semoga penulisan ini dapat menjadikan jalan  kepada kita untuk meraih pahala dan mendalami ilmu Allah sebagai wanita yang bekerjaya dan supaya kita semua juga dapat menyeimbangkan kekuatan fizikal dan rohani dalam perkara dunia dan juga akhirat. InshaAllah.

Dialukan kepada yang membaca untuk berkongsi artikel ini kepada yang lain ya. Semoga semua mendapat manfaat daripada penulisan ini. Selamat Beramal.

3 Cara Mengaji Al-Quran Secara Flexible

3 Cara Mengaji Al-Quran Secara Flexible

“Bila setiap hari dah sibuk bekerja, kadang-kadang nak buat kerja lain pon dah tak sempat. Nak luangkan masa dengan anak apatah lagi. Pernah terfikir juga nak mengaji Al-Quran tapi disebabkan masa yang terlalu padat tak sempat pon.

Ada ke cara walaupun sibuk tapi kita masih boleh mengaji Al-Quran sekurang-kurangnya 1 page sehari.”Kita biasa dengar kan tentang masalah di atas. Jadi ini sedikit perkongsian busy tapi kita still boleh mengaji Al-Quran.

1. Drive Sambil Mengaji

Selalunya apabila pergi ke pejabat, kita mengambil masa yang lama juga kan untuk duduk di dalam kereta kerana terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas. Jadi, sepanjang di dalam kereta ibu boleh memasang cd ataupun mencucuk pendrive yang mempunyai  ayat Al-Quran dan mudah kita ikuti.

2. Lunch dengan Al-Quran

Bila waktu lunch 2 perkara yang kita akan buat kan dalam masa satu jam. Makan dan solat betul? Lagi satu tambahan bersembang. Apa kata lepas ni kita cuba ubah situasi kita semasa lunch yang mana selepas kita selesai makan terus pergi ke tempat solat.

Jika waktu solat belum masuk ambil sedikit masa untuk mengaji Al-Quran sekurang-kurangnya dapat separuh page pon dah ok. Bila dah dapat mengaji Al-Quran barulah hati tenang kan nak sambung buat kerja.

 

3. Pasang Audio atau Youtube sebelum tidur

Sementara nak masuk tidur tu sambil-sambil gosok gigi nak persiapkan diri untuk tidur pasang audio atau buka saja youtube, cadangan youtube channel boleh klik di sini Al-Quran Juzu’ 1-30  di laptop supaya kita dapat mengisi masa yang santai tu dengan mendengar ayat Al-Quran.

Nak pasang terus sampai tertidur pon lebih baik sementara nak tunggu mata pejam kita pon boleh sambil-sambil mengaji Al-QUran.

Senang kan sebenarnya kita boleh mengaji Al-Quran pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua kita berada. Terutamanya zaman sekarang yang semakin canggih teknologinya yang mana dapat memberi banyak manfaat kepada kita jika kita menggunakannya dengan baik.

Semoga dengan penulisan artikel ini dapat memberi manfaat kepada kita semua termasuk admin juga  dan dapat kita memperatikkan dalam kehidupan seharian  selain  meningkatkan motivasi dalam diri untuk mengamalkan mengaji Al-Quran setiap hari. InshaAllah . Selamat Beramal.

 

3 Tips Mengaji AL-Quran Yang Diajarkan Oleh Rasulullah

Nak Cepat KAYA? Cuba Ikuti Tips Dibawah. 3 Cara Mengaji Al-Quran yang Diajarkan Oleh Rasulullah. 

Mengaji Al-Quran merupakan salah satu kewajiban yang wajib dijalankan oleh setiap umat Islam. Seperti Solat 5 waktu, mengaji Al Quran juga merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan. Al-Quran merupakan kitab suci bagi umat muslim. Al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

Oleh kerana  itu, Al-Quran merupakan pedoman serta pegangan bagi seluruh umat muslim di seluruh dunia. Mengaji Al-Quran adalah Ibadah wajib yang tidak boleh ditinggalkan. Sekurang-kurangnya dalam satu hari cuba dapatkan 1 muka surat untuk dibaca. Jadikan amalan kita setiap hari dengan mengaji Al-Quran.

Jom kita kaji sama-sama tips atau cara mengaji Al-Quran yang diajarkan Rasulullah:

1. Mengaji Secara Tartil

Dalam Al-Qur’an surah Al Muzammil ayat 4 Allah berfirman “…dan bacalah Al-Qur’an secara tartil…”. Wajib bagi keatas setiap muslim mengaji Al-Quran secara tartil dan bertajwid. Tidak boleh mengaji Al-Quran secara semberangan sebab kalau salah sebutan huruf boleh lari maksudnya. Bila baca Al-Quran secara tartil boleh membuat setiap muslim dapat manfaat dengan apa yang telah di bacanya,makna dan juga keutamaan di dalamnya. Dan juga boleh membuatkan kita faham dan tahu maksud yang dibaca jika sebutannya betul.

2. Mengaji Secara Bertalaqqi

Apakah mengaji Al-Quran secara talaqqi tu ? Talaqqi adalah dengan cara seorang murid duduk di hadapan gurunya untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran secara langsung dimana-mana sahaja dengan syarat secara bersemuka tanpa alat perantaraan yang lain. Bagi mereka yang masih baru dalam mengaji AL-Quran digalakkan untuk berguru supaya dapat mempelajari bacaan dan hukum tajwid dengan tepat dan betul. Dan mudah juga untuk bertanya apa yang tidak difahami semasa mengaji Al-Quran.

3. Mengaji Secara Bertadabbur

Tadabbur adalah membaca terjemahan Al-Quran dan juga tafsirnya sekali.Apabila kita mengaji Al-Quran, lebih baik untuk kita menghayati satu persatu kandungan terjemahan tersebut dan tafsirannya dan cuba kaitkan dengan kehidupan seharian kita. Cuba betul-betul hayati maksudnya ketika mengaji Al-Quran. InshaAllah jika kita menghadapi sesuatu masalah atau kesusahan kita akan dapat jawapan terus dari Al-Quran selepas kita betul-betul menghayati.

3 cara ini yang boleh kita amalkan ketika mengaji Al-Quran atau pun belajar Al-Quran. InsahaAllah dengan menggunakan cara yang betul, mudah kita untuk menghayati dan memahami apa yang telah dibaca dan juga mendapat ganjaran daripadanya. Amin. Selamat Beramal!