3 Tips Kumpul Pahala Sebagai Isteri Di Bulan Ramadhan

3 Tips Kumpul Pahala Sebagai Isteri Di Bulan Ramadhan

Golongan wanita adalah antara golongan yang mudah untuk merebut pahala lagi-lagi bila tibanya bulan Ramadhan. Tetapi kita yang menjadikannya sukar untuk dipraktikkan. Sebab apa? Sebab kebanyakan dari golongan wanita terlalu busy dengan kerja dan ada juga yang busy dalam menguruskan hal rumah tangga dan juga urusan anak-anak. Dan mungkin inilah antara faktor yang membuatkan golongan wanita tidak sempat untuk melakukan amalan kebaikan di bulan puasa. Di sini sedikit perkongsian cara bagaimana wanita boleh melakukan tugasan yang baik di bulan Ramadhan dan mendapat manfaat dari apa yang mereka lakukan.

Menyediakan juadah sahur dan berbuka

Isteri antara orang yang busy di dapur bila tibanya bulan ramadhan kerana mereka yg akan menyediakan makanan. Dan inilah peluang untuk wanita merebut pahala walaupun dalam kesibukan di bulan Ramadhan.  Inilah janji pahala yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebutkan,

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (Riwayat At-tarmizi)

Bayangkanlah jika di dalam satu keluarga itu ada 4 atau 5 orang berpuasa maka betapa besarnya pahala yang disediakan oleh Allah swt untuk wanita atau isteri yang bertungkus lumus menyediakan hidangan bagi mereka sekeluarga.

Melakukan tugasan rumah sambil berzikir kepada Allah

Para isteri boleh berzikir atau pun memasang radio mengaji dan hanya mengikuti bacaan dari radio tersebut sambil melakukan tugasan rumah untuk menghidupkan suasana ibadah di rumah tersebut. Amalkan dengan zikir yang ringkas sahaja. Setiap kali melakukan tugasan mulut pun boleh terkumat kamit dengan zikir-zikir.

Pernah suatu masa Saidatina Fatimah mengadu pada bapanya Rasulullah saw akan beratnya melakukan tugas-tugas rumah, lalu di jawab oleh Baginda dengan menyebut:

Baginda bersabda: “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim)

Mengajarkan anak mengaji

Dalam bulan Ramadhan, cuba untuk cari dan tetapkan satu masa yang boleh untuk mengajarkan anak mengaji. Ataupun boleh melakukan aktiviti bertadarrus bersama keluarga. Aktiviti ini dapat membantu mengukuhkan hubungan kekeluargaan dari segi rohani dan jasmani. Cuba penuhkan masa anak di bulan Ramadahan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah supaya kita dapat melatih anak berpuasa penuh sejak kecil lagi. Mungkin anak juga akan terleka semasa melakukan aktiviti tersebut sehinggakan tidak sedar masa berbuka semakin hampir.

Senangkan sebenarnya para isteri boleh mendapatkan pahala yang banyak di bulan Ramadhan ini. Hanya melakukan amalan yang boleh memberi manfaat kepada diri dan orang lain sahaja sudah mendapat pahala. MasyaAllah. Jadi, lakukan lah sebanyak amalan yang baik di bulan Ramadhan ini dan cuba untuk konsisten dengan amalan yang dilakukan selepas sahaja Ramadhan meninggalkan kita. Semoga perkongsian ini juga dapat memberi manfaat dan galakan kepada golongan wanita di luar sana untuk memperatikkan amalan tersebut dalam keluarga mereka. InshaAllah..

3 Aktiviti Para Ibu Boleh Lakukan Bersama Anak Dalam Bulan Ramadhan

3 Aktiviti Para Ibu Boleh Lakukan Bersama Anak Dalam Bulan Ramadhan

Tiba bulan ramadhan saja, para ibu mesti risau  jika anak-anak tidak dapat menahan puasa di saat akhir? Bagaimana kita sebagai ibu boleh membuatkan anak bertahan untuk puasa seharian penuh. Dan apa pengisian yang ibu boleh lakukan sepanjang anak berpuasa? Jadi,disini sedikit cadangan atau perkongsian untuk para ibu memenuhi masa anak dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menarik.

 

Hari cintai Al-Quran

Setiap hari lakukan aktiviti bersama anak dengan al-Quran. Terpulang pada ibu-ibu jenis aktiviti tersebut. sama ada mengaji ,menghafal atau pun menceritakan kisah-kisah yg terdapat di dalam al-Quran. Lebih menarik jika setiap aktiviti tersebut ibu-ibu selitkan unsur seni dan kraf supaya dapat membantu dari segi proses kefahaman dan penghayatan anak. Tetapkan masa untuk sesi dengan Al-Quran, tidak terlalu lama dan tidak terlalu sekejap. Bergantung juga dengan kemampuan anak tersebut. 

Didik anak dari kecil mencintai AL-Quran,bila mempunyai masa terluang ajar anak membaca Al-Quran. Sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya.” (HR. Al Bukhari)

 

Tabung sedekah

Sediakan satu tabung untuk anak. Galakkan anak bersedekah di bulan ramadhan. Para ibu boleh buat sendiri tabung-tabung pelbagai bentuk dan menarik supaya anak seronok untuk bersedekah. Banyak kelebihan jika kita amalkan amalan bersedekah. Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 133-134 mengenai bersedekah yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Justeru, setiap apa yang diperintahkan Allah itu pasti ada manfaatnya. Bila Allah menyuruh hamba-Nya melakukan sesuatu sama ada dalam bentuk wajib atau sunat, walaupun pada awalnya dilihat begitu sukar, jika dilakukan pasti ada kemanisan pada akhirnya.

Dekorasi Menu iftar

Semasa ingin menyediakan juadah berbuka, ajak anak-anak untuk membantu ibu di dapur. Sambil menyediakan Ibu-ibu boleh berzikir bersama anak-anak. Minta anak-anak menyedikan menu ringkas seperti sandwish , agar-agar beraneka warna dan macam-macam lagi. 

Dan boleh juga melatih anak untuk berkongsi juadah berbuka sesama jiran tetangga yang berdekatan. Lagi-lagi kepada mereka yang kurang berkemampuan. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Macam-macam  lagi aktiviti yang para ibu boleh lakukan bersama anak di bulan ramadhan. Semoga para ibu  dapat melatih anak berpuasa sejak kecil lagi dan penuhi masa anak ketika berpuasa dengan pelbagai aktiviti yang bermaanfaat. Dengan adanya pelbagai aktiviti anak-anak akan leka dan tidak sedar masa berlalu dengan cepat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada saya,anda dan kita semua. Selamat Mencuba!

3 Cara Khatam Quran Di Bulan Ramadhan Sambil Memandu

3 Cara Khatam Quran Di Bulan Ramadhan Sambil Memandu

Zaman sekarang ini kebanyakan masa kita akan diluangkan hanya di dalam kereta sahaja disebabkan perjalanan ke destinasi yang jauh atau tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Mungkin tidak salah kalau kita luangkan masa tersebut dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Jadi sempena bulan Ramadhan ini kita boleh luangkan masa untuk mengaji di dalam kereta. Sedikit perkongsian untuk anda bagaimana anda boleh membaca al-Quran sambil memandu kereta anda.

Anda perlu bersedia beberapa perkara dahulu sebelum memulakan perjalanan anda agar lebih fokus ketika pemanduan kenderaan itu nanti .

3 tips yang Beana akan kongsikan di bawah:-

Sediakan Pendrive dalam kereta

Ada pelbagai jenis pendrive yang boleh anda dapatkan di pasaran sekarang, boleh pilih yang mana sahaja asalkan boleh guna, isi pendrive anda dengan alunan bacaan Al-Quran mengikut sheikh yang anda sukai .

Anda boleh dengarkan di sini sheikh-sheikh yang menurut anda, anda suka dengan cara bacaan mereka, cadangan untuk anda, anda boleh memperdengarkan bacaan sheikh Mishary Rashed Al-Afasy yang bacaannya tenang dan anda mudah tangkap setiap huruf yang disebutkan. Anda boleh dapatkan audionya disini  https://bit.ly/2JuORWu.

Susun dalam pendrive mengikut nombor dan namakan surah maka boleh terus membaca mengikut susunan Al-Quran mushaf.

 

Sediakan Al-Quran didalam kereta.

Sambil mendengar sambil menghayati bacaan Al-quran dan apabila sampai ke destinasi tandakan di dalam Al-Quran anda berhenti di mana kerana ia dapat membantu anda untuk membaca pada hari seterusnya atau dalam pemanduan seterusnya.

 

Gunakan youtube channel mengikut sheikh yang anda sukai

Sambil memandu kereta sambil dengarkan dan sambil dengar sambil ikut mana yg tahu. Boleh lihat untuk channel youtube disini. Bacaan Sheikh Mishary Rashed Al-Afasy  https://bit.ly/2WzYeba.

 

Wanita hari ini perlu lebih kreatif dalam setiap keadaan. Walaupun sibuk cuba tanamkan dalam hati jangan pernah untuk meninggalkan Al-Quran.

Jadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita! Bila jatuh ada Al- Quran, bila bangkit ada Al-Quran. Selamat beramal dan semoga bermanfaat.

3 Tips Ibu Diluar Sana Mendidik Anak Belajar Berpuasa Sejak 7 Tahun

3 Tips Ibu Boleh Mendidik Anak Belajar Berpuasa Sejak 7 Tahun

Para ibu nak tahu macam mana cara untuk menambah semangat anak supaya boleh belajar puasa hanya dengan melalui aura ibu? Jom dapatkan 3 tips mudah ini untuk bantu anak  memulakan puasa tahun ini.

Reward chart

Para ibu boleh sediakan carta reward yang cantik dan menarik untuk anak. Apabila anak berjaya puasa untuk hari tersebut tandakan/tampal kata-kata pujian kepada mereka. Anak akan lebih menjadi bersemangat untuk meneruskan puasa mereka.

 

Elakkan rangsangan berbentuk visual

Elakkan anak dari gambar-gambar atau rancangan televisyen yang berkaitan dengan makanan. Jika dibiarkan mereka menonton TV sepanjang hari, susah juga kerana banyak iklan-iklan makanan yang mungkin akan membuat mereka lapar!

 

Penuhi aktiviti anak dengan mengaji dan perkara yg berfaedah

Semasa anak berpuasa, anak akan kurang aktif kerana letih. Jadi para ibu boleh penuhi aktiviti anak dengan  mengaji cara yang menarik contohnya, mengaji menggunakan  barang-barang DIY supaya mereka boleh membuat aktiviti yang  dapat melekakan mereka, seperti mengaji

Inilah antara contoh-contoh aktiviti yang ibu boleh lakukan kepada anak supaya mereka terlatih dari kecil untuk berpuasa penuh. Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak mereka. Semoga anak-anak dibesarkan dalam bi’ah yang solehah. InshaAllah.