
Jom kenali kami
Pasukan Beana Home Quran terdiri daripada pengasas, pengurusan dan pasukan pendidik kami. Menyokong kami adalah pasukan kami yang kuat yang datang dari pelbagai latar belakang yang penting untuk mencapai misi dan visi kami. Di BeanaHomequran, aset paling berharga kami adalah kakitangan kami.

''Kemudahan untuk menuntut ilmu adalah kurnia dari Allah yang patut kita syukuri"

Ibnu Abdil Barry Ubaidillah
PENASIHAT, BEANA HOME QURAN
Berpendidikan Pre Master Bahasa Arab, Sastra dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam & Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar Mesir. Beliau bukan sahaja suami kepada Puan Anna tetapi merupakan tulang belakang Puan Anna dalam memperkembangkan operasi Beana semenjak 2009. Gandingan mantap di antara keduanya adalah penunggak kejayaan Beana sehingga sekarang dan insha Allah pada masa hadapan.

“Segala bentuk kejayaan samada di dunia atau akhirat adalah dari diri sendiri. Corak kehidupan di dunia adalah bentuk permulaan yang baik dalam kehidupan setelah kematian”.

Puan Anna Rosdijanti Ahmat Rusdi
CEO, BEANA HOME QURAN
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Al Azhar, Mesir dan menjalani Kursus Bahasa Arab di Universiti Damascus Syiria. Pernah berkhidmat sebagai guru agama di SRA Kota Damansara dari 2009 sehingga 2010. Mula berkecimpung dalam memperkembangkan pengajaran Al-Quran semenjak 2009 apabila menjalani kursus keusahawanan di bawah kelolaan MDEC, PKNS bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam di Malaysia untuk membaca dan memahami Al-Quran.
Visi Beana Home Quran
" 1 Rumah 1 Guru Al-Quran Menjelang 2028 "
Team Beana Home Quran
" 1 Rumah 1 Guru Al-Quran Lahir Dari Tutor Beana Menjelang 2028 "

BEANAHOMEQURAN
Perkhidmatan Beana
Beana Homequran adalah sebuah platform yang membantu masyarakat Islam tanpa mengira usia dan peringkat umur untuk menyertai kelas mengaji Al-Quran mengikut kesesuaian dan keselesaan pelajar di kediaman pelajar itu sendiri atau tempat yang ditetapkan oleh Pelajar. Jadual belajar yang fleksibel ditawarkan kepada individu atau ibu bapa yang penuh dengan kesibukan aktiviti harian menjadikan Beana unik berbanding pusat pengajian yang lain.


BEANAHOMEQURAN
Peluang Pekerjaan Kepada Qutor Beana
Beana menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar atau lepasan graduan terutamanya dalam bidang Pendidikan Islam melalui program Jadi Qutor Beana secara sambilan atau sepenuh masa. Latihan dan bimbingan akan diberikan sebelum proses pembelajaran bermula. Qutor Beana boleh menjana pendapatan tanpa had melalui konsep Jadual Pembelajaran Fleksibiliti yang diketengahkan oleh Beana. Hanya kesungguhan dan keinginan menjadi penentu kejayaan!