fbpx

Terma dan Syarat

Terma dan Syarat

POLISI PENGHANTARAN PRODUK :

1. Pembelian anda akan dihantar melalui syarikat perkhidmatan kurier pilihan kami.
2. Anda bersetuju untuk membayar caj pengendalian (pengeposan, caj pemprosesan, dan lain-lain) seperti yang tertera di dalam invois syarikat.
3. Perkhidmatan penghantaran diperluaskan ke semenanjung Malaysia serta Sabah & Sarawak.
4. Tempoh penghantaran mengambil masa selama 3 hingga 5 hari waktu berkerja.
6. Anda hendaklah memastikan & mengesahkan produk beserta kuantiti yang dipesan, alamat penghantaran, nombor telefon, cara penghantaran & kaedah pembayaran yang dipilih oleh anda adalah betul & tepat mengikut pengesahan pesanan.
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan kad kredit sebagai cara pembayaran anda, anda perlulah membenarkan syarikat untuk mengecaj kad kredit/debit anda untuk pembayaran pesanan yang telah dibuat.
7. Anda perlu memaklumkan sekiranya ada perubahan kepada alamat penghantaran dan nombor telefon kepada pihak Beana dengan segera SEBELUM penghantaran dibuat. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya alamat yang diberi tidak tepat & salah.

POLISI PEMULANGAN PRODUK :

Produk hanya dibenar untuk dipulangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: –

1. Isu kualiti yang disebabkan oleh kecacatan pengilangan berdasarkan spesifikasi tertentu yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
2. Produk yang rosak seperti kemek, koyak, tercabut dan sebagainya semasa proses penghantaran dibuat perlu dilaporkan kepada Khidmat Pelanggan syarikat dalam tempoh 7 hari dari tarikh resit, KECUALI:

– Kecacatan produk yang disebabkan oleh kecuaian pengendalian yang tidak betul atau penyimpanan yang tidak baik oleh pengedar/pelanggan.
– Isi kandungan produk telah diubahsuai
– Produk yang dikembalikan mestilah dalam bungkusan asal dengan kandungannya tidak kurang daripada 80% daripada bungkusan asal.
– Produk akan digantikan dengan yang baru. TIADA pemulangan wang kepada pelanggan.