5 Kategori Isteri Derhaka

5 Kategori Isteri Derhaka

Wanita adalah hiasan dunia. Apabila wanita dipanggil sebagai isteri, ia bukanlah bermakna untuk merendahkan taraf wanita itu. Sebaliknya, ia adalah sebagai satu jaminan hak supaya isteri-isteri ini terpelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh seorang suami. 5 Kategori Isteri Derhaka Seorang isteri mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suaminya. Tanggungjawab ini merupakan suatu perkara yang sangat penting dan serius. Ianya tidak boleh diabaikan. Sekiranya isteri mengabaikan tanggungjawabnya, mereka akan senang mendapat laknat dan dikhuatiri akan termasuk di dalam kategori isteri derhaka.

Sekiranya terdapat isteri-isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap bahawa tanggungjawab terhadap suami itu membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sebegitu dikhuatiri termasuk di dalam golongan isteri yang menderhaka dan nusyuz. Apakah perkara yang termasuk di dalam ciri-ciri isteri yang derhaka itu?

Hal ini perlu di ambil tahu oleh para isteri sebagai langkah berwaspada supaya terhindar daripada kategori tersebut.

Tidak Mensyukuri Kebaikan Yang Dilakukan Suami

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah Ar-Ruum : 21)

Seorang isteri diamanahkan untuk bersyukur kepada suaminya yang telah memberikan nafkah zahir dan batin kepadanya. Ini kerana, dengan syukurnya isteri kepada suaminya dan tdak menuntut, maka rumahtangga akan lebih bahagia. Seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya dan banyak menuntut adalah petanda isteri tidak baik dan tidak merasa cukup dengan rezeki yang Allah kurniakan kepadanya.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah Asy-Syura : 12)

Menyakiti Hati Suami

Isteri tidak sepatutnya dalam apa juga keadaan sekalipun mengherdik atau menyakiti hati suami. Adalah seeloknya, sebagai seorang isteri, sentiasa bersedia untuk menggembirakan dan menghiburkan hati suami sama ada dengan tingkah laku yang elok, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Firman Allah SWT, “Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ).” (Surah At-Tahrim : 10)

Keluar Tanpa Izin Suami

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Surah Al-hzab : 33) Seorang isteri tidak digalakkan untuk keluar dari rumah sekiranya tidak mendapat keizinan daripada suaminya. Ini kerana seorang isteri perlu mematuhi dan taat pada suami selagi ianya tidak melanggar syariat Islam. Seorang isteri memikul tanggungjawab untuk menjaga nama baik suami dan diri sendiri.

Tidak Menjaga Kehormatan Diri Sebagai Isteri

Menjaga kehormatan diri sebagai seorang isteri adalah perkara yang wajib dilakukan. Menjaga kehormatan diri juga bermakna menjaga aib diri dan suami. Ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur : 31)

Oleh itu, seorang isteri harus menuruti perintah suaminya. Sekiranya suami memanggil, maka haruslah dia menjawab panggilannya. Sekiranya si suami melarang sesuatu maka, haruslah si isteri menjauhinya. Sekiranya si suami melarang tetamu dilarang datang ke rumah selama dia tiada di rumah sama ada saudara dekat ataupun jauh, dari kalanggan mahram ataupun bukan, maka si isteri wajib mematuhinya.

Meminta Cerai Daripada Suami

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (Surah An-Nisa : 19)

Berdasarkan ayat diatas, mungkin apa yang dibencikan itu, Allah sedang menjadikannya kebaikan buat diri kita. Jadi, jangan kerana ada perkara yang kita tidak suka akan suami kita, maka kita meminta cerai daripada suami kita. Berkemungkinan ianya akan memberikan kebaikan untuk kita.

Firman Allah SWT, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (Surah An-Nisa : 34)

Demikian itulah sebahagian daripada ciri-ciri atau kategori isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat kelak. Semoga ianya akan memberikan kesedaran dan manfaat untuk kita semua lagi-lagi bagi isteri-isteri sekalian.

9 Sebab Untuk Menyertai Pasukan Guru Mengaji Beana Home Quran

9 Sebab Untuk Menyertai Pasukan Guru Mengaji Beana Home Quran

Beana Home Quran bukan sahaja menawarkan kelas mengaji kepada pelanggan, malah turut membuka peluang pekerjaan bagi sesiapa yang ingin dan sedng mencari pekerjaan sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa untuk menjadi tenaga pengajar Beana Home Quran. Kami sentiasa mengalu-alukan ahli tenaga pengajar yang baru untuk menyertai team Beana.

9 Sebab Untuk Menyertai Pasukan Guru Mengaji Beana Home Quran

Beana Home Quran memerlukan tenaga pengajar dan tutor yang berminat untuk mengajar secara persendirian dari rumah ke rumah, kumpulan kecil (minumum 6 orang) ataupun kumpulan besar (maximum 10 orang) di rumah, pejabat atau di mana-mana tempat yang bersesuaian mengikut kehendak pelanggan Beana Home Quran.

Terdapat banyak faedah dan manfaat yang anda akan dapat sekiranya anda menyertai pasukan tenaga pengajar Beana Home Quran ini. Oleh itu, saya senaraikan 9 sebab kenapa anda perlu menyertai pasukan guru mengaji Beana Home Quran.

Anda Berhak Menyusun Jadual Kerja Anda

Sekiranya anda mendaftar menjadi tenaga pengajar separuh masa di Beana Home Quran, anda tidak perlu pening kepala kerana takut tidak sempat untuk menghadirkan diri ke tempat yang ditetapkan pelanggan. Anda yang bergerak dari tempat kerja anda tidak perlu risau.

Ini kerana anda berhak menyusun jadual kerja anda mengikut kesesuaian waktu anda. Sama ada anda mahu bekerja pada hujung minggu atau pada hari biasa semuanya terpulang kepada anda. Tiada paksaan dari pihak Beana sekiranya anda ingin memilih mengikut kesesuaian waktu anda. Ini sangat memudahkan anda kerana anda tidak perlu bergegas pulang dari tempat kerja untuk menghadiri kelas mengaji pula.

Latihan Dan Konsultasi Diberikan

Sebelum anda mula mengajar dari rumah ke rumah, anda akan diberikan sesi latihan untuk membiasakan diri anda sebagai tenaga pengajar. Selain itu, anda juga akan diberikan sesi konsultasi sebelum anda mula mengajar. Jadi, antad tidak pelru risau sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman mengajar orang mengaji dan sebagainya. Segalanya akan disediakan oleh Beana sebelum anda memulakan pengajaran anda.

Latihan dan konsultasi ini akan diberikan kepada anda supaya anda ketahui kaedah dan teknik yang akan digunakan oleh pihak Beana Home Quran. Teknik dan kaedah ini akan digunakan ketika anda mengajar pelajar dalam mengaji Al-Quran dan kelas Fardhu Ain.

Mengajar Al-Quran Dan Asas Fardhu Ain Sahaja

Di Beana Home Quran, anda hanya perlu mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain sahaja. Sekiranya anda mampu untuk mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain, anda sudah layak untuk mendaftar dan menjadi tenaga pengajar Beana Home Quran.

Anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk mengajar orang. Ini kerana, pihak Beana Home Quran akan memberikan latihan kepada anda termasuklah tentang pengajaran Al-Quran dan Asas Fardhu Ain.

Anda juga tidak perlu risau akan pengajaran kelas-kelas lain. Ini kerana anda tidak akan mengajar kelas-kelas tersebut. Anda hanya perlu fokus kepada mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain sahaja.

Reward Tutor Bulanan

Pada setiap bulan, Beana Home Quran akan memberikan reward kepada kesemua tenaga pengajar sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa. Hal ini dilakukan untuk menaikkan semangat dan juga sebagai motivasi kepada para tenaga pengajar supaya lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas sebabgai tutor.

Selain itu juga, reward bulanan ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada tenaga pengajar yang telah bersusah-payah mengajar pelajar-pelajar agar mereka cepat mahir membaca dan memahami Al-Quran.

Penyata Gaji Disediakan

Pihak Beana akan menyediakan penyata gaji untuk kesemua tenaga pengajar Beana Home Quran sama ada anda tenaga pengajar sepenuh masa ataupun separuh mata sahaja. Kedua-duanya akan menerima penyata gaji dari pihak Beana Home Quran.

Penyata gaji ini akan memudahkan anda untuk menyemak sama ada gaji anda telah dipotong dalam jumlah yang betul sebagai caruman KWSP. Penyata ini juga akan digunakan oleh KWSP sebagai bukti sama ada caruman KWSP anda telah dibayar ataupun sebaliknya.

Elaun Yang Lumayan

Di samping itu juga, setiap tenaga pengajar juga akan mendapat elaun yang sangat lumayan. Elaun ini adalah untuk kegunaan duit perjalanan dari satu tempat ke tempat mengaji yang lain. Selain itu, elaun ini juga boleh digunakan sebagai elaun makan dan lain-lain keperluan yang berkaitan.

Dengan adanya elaun yang lumayan ini, pihak Beana berharap ianya dapat membantu tenaga pengajar untuk terus berkhidmat dengan Beana Home Quran.

Insentif Belian Kereta dan Umrah Disediakan

Pihak Beana Home Quran juga turut menyediakan insentif untuk belian kereta bagi tenaga pengajar. Ini kerana kenderaan adalah sesuatu keperluan kepada tenaga pengajar untuk anda bergerak ke rumah pelajar.

Tambahan pula, Beana Home Quran juga menyediakan pakej umrah kepada semua tenaga pengajar kami. Ini dapat memudahkan anda yang ingin menunaikan umrah. Oleh itu, anda boleh sertai kami dan menikmati manfaat yang telah kami sediakan khas untuk tenaga pengajar Beana Home Quran.

Bekerja Di Sekitar Tempat Anda Sahaja

Mengikut strategi Beana Home Quran, setiap tenaga pengajar hanya perlu bekerja dan mengajar di sekitar tempat anda sahaja. Sekiranya anda tinggal di kawasan Subang, anda hanya perlu mengajar di sekitar kawasan tersebut sahaja.

Jadi, tidak akan menjadi masalah jauh atau kesuntukan masa untuk anda bergerak dari tempat anda ke tempat mengaji yang akan di berikan kepada anda. Alasan anda terlambat kerana tempat mengajar jauh dari tempat anda atau sebagainya tidak akan diterima kerana sudah semestinya kawasan tempat kerja anda berada di sekitar rumah anda.

Bekerja Dengan Waktu Yang Fleksibel

Untuk yang bekerja dan menjadikan tutor mengajar mengaji Al-Quran ini sebagai penambah pendapatan dan pekerjaan separah masa sahaja, anda tidak perlu risau dengan jadual kerja anda. Sekiranya anda khuatir waktu kerja anda menjadi terlalu padat, tidak perlu risau.

Ini kerana di Beana Home Quran, tenaga pengajar hanya bekerja mengikut waktu yang sangat fleksibel. Anda boleh mengatur sendiri waktu bekerja anda supaya tidak mengganggu waktu-waktu anda yang lain. Oleh itu, anda tidak perlu bergegas atau takut kesuntukan masa untuk mengajar mengaji Al-Quran. Hal ini dapat memudahkan anda sebagai tenaga pengajar.

Secara kesimpulannya, setelah anda mendaftar dengan Beana Home Quran sebagai tenaga pengajar, anda akan diberikan latihan serta konsultasi dan banyak lagi manfaat yang akan anda dapat dengan hanya menjadi tenaga pengajar Beana Home Quran yang rasmi. Anda hanya perlu mendaftarkan diri sebagai tutor kami dan nikmatilah faedah-faedah yang akan diberikan.

Akhir sekali, anda juga akan mendapat rahmat dan pahala daripada Allah kerana mengajar mengaji Al-Quran da berkongsi ilmu dengan orang lain. Jadi, kita bukan sahaja  mengumpul kekayaan di dunia, malah kita juga mengumpul kekayaan di akhirat.

Kelas Mengaji Kanak-Kanak – Belajar Mengaji Kanak-Kanak

Kelas Mengaji Kanak-Kanak – Belajar Mengaji Kanak-Kanak

BEANA Home Quran Sdn Bhd merupakan home tutor kelas mengaji dan asas fardhu ain. Beana Home Quran menawarkan perkhidmatan mengajar mengaji dan fardhu ain secara persendirian iaitu dari rumah ke rumah. Di sini, kami juga turut menjalankan perkhidmatan mengajar mengaji secara berkumpulan sama ada kecil atau  besar yang mengandungi tidak lebih daripada 6 orang pelajar.

Kelas Mengaji Kanak-Kanak - Belajar Mengaji Kanak-Kanak

Kesemua aktiviti belajar mengaji dan kelas fardhu ain boleh dilakukan di rumah, di pejabat ataupun di mana-mana tempat yang bersesuaian. Kami menggunakan konsep talaqi iaitu pertemuan atau perjumpaan yang berasaskan pengajian ilmu Islam. Ia akan disampaikan oleh tenaga penagajar kami kepada kanak-kanak, remaja dan juga dewasa supaya lebih tekun dan fokus dalam pengajian membaca Al-Quran dan Ilmu Fardhu Ain.

Beana Home Quran telah beroperasi sejak 2016. Sejak beroperasi, terdapat lebih daripada 300 orang pelanggan telah mendaftar dan menjalani kelas mengaji Al-Quran dan kelas Fardhu Ain kami. Tenaga pengajar juga telah ramai yang berdaftar dengan kami dan kini kami telah mempunyai lebih daripada 100 orang yang mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.

Beana Home Quran juga turut menyediakan pusat pengajian bergerak . Ia merupakan pusat pembelajaran kami yang teletak di Kota Damansara, Selangor. Pusat pembelajaran ini sangat strategik kedudukannya kerana ianya terletak di antara Petaling Jaya dan Subang. Jika anda tinggal berdekatan dengan kawasan pusat pengajian kami, anda boleh terus berdaftar dan belajar mengaji di sini.

Sekiranya anda tinggal jauh dari kawasan pusat pengajian kami, tidak akan menjadi masalah kerana perkhidmatan utama kami adalah mengajar mengaji secara persendirian dari rumah ke rumah. Di Beana Home Quran, kami mempunyai ramai tenaga pengajar yang secukupnya. Tenaga pengajar kami akan dihantar ke rumah anda atau tempat yang anda cadangkan untuk mengajar mengaji Al-Quran kepada anda.

Apa Yang Beana Tawarkan?

Beana Home Quran menawarkan membaca Al-Quran selama 50 jam menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Salah satu kaedah pembelajaran yang ditekankan oleh Beana Home Quran adalah dengan menggunakan flash card yang direka khas untuk menerapkan pemahaman melalui rangsangan pergerakan. Kami juga menjanjikan selepas 50 jam pembelajaran membaca Al-Quran ini, anda pasti akan mudah untuk mengingati dan memahami yang dipelajari.

Seterusnya, pelajar akan turut didedahkan dengan penggunaan gadjet dengan positif. Dengan menggunakan alat gadget ini, pelajar akan belajar melalui slideshow yang telah disediakan. Pelajar juga akan diberikan buku latihan dan workbook untuk menarik dan memupuk minat pelajar dan dalam membaca Al-Quran. Pelajar juga akan lebih fokus dan tekun dengan menggunakan kaedah ini.

Selain itu, Beana Home Quran juga akan menyediakan jadual supaya pelajar mudah untuk mengingati sekaligus memupuk minat membaca Al-Quran secara tertib. Kami juga akan menyediakan jadual yang sesuai mengikut keselesaan dan prestasi pelajar. Ini akan membuatkan pelajar senantiasa ingat untuk mengulangkaji dan mengingati apa yang telah diajar oleh guru semasa kelas mengaji Al-Quran berjalan.

Selain itu juga, pihak Beana Home Quran turut menawarkan kelas kelas Asas Fardhu Ain secara percuma kepada sesiapa yang mendaftar kelas mengaji Al-Quran kami. Kelas Fardhu Ain ini akan dijalankan mengikut kesusuaian masa pelajar. Kebiasaannya, kelas ini akan dilakukan setelah selesai sesi pengajian mengaji ilmu Al-Quran.

Kelas fardhu ain ini diadakan kerana ilmu ini saling berkaitan dengan ilmu Al-Quran. Oleh itu, kamu menawarkan kelas Fardhu Ain ini secara percuma agar anda mudah memahami dan mengerti aakan pembelajaran ilmu Al-Quran serta tajwidnya.

Pada hujung minggu tersebut, kami akan menyediakan laporan tentang pengajaran dan pembelajaran anda itu. Laporan ini bertujuan untuk mengetahui akan prestasi pelajar pada minggu tersebut sama ada terdapat peningkatan ataupun masih berada pada tahap yang sama. Selalunya, pelajar-pelajar kami akan menunjukkan peningkatan dari minggu ke minggu setelah pembelajaran dijalankan.

Pakej Yang Ditawarkan

Beana Home Quran menawarkan perkhidmatan kelas mengaji Al-Quran untuk kanak-kanak. Terdapat dua pakej yang ditawarkan untuk kelas mengaji kanak-kanak ini iaitu pakej 1 ke 2 orang dan juga pakej 3 ke 4 orang pelajar. Kedua-dua pakej ini merangkumi pembelajaran asas Al-Quran, makhraj huruf, tajwid, fardhu ain dan juga pembelajaran asas hafazan. Pengajian kelas ini sangat fleksible dan akan dilakukan secara one to one.

Pakej ini hanya RM 60 sejam setiap seorang untuk pakej 1 ke 2 orang. Manakala untuk pakej 3 ke 4 orang, ianya hanya RM 65 sejam setiap seorang.

Pembelajaran ini akan dilakukan mengikut sukatan pembelajaran yang telah disediakan. Ia menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Laporan pembelajaran bulanan akan diberikan pada akhir bulan untuk mengetahui prestasi pelajar tersebut. Untuk menilai prestasi pelajar, ujian penilaian akan diadakan pada setiap tiga bulan.

Selain itu juga, kami turut menawarkan pakej pembelajaran secara berkumpulan termasuk dewasa, remaja dan juga kanak-kanak. Pengajian secara berkumpulan ini akan dilakukan secara serentak di dalam kumpulan. Bagi pakej berkumpulan ini yang mempunyai pelajar seramai 5 ke 10 orang hanya RM 125 ke RM 250 untuk dua jam.

Kelas Tasmi’

Kelas Tasmi’ ini akan diajarkan oleh tenaga pengajar yang telah menghafal Al-Quran yang merupakan pakar bidang hafiz. Pengajian akan dilakukan menggunakan kaedah Takrar iaitu mengikut ulangan yang betul. Kelas Tasmi’ ini akan lebih memudahkan anda untuk menghafal dengan memiliki guru secara persendirian. Kelas ini juga akan mendedahkan Al-Quran dalam bentuk kefahaman dan bukanlah hafalan semata-mata.

Kelas Fardhu Ain

Kelas Fardhu Ain pula mendedahkan ilmu Fiqh yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Di dalam kelas ini, setiap amalan dan perbuatan yang diajarkan adalah berdasarkan hadis. Ia memberikan kefahaman yang sangat mendalam mengenai mazhab As-Syafie.

Kelas Bahasa Arab

Beana Home Quran juga turut menawarkan kelas bahasa Arab. Di dalam kelas ini, kami akan mengajarkan pembelajaran bahasa arab dengan mudah tanpa menghafal. Latihan bahasa Arab yang akan diberikan adalah mengikut silibus Universiti Saudi. Pelajar akan didedahkan dengan konsep memahami domir tanpa menghafal.

Kelas Tahsin Ibadah

Kelas Tahsin Ibadah ini akan merangkumi pembelajaran dan pendedahan tentang solat jemaah. Selain itu juga, di dalam kelas ini, tenaga pengajar akan memperjelaskan tentang hadis dan Al-Quran yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Lokasi Beana Home Quran

Beana Home Quran setakat ini telah beroperasi di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Lokasi-lokasi ini termasuklah kawasan-kawasan seperti Puncak Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Bandar Klang, Banting, Dengkil, Bangi, Serdang, Kajang dan Hulu Langat.

Oleh itu, sekiranya anda berminat, jangan tunggu lagi. Daftarlah sekarang sebagai pelajar di website kami mengikut pakej yang anda inginkan. Beana Home Quran telah menyediakan pakej yang sesuai untuk anda sama ada dewasa, remaja atau kanak-kanak.

Anda juga tidak perlu bersusah payah lagi menghadap traffic jam untuk pergi ke kelas mengaji. Biar kami yang datang ke rumah anda. Anda juga akan lebih selesa dan ianya memudahkan serta menjimatkan masa anda. Suasana pembelajaran juga lebih selesa dan mudah untuk anda menumpukan perhatian sepenuhnya dan mempercepatkan pemahaman.

Kelas Mengaji Untuk Orang Dewasa – Belajar Mengaji Dewasa

Kelas Mengaji Untuk Orang Dewasa – Belajar Mengaji Dewasa

BEANA Home Quran Sdn Bhd adalah kelas mengaji Al-Quran dan asas fardhu ain. Beana Home Quran menawarkan perkhidmatan mengajar mengaji secara persendirian iaitu dari rumah ke rumah. Kami juga turut menjalankan perkhidmatan mengajar mengaji secara berkumpulan kecil dan juga kumpulan besar yang mengandungi 6 orang paling maximum.

Kelas Mengaji Untuk Orang Dewasa - Belajar Mengaji Dewasa

Segala aktiviti mengajar mengaji boleh dilakukan di rumah atau di pejabat ataupun di mana-mana tempat yang bersesuaian. Ia berkonsep talaqi iaitu perjumpaan atau pertemuan yang berasaskan pengajian ilmu Islam yang disampaikan kepada kanak-kanak, remaja dan juga dewasa untuk lebih fokus serta tekun dalam pembelajaran membaca Al-Quran dan ilmu fardhu ain.

Sejak pembukaan Beana Home Quran pada 2016, terdapat lebih 300 orang pelanggan telah mendaftar dan menjalani kelas mengaji Al-Quran dan kelas Fardhu Ain kami. Tenaga pengajar yang berdaftar dengan kami juga mempunyai lebih daripada 100 orang yang mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.

Beana Home Quran juga turut mengadakan pusat pengajian bergerak iaitu di pusat pembelajaran kami yang teletak di Kota Damansara, Selangor. Pusat pembelajaran kami ini kedudukannya sangat strategik kerana ianya terletak di antara Subang dan Petaling Jaya. Sekiranya anda tinggal berdekatan dengan kawasan pusat pengajian kami, bolehlah terus mendaftar dan belajar mengaji di sini.

Tidak menjadi masalah sekiranya anda tidak tinggal berdekatan dengan kawasan pusat pengajian kami. Ini kerana perkhidmtan utama kami adalah mengajar mengaji secara persendirian dari rumah ke rumah. Beana Home Quran mempunyai ramai tenaga pengajar yang sudi dan sanggup untuk ke rumah anda atau tempat yang anda cadangkan demi mengajar ilmu Al-Quran kepada anda.

Apa Yang Beana Tawarkan?

Beana Home Quran menawarkan 50 jam membaca Al-Quran mengikut kaedah-kaedah tertentu. Antara salah satu kaedah pembelajaran yang digunakan oleh Beana Home Quran adalah dengan menggunakan flash card yang direka khas untuk mengekalkan kefahaman melalui rangsangan pergerakan. Kami menjanjikan selepas 50 jam pembelajaran membaca Al-Quran ini, anda pasti akan mudah memahami dan ingat apa yang dipelajari.

Selain itu, pelajar juga akan turut didedahkan dengan penggunaan gadget yang positif. Dengan menggunakan gadjet ini pelajar akan di ajar dan belajar membaca melalui slideshow. Tidak lupa juga, pelajar akan diberikan workbook dan buku latihan untuk menarik lebih banyak fokus dan perhatian. Di samping itu, dengan penggunakan kaedah ini juga, minat pelajar membaca Al-Quran juga dapat dipupuk.

Seterusnya, Beana Home Quran juga memiliki jadual untuk memupuk minat membaca Al-Quran secara tertib. Kami menyediakan jadual yang sesuai mengikut keselesaan dan kesesuaian pelajar supaya pelajar sentiasa ingat untuk mengulangkaji serta mengingati apa yang telah dipelajarinya ketika kelas mengaji Al-Quran tersebut.

Di samping itu, pihak Beana Home Quran juga turut menawarkan kelas asas Fardhu Ain secara percuma. Kelas Fardhu Ain ini diadakan mengikut kehendak pelajar. Kebiasaanya, tenaga pengajar Beana Home Quran akan mengajar kelas Fardhu Ain ini setelah tamat sesi pengajian ilmu Al-Quran.

Ini kerana ilmu fardhu ain ini saling berkaitan dengan ilmu Al-Quran. Disebabkan itulah kami menawarkan kelas Fardhu Ain ini secara percuma supaya anda akan lebih mengerti dan mudah fahami dalam pembelajaran ilmu Al-Quran dan tajwidnya.

Pada setiap minggu pula, kami akan menyediakan laporan pembelajaran dan pengajaran pelajar tersebut. Laporan ini akan diberikan dengan bertujuan untuk mengetahui peningkatan prestasi pelajar sama ada terdapat peningkatan ataupun masih berada di tahap yang sama. Kebiasaannya, pelajar-pelajar kami akan menunjukkan peningkatan pada setiap minggu pembelajaran dijalankan.

Pakej Yang Ditawarkan

Beana Home Quran menawarkan perkhidmatan kelas mengaji Al-Quran untuk orang dewasa dan remaja. Terdapat dua pakej yang ditawarkan untuk kelas mengaji orang dewasa iaitu pakej 1 ke 2 orang dan juga pakej 3 ke 4 orang pelajar.

Kedua-dua pakej di atas merangkumi pembelajaran asas Al-Quran, makhraj huruf, tajwid, fardhu ain dan juga pembelajaran asas hafazan. Pembelajaran kelas ini sangat fleksible dan dilakukan secara one to one. Pakej ini hanya RM 70 sejam setiap seorang untuk pakej 1 ke 2 orang. Manakala untuk pakej 3 ke 4 orang, ianya hanya RM 80 sejam setiap seorang.

Pembelajaran akan dilakukan mengikut sukatan pembelajaran yang telah disediakan yang mengikut kaedah-kaedah tertentu. Rekod pembelajaran bulanan akan dikemukakan pada akhir bulan untuk mengetahui prestasi pelajaran tersebut. Selain itu juga, ujian penilaian akan dilakukan pada setiap tiga bulan.

Selain itu, kami juga turut menawarkan dua pakej lengkap untuk remaja untuk 1 ke 2 orang dan 3 ke 4 orang pelajar. Segala kelas dan pembelajaran adalah sama seperti pakej pengajian untuk orang dewasa. Kesemua pakej ini dilakukan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Beana Home Quran.

Pakej ini hanya RM 65 sejam setiap seorang untuk pakej 1 ke 2 orang. Manakala untuk pakej 3 ke 4 orang, ianya hanya RM 75 sejam setiap seorang.

Beana Home Quran juga turut menawarkan pakej pembelajaran secara berkumpulan iaitu termasuk dewasa, remaja dan juga kanak-kanak. Pembelajaraan berkumpulan ini akan dilakukan secara serentak di dalam kumpulan. Pakej berkumpulan ini adalah untuk 5 ke 10 orang. Ianya hanya RM 125 ke RM 250 untuk 2 jam sahaja.

Kelas Tasmi’

Kelas Tasmi’ akan diajarkan oleh tenaga pengajar yang telah menghafal Al-Quran dan merupakan pakar bidang hafiz. Didikan akan dilakukan melalui kaedah Takrar iaitu mengikut ulangan yang betul. Kelas Tasmi’ ini akan memudahkan menghafal dengan memiliki guru secara persendirian. Kelas ini mendedahkan Al-Quran dalam bentuk kefahaman dan bukan hafalan semata-mata.

Kelas Fardhu Ain

Kelas Fardhu Ain pula mendedahkan ilmu Fiqh berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Di dalam kelas ini, setiap perbuatan dan amalan yang diajarkan adalah berdasarkan hadis. Ia memberikan kefahaman yang mendalam mengenai mazhab As-Syafie.

Kelas Bahasa Arab

Kelas Bahasa Arab juga turut ditawarkan oleh Beana Home Quran. Di dalam kelas ini, kami akan menddedahkan pembelajaran bahasa arab dengan mudah tanpa menghafal. Latihan bahasa Arab adalah mengikut silibus Universiti Saudi. Pelajar akan didedahkan dengan konsep memahami domir tanpa menghafal.

Kelas Tahsin Ibadah

Kelas ini akan merangkumi pembelajaran dan pendedahan tentang solat jemaah. Selain itu, ia akan memperjelaskan tentang hadis dan Al-Quran dalam kehidupan seharian kita.

Lokasi Beana Home Quran

Beana Home Quran setakat ini telah ‘cover’ di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini termasuklah kawasan-kawasan seperti Puncak Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Bandar Klang, Banting, Dengkil, Bangi, Serdang, Kajang dan Hulu Langat.

Jadi, sekiranya anda berminat, apa tunggu lagi, daftar sekarang sebagai pelajar di website kami mengikut pakej yang anda inginkan. Beana Home Quran mempunyai pakej yang sesuai untuk anda sama ada dewasa, remaja atau kanak-kanak.

Anda juga tidak perlu bersusah payah menghadap traffic jam untuk pergi ke kelas mengaji, biar kami yang datang ke rumah anda. Anda juga lebih selesa serta memudahkan dan menjimatkan masa anda. Suasana pembelajaran juga lebih selesa dan menyenangkan anda untuk menumpukan tumpuan sepenuhnya dan mempercepatkan pemahaman.

Kelas Mengaji Beana Home Quran

Kelas Mengaji Beana Home Quran

Zaman sekarang ini agak sukar untuk mendapatkan home tutor yang mengajar khas untuk mengaji. Anak-anak kurang diberikan pendidikan dalam mendalami ilmu Al-Quran. Kanak-kanak yang boleh membaca dan menghafaz Al-Quran juga semakin berkurangan.

Kelas Mengaji Beana Home Quran

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Surah Isra : 82)

Kadang-kadang ibu bapa tiada masa untuk mengajar anak-anak. Anak-anak pula banyak kerja sekolah yang telah diberikan guru-guru. Di sekolah, subjek agama tidak terlalu menekankan tentang ilmu membaca Al-Quran dan tajwidnya. Oleh itu, dengan kewujudan Beana Home Quran berkemungkinan dapat membantu anda dan anak anda dalam mempelajari Al-Quran.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah Al-Isra :9)

Mungkin ada sesetengah diantara kita yang belajar mengaji dengan sendiri. Hanya mendengar daripada ayat-ayat yang dipasang di audio atau youtube dan mengikut bacaan tersebut. Tetapi adakah apa yang kita baca itu betul? Adakah apa yang kita baca itu betul tajwidnya?

Beana Home Quran merupakan kelas mengaji yang disediakan untuk orang ramai. Beana Home Al-Quran menyediakan home tutor untuk datang ke rumah anda dan mengajar anak-anak anda. Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk datang ke pusat tertentu. Hanya perlu daftar dan beritahu hari yang sesuai untuk belajar mengaji dan tutor kami akan segera ke rumah anda mengikut hari yang telah ditetapkan.

Beana Home Quran menawarkan kelas tutor mengaji khusus untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sekiranya anda dan juga anak-anak anda ingin belajar mengaji bersama juga tidak menjadi masalah. Belajar secara personal dan berdepan dengan ustaz atau ustazah kami pasti akan lebih mudah difahami dan lebih mudah untuk tangkap dengan apa yang dipelajarinya.

Suasana di rumah yang kondusif dan selesa membuatkan tumpuan akan menjadi lebih fokus. Anak-anak akan lebih mudah dan cepat faham akan apa yang dipelajarinya. Kesalahan-kesalahan yang dibuat ketika membaca Al-Quran dapat didengari dan diperbetulkan dengan segera. Pada permulaan kelas, anak-anak berkemungkinan merasa kurang selesa, tetapi lama-kelamaan ianya akan menjadi perkara biasa.

Dengan belajar one-to-one dengan ustaz atau ustazah, akan dapat menghilangkan keraguan anda mengenai cara bacaan dan hukum-hukum tajwid ketika membaca Al-Quran. Anda akan diajar dengan tutor yang berpengetahuan mendalam di dalam ilmu Al-Quran.

Tutor kami terdiri daripada ustaz dan ustazah yang mampu untuk mengajar anda dan anak anda walaupun tidak tahu membaca langsung. InshaAllah dengan Beana Home Quran, tutor kami akan mengajar anda sehingga mampu untuk membaca dengan menggunakan tajwid yang betul.

Kenapa perlu belajar mengaji dan membaca Al-Quran? Ini kerana Al-Quran merupakan petunjuk dan cahaya kepada semua umat manusia untuk kembali kepada jalan yang benar.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud, “Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Surah Al-Maidah : 16)

Al-Quran ini tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir zaman. Inilah kelebihan paling besar. Al-Quran tidak seperti kitab-kitab lain tang telah diubah mengikut peredaran zaman. Sebaliknya, Al-Quran sesuai digunakan walaupun telah berzaman lamanya dan ianya masih suci tanpa diubah.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah Al-Hijr : 9)

Ada perlukan duit lebih? Ingin menjadi tutor mengaji? Sekiranya anda seorang yang berpengetahuan dalam ilmu tajwid dan Al-Quran ini dan mampu untuk mengajar orang lain, anda juga boleh mendaftarkan diri sebagai tutor di Beana Home Quran. Tidak perlu pening fikirkan jadual anda. Ini kerana anda berhak untuk menyusun jadual kerja anda.

Anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak biasa dalam mengajar orang, Ini kerana, pihak Beana Home Quran akan memberikan latihan dan konsultasi kepada anda. Jadi, tidak perlulah untuk anda bersusah payah mencari cara untuk mengajar kerana kami akan sediakan semuanya untuk anda.

Sebagai tutor Beana Home Quran, anda hanya perlu mengajar Al-Quran dan asas fardhu ain sahaja. Pihak Beana akan memberikan latihan kepada anda sebelum anda memulakan tutor anda.

Pihak Beana Home Quran juga menyediakan insentif untuk belian kereta bagi tutor kerana kenderaan untuk anda bergerak ke rumah pelajar adalah sesuatu keperluan. Disamping itu, pakej umrah juga turut disediakan kepada tutor kami.

Anda tidak perlu risau akan perjalanan anda untuk ke rumah pelajar. Ini kerana anda hanya perlu bekerja disekitar tempat anda sahaja. Tidak akan menyusahkan anda untuk ke tempat lain yang memakan masa. Anda juga bekerja dengan waktu yang fleksibel dan anda boleh uruskan sendiri jadual anda mengikut kesesuaian anda.

Reward juga akan turut diberikan kepada setiap tutor secara bulanan mengikut kelas yang diajar. Selain itu, penyata elaun juga akan disediakan untuk tutor-tutor yang berdaftar denga pihak Beana Home Quran. Elaun yang disediakan juga agak lumayan. Jadi daftarlah menjadi tutor Beana Home Quran dengan segera.

Akhir kata, selain mendapat elaun dan dengan mengajar mengaji, anda juga mendapat pahala dan rahmat daripada Allah kerana mengajar orang lain dan juga dengan membaca Al-Quran. Jadi, sambil kita kumpul kekayaan di dunia, secara tidak langsung, kita juga mengumpul kekayaan di akhirat kelak.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan yang banyak kepada kita dan memberikan kit akekuatan untuk terus istiqamah dan sentiasa mendampingi serta mengambil manfaat dari Al-Quran.

Di dalam Al-Quran Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): “Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.” (Surah Ali-Imran : 187)

Sekiranya setiap orang yang berilmu berkongsi ilmu kepada orang yang lain, maka keadaan umat akan saling melimpah dengan cahaya ilmu yang penuh sinarannya apatah lagi ilmu yang diajari itu adalah ilmu Al-Quran. Disamping itu, orang yang diajari dan mengajari ilmu itu juga dapat menekun dan mengamalkan ajaran Al-Quran yang benar itu.

Oleh itu, sama ada anda ingin belajar atau mengajar, kedua-duanya akan memberi kelebihan kepada diri masing-masing di dunia mahupun akhirat. Daftarlah di Beana Home Quran untuk menjadi pelajar atau pengajar. Sesungguhnya Allah suka akan orang yang membaca Al-Quran.

Cara Cepat Kaya Menurut Islam

Cara Cepat Kaya Menurut Islam

Kekayaan manusia termasuk dalam rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Walaupun rezeki ini ditetapkan oleh Allah SWT, sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran dan perasaan, kita semestinya menginginkan rezeki yang secukupnya ataupun lebih.

Cara Cepat Kaya Menurut Islam

Allah SWT telah berfirman di dalam surah Faatir yang bermaksud, “Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?” (Surah Faatir : 3)

Di dalam ayat di atas Allah telah memberi jaminan bahawa Dia akan mengurniakan nikmat dan rezeki kepada hambaNya yang menyembahNya. Tetapi, ada sesetengah manusia yang bertindak mengambil jalan pintas untuk menjadi kaya yang sudah jelas diharamkan Islam.

Padahal, Allah sudah menjamin akan memberikan rezeki kepada seluruh hambaNya sekiranya memintanya dengan cara yang betul. Tidak perlu bersusah-payah untuk berbuat dosa untuk mendapatkan kekayaan. Ini adalah beberapa cara untuk menjadi cepat kaya secara halal.

Sentiasa Bersyukur Kepada Allah SWT

Perkara ini mungkin merupakan perkara yang paling susah untuk dilakukan. Manusia memang sifatnya tidak pernah berasa puas, selalu merasa serba kekurangan dan menginginkan yang lebih banyak daripa yang diperlukan dalam hidup.

Dengan melihat kemewahan orang lain, kita merasakan hidup kita seperti serba kekurangan. Secara tidak sedar, hal ini telah menjadi salah satu sebab mengapa kadang-kalanya kita merasa kekurangan walaupun telah diberikan rezeki yang secukupnya.

Oleh itu, sentiasalah memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT ke atas segala yang telah dikurniakanNya. Walaupun ianya tidak banyak, ianya memadai dan cukup dengan kehidupan anda.

Rajinkan Beribadah Kepada Allah SWT

Beribadah kepada Allah merupakan kewajipan bagi setiap makhlukNya. Baik ibadah wajib mahupun sunat, rajin-rajinkanlah beribadah kepadaNya. Tidak rugi bagi sesiapa yang melakukan ibadah keranaNya.

Solat sunat tidak diwajibkan untuk dilakukan. Tidak berdosa jika tidak melakukannya, tetapi sekiranya melakukannya akan mendapat pahala. Kalau kita inginkan rezeki yang lebih, lebihkanlah beribadah kepada Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dosa kami’; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah : 58)

Bersedekah

Sedekah merupakan salah satu amalan yang boleh mendatangkan rezeki kepada kita. Membantu orang yang memerlukan, Allah pasti akan membantu kita saat kita memerlukanNya. Lebih banyak kita bersedekah, inshaAllah lebih banyak kita akan menerimanya.

Amalan bersedekah ini amat dimuliakan oleh Allah SWT. Ini kerana dengan bersedekah bermakna kita peduli akan sesama manusia dan Allah menyukasi hambaNya yang pedulikan makhluk yang diciptakanNya.

Ini telah dibuktikan dalam firman Allah yang bermaksud, “Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah Al-Baqarah : 195)

Amalkan Solat Dhuha, Solat Hajat & Solat Tahajjud

Walau sesibuk manapun kita bekerja, amalkanlah melakukan solat dhuha walaupun hanya 2 rakaat. Setelah itu, bacakan doa untuk meminta rezeki yang halal dan berkat daripada Allah SWT.

doa selepas solat dhuha

Maksudnya, “Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu adalah dhuhaMu, keagungan itu merupakan keagunganMu, keindahan itu merupakan keindahanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah kekuasaanMu, dan penjagaan-penjagaan adalah penjagaanMu. “Ya Allah, jika rezeki aku masih di langit maka turunkanlah, jika ada di dalam bumi maka keluarkanlah, jika sulit maka mudahkanlah, apabila itu haram maka sucikanlah, jika jauh maka dekatkanlah. Demi kebenaran dhuhaMu, keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu dan kekuasaanMu, berikanlah kepadaku sebagaimana apa yang engkau berikan kepada hambaMu yang soleh.”

Selain melakukan solat dhuha, solat hajat juga sangat disyorkan untuk dilakukan bagi melancarkan segala urusan dan rezeki kita. Mintalah kepada Allah SWT segala hajat yang diinginkan, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Memberi.

Amalkan juga solat tahajjud disepertiga malam. Di saat orang lain sedang tidur, bangunlah untuk mengerjakan solat tahajjud kerana, banyak malaikat yang turun ke bumi dan mendengarkan doa-doa kita selain Allah yang Maha Mendengar.

Rajinkan Berzikir

Di samping itu, jangan lupa untuk berzikir. Berzikir ini adalah salah satu cara paling mudah untuk mengingat dan mendekatkan diri kepada Allah. Zikir boleh dilakukan di mana-mana sahaja sama ada ketika berdiri mahupun duduk membuka ataupun menutup mata, dilafaz atau dibacakan didalam hati.

Dengan berzikir juga kita akan mendapat ketenangan hati. Hal ini kerana, kita yakin dan sedar bahwa Allah boleh melakukan dan memberikan apa-apapun kepada manusia. Serahkan diri dan tawakkal kepada Allah adalah hal yang paling baik kerana kita menyerahkan hidup kita kepada Yang Maha Dasyat yang menguasai seluruh alam.

Amalkan Membaca Al-Quran

Membaca Al-Quran tidak kurang pentingnya dalam melancarkan urusan rezeki kita. Terdapat beberapa surah di dalam Al-Quran yang memiliki fadhilat untuk mendapatkan rezeki di dunia dan di akhirat.

Salah satu surah yang digalakkan untuk membaca sekiranya ingin ditambah rezeki adalah surah Al-Waqi’ah.

Daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR Al-Baihaqi)

Selain itu, surah lain yang boleh diamalkan untuk membacanya adalah surah Ar-Rahman. Surah ini menekankan tentang bagaimana berbagai-bagai nikmat yang diberikan oleh Allah SWT sama ada itu kenikmatan yang telah diberikan mahupun yang belum atau akan diberikan kepada makhlukNya termasuk jin dan manusia.

Dengan membaca dan memahami surah Ar-Rahman ini, nescaya kita akan menyedari serta mensyukuri nikmat yang telah diberikan Allah sehingga Allah sentiasa membuka luas pintu rezekinya untuk memenuhi segala keperluan kita.

Berdoa

Allah sangat suka dengan hambaNya yang sentiasa memanjatkan doa dan melibatkan Allah dalam setiap urusannya. Oleh itu, sangatlah dianjurkan untuk berdoa kepada Allah dalam mencari rezeki. Ini kerana, Allah Maha Mengabulkan segala yang dipohonkan oleh hambaNya.

Ini telahh dijelaskan di dalam firman Allah, “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah Al-Baqarah : 186)

Itulah di antara amalan yang perlu dilakukan oleh umat Islam sekiranya ingin  mendapatkan rezeki kekayaan daripada Allah SWT. Paling penting sekali, perdalamkanlah keilmuan dan keimanan kita terhadap pencipta kita maka rezeki itu akan sentiasa mengikuti kita di dunia ini.

Carilah rezeki itu dengan cara yang diredhai Allah. Jangan sesekali menggunakan jalan yang pintas untuk menjadi kaya. Cara yang tidak halal akan memakan diri kita sendiri.

Firman Allah SWT bermaksud, “Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah Asy-Syura : 12)

Allah juga berfirman yang bermaksud, “Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” (Surah An-Nahl : 112)

13 Keistimewaan Belajar Bahasa Arab

13 Keistimewaan Belajar Bahasa Arab

Bahasa Arab merupakan bahasa yang telah digunakan sejak berzaman lamanya. Ianya telah menempatkan di posisi tertinggi dalam sejarah peradaban Islam selama berabad-abad. Allh SWT sangat mengistimewakan bahasa Arab ini sehingga ianya menjadi bahasa yang paling utama dari segala bahasa yang lain.

13 Keistimewaan Belajar Bahasa Arab

Allah SWT telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dan bahasa As-Sunnah. Bahasa ini juga telah digunakan di dalam solat, zikir, haji dan ibadah-ibadah yang lain.

Rasulullah SAW menggunakan dan bertutur di dalam bahasa Arab. Hal ini terbukti di dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ibrahim : 4)

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk belajar bahasa Arab. Sesetengah sekolah mempunyai kelas bahasa Arab tetapi tidak ditekankan kenapa pelajar perlu belajar bahasa Arab ini. Jadi, di dalam artikel ini, saya akan ulaskan tentang keistimewaan belajar bahasa Arab.

Faham Bahasa Al-Quran

Allah telah menurunkan Al-Quran di dalam bahasa Arab dalam banyak-banyak bahasa di dunia ini. Ini telah diceritakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” (Surah Yusuf : 2)

Begitulah istimewanya bahasa Arab. Pada awal pembelajaran bahasa Arab, memanglah susah, tetapi sekiraya kita bersungguh-sungguh dalam mempelajarinya, ianya akan menjadi mudah. Anda juga akan mudah untuk memahami ayat-ayat Al-Quran jika anda pelajari bahasa Arab ini.

Mudah Mempelajari Keilmuan

Dengan mempelajari bahasa Arab, anda akan lebih mudah belajar ilmu dari para ulama’ secara langsung ataupun tidak langsung. Bahasa Arab ini akan menyenangkan pemahaman anda ketika anda menggali ilmu. Seseorang itu juga akan lebih mudah membaca karya ulama’ dengan penuh manfaat mempelajari bahasa Arab. Anda juga tidak perlukan terjemahan ayat ketika membaca karya-karya dari ulama’ kerana sudah kuasai bahasa Arab.

Lain Dari Yang Lain

Memiliki kebolehan bertutur dalam bahasa Arab adalah satu kelebihan bagi individu yang sering ke temuduga. Ia akan menjadikan satu plus point untuk diri anda berbanding calon-calon temuduga yang lain. Bayangkan, sekiranya anda ditemuduga sebuah syarikat milik Arab Saudi. Dengan kebolehan anda bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Arab, jawatan tersebut mungkin menjadi milik anda dengan mudah.

Peluang Pekerjaan

Bahasa Arab merupakan bahasa yang boleh menghubungkan hal-hal yang melibatkan urusan rasmi antara dua negara asing. Dengan kemahiran bahasa Arab anda, anda pasti akan diberi kepercayaan untuk menguruskan banyak perkara-perkara yang berkaitan.

Contohnya adalah seperti petugas haji dan mutawif umrah. Selain itu, anda juga boleh merebut peluang pekerjaan yang memerlukan bahasa Arab sebagai syarat utama jawatan tersebut. Sekiranya anda mendapat peluang untuk bekerja di negara-negara Arab, anda boleh terus menetap di sana sehingga tamat perkhidmatan.

Melancong

Kebiasaannya, orang akan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ketika melancong. Tetapi sekiranya anda pergi ke negara-negara Arab seperti Mesir, Kuwait, Qatar, Abu Dhabi da sebagainya, kebanyakkan mereka tidak reti berbahasa Inggeris.

Oleh itu, sekiranya anda pelajari bahasa Arab ini, ia mungkin akan memudahkan untuk anda bertanyakan arah atau ketika membeli buah tangan. Selain itu, dengan memahami bahasa ibunda mereka, anda juga dapat menyelamatkan diri anda daripada ditipu ketika membeli-belah di negara mereka.

Secara tidak langsung, salah faham dan penipuan dapat dielakkan dari berlaku kerana anda mampu untuk berkomunikasi dengan mereka. Malah, mereka mungkin akan memberikan free gift kepada anda.

Peluang Sambung Belajar

Kalau anda ingin melanjutkan pelajaran ke negara-negara Arab, apa kata anda kuasai dulu kemahiran bahasa Arab ini sebelum anda terbang ke sana. Kuasai sepenuhnya ilmu bahasa Arab ini supaya nanti anda mudah untuk memahami budaya kehidupan di sana. Di samping itu juga, anda boleh melatih diri anda menjadi lebih berdisiplin dan berani untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.” (Surah Taha : 113)

Menambah Ilmu Pengetahuan

Kelebihan mempelajari bahasa Arab ini bukan hanya dirasakan oleh umat Islam sahaja. Bahkan ia juga dapat dirasakan oleh semua orang. Seseorang itu dapat menambah ilmu pengetahuan dengan mempelajari dan mengusai bahsa asing seperti bahasa Arab.

Bahasa Arab boleh memudahkan seseorang itu mengetahui tentang perkembangan negara yang menggunakan bahasa Arab. Setiap orang yang menguasai bahasa Arab boleh menambahkan pengetahuannya sehingga dapat dimanfaaatkan pada suatu hati nanti sama ada untuk diri sendiri ataupun orang lain.

Pendapatan Sampingan

Terdapat banyak kerja yang anda boleh lakukan dengan kemahiran bahasa Arab untuk menambah pendapatan anda. Contohnya adalah seperti menterjemahkan pelbagai jenis dokumen dalam bahasa Arab ke bahasa Melayu.

Anda juga boleh menjadi interpreter atau jurubahasa Arab untuk majlis-majlis rasmi atau formal dan lain-lain lagi. Selain itu, anda juga boleh menjadi penulis sambilan untuk majalah atau surat khabar dalam bahasa Arab. Menjadi tutor atau membuat kelas-kelas tuisyen di kawasan anda juga boleh membantu anda membuat pendapatan sampingan.

Sebagai Pemudahcara

Di Malaysia, ramai juga warga negara Arab yang bekerja dan membangunkan bisnes sendiri. Malah ada juga yang menyambungkan pelajarannya di negara kita. Kebanyakkan daripada mereka, masih belum boleh bertutur dalam bahasa Inggeris mahupun bahasa Malaysia dengan baik.

Oleh itu, anda boleh memainkan peranan sebagai orang tengah atau pemudahcara bagi mereka. Mereka pasti akan berbesar hati sekiranya ada orang yang mampu berbahasa Arab sudi membantu memudahkan urusan mereka.

Mudah Fahami Islam

Dengan belajar bahasa Arab, anda akan lebih mudah untuk fahami Islam. Bahasa Arab menjadi alat yang sangat efektik untuk transfer pelbagai jenis ilmu yang digunakan termasuklah dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah. Bahasanya bukan sahaja ringkas dan mudah difahami malah mudah untuk dihafal.

Mudah Mengajar Anak Bahasa Arab

Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, anda perlulah menunjukkan contoh yang baik supaya anak anda mudah terikut dengan cara anda.

Sekiranya anda boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab, anda boleh mengajar mereka bertutur dan sekaligus menjadikannya bahasa pertuturan di rumah. Lidah anda juga akan terbiasa dengan bahasa Arab, maka lebih mudah untuk anda faham dan membaca Al-Quran.

Firman Allah SWT, “Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.” (Surah Az-Zukhruf : 3)

Menenangkan Hati

Bahasa Ara itu bahasa yang indah, sangat lembut dan boleh menyenangkan hati. Ia juga boleh mententeramkan jiwa sekiranya dalam keresahan dan kegelisahan. Allah telah berfirman yang bermaksud, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d : 28)

Melalui ayat Al-Quran di atas, sudah terbukti bahasa Al-Quran iaitu bahasa Arab ini dapat menenangkan hati seseorang itu.

Penawar Penyakit

Allah berfirman lagi yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Surah Al-Isra’ : 82)

Allah telah menyatakan bahawa ayat Al-Quran dapat menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman terhadapnya. Disebabkan bahasa Al-Quran adalah bahasa Arab, kita akan menjadi mudah untuk membaca ayat-ayat penawar ini. Sekiranya kita diserang sesuatu penyakit yang tidak diingini, bolehlah kita membaca ayat Al-Quran ini.

Secara kesimpulannya, tidak rugi sekiranya anda mempelajari bahasa Arab dan juga bahasa-bahasa yang lain. Selain dapat mempelajari dan mendapat ilmu baru, anda juga boleh menilai keindahana bahasa Arab. Anda juga dapat mengetahui budaya yang telah dicerminkan dari bahasa tersebut.

Saya berharap melalui perkongsian ini, ramai rakyat Malaysia akan bersama-sama memupuk minat untuk mendalami dan mempelajari bahasa Arab. Banyak keistimewaan dan kelebihan yang anda akan perolehi dengan fasih berbahasa Arab ini.

Kelebihan Belajar Mengaji Di Rumah

Kelebihan Belajar Mengaji Di Rumah

Setiap umat Islam pasti mengimpikan untuk khatam Al-Quran walaupun sekali seumur hidup. Tetapi masalah kekangan masa kerana perlu menyara hidup menjadi salah satu punca kita semakin hari semakin kurang masa membaca Al-Quran. Maklumlah, setelah pulang dari bekerja, kita inginkan waktu untuk rehat dan waktu untuk diri sendiri.

Kelebihan Belajar Mengaji Di Rumah

Firman Allah SWT bermaksud, “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (Surah Az-Zumar : 9)

Sebenarnya belajar mengaji sendiri ini tidak perlu mengambil masa yang lama pun. Ini kerana ianya bergantung kepada diri kita sendiri. Akan tetapi, oleh kerana tiada disiplin dan tidak cukup berdedikasi, maka segalanya tidak berjalan begitu lancar. Semuanya terletak kepada mood pada ketika itu, sekiranya malas, kebiasaannya kita akan abaikan dan berfikir untuk mengaji keesokon harinya. Masalahnya, keesokan harinya kita tetap berfikiran sebegitu dan akhirnya kita membuatkan kita tidak membaca Al-Quran pun.

Sesetengah orang pula berasa sangat tidak selesa untuk belajar mengaji beramai-ramai di kelas mengaji. Ini juga mungkin kerana agak segan dan malu sebab sudah berumur dan masih tidak lancar pembacaan Al-Quran itu. Tidak mengapa. Inilah antara sebab mengapa wujudnya kelas-kelas mengaji di rumah masing-masing. Tutor atau ustaz dan ustazah sendiri yang akan datang ke rumah anda untuk mengajar anda mengaji supaya anda tidak berasa segan. Tidak akan ada alasan lagi untuk anda tidak mengaji selepas ini.

Walaupun begitu, masih ramai lagi yang tidak mempunyai kesedaran tentang home tutor mengaji ini. Sebenarnya telah banyak home tutor yang mengajar untuk mengaji. Sama ada secara one-to-one ataupun berkumpulan tidak menjadi masalah.

Tutor mengaji di rumah ini sebenarnya telah banyak memudahkan anda yang bekerja siang malam lagi-lagi ibu bapa di luar sana. Balik rumah nak kena buat kerja rumah dan jaga makan minum anak pula. Kerja tidak pernah putus. Maka, dengan adanya home tutor untuk mengaji ini telah banyak menjimatkan masa anda. Ini kerana anda tidak perlu lagi bersiap dan bergegas untuk keluar ke tempat mengaji. Sebaliknya, tutor yang akan bergegas ke tempat anda.

Dengan belajar mengaji di rumah, anda juga dapat menentukan masa yang sesuai untuk anda belajar mengaji tersebut. Jadi, anda tidak perlu bergegas atau kelam kabut pulang dari kerja kerana waktu mengaji tersebut telah ditetapkan mengikut kesenangan anda bukan mengikut waktu yang ditetapkan oleh tutor. Oleh itu, anda boleh tetapkan sendiri waktu bila anda tidak sibuk dan boleh menyumbangkan sepenuh masa untuk mengaji.

Jadi, terdapat banyak kelebihan dalam belajar mengaji di rumah ini. Belajar mengaji di rumah dapat mewujudkan keselesaan dalam menegur dan memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukan. Anda tidak akan ada rasa malu dan segan kerana tersalah membaca hukum tajwid dan sebagainya. Tutor juga lebih senang untuk menegur.

Selain itu, suasana rumah yang selesa dan tenang juga menjadi salah satu faktor utama dalam memilih untuk mengaji di rumah. Ketenangan dalam belajar mengaji adalah suatu keperluan. Ini kerana kita perlu fokus dan meletakkan seratus peratus minat dalam mempelajari Al-Quran dan tajwidnya. Segala yang dipelajari akan lebih mudah ditangkap dan senang diingati sekiranya keadaan tempat belajar selesa, senyap dan tenang.

Sesetangah ibu bapa memilih untuk belajar mengaji di rumah dan mengupah home tutor kerana mereka perlu menjaga dan mengawasi anak-anak mereka. Perkara ini juga menyenangkan ibubapa kerana tidak perlu mengupah penjaga untuk anak-anak kerana ibu bapa berada di rumah dan boleh mengawasi pergerakan anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa juga boleh mencuba untuk mengajak anak turut mengaji bersama. Walaupun anak-anak masih kecil tetapi dengan adanya contoh yang baik di hadapan mereka, mereka pasti akan cepat terpengaruh dan mula berjinak-jinak untuk membaca Al-Quran. Hal ini sekaligus dapat menarik minat anak-anak untuk terus mengaji saat usianya meningkat nanti kerana sudah terbiasa dengan keadaan dan suasana mengaji tersebut.

Di samping itu, belajar secara berkumpulan kebiasaannya akan membuatkan seseorang itu hilang fokus dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya tentang apa yang dipelajarinya. Lagi-lagi jika anak anda adalah seorang remaja atau kanak-kanak. Bagaikan sudah terbiasa, sekiranya mereka berjumpa dengan kawan-kawan mereka, mereka pasti rasa ingin berbual dan bersembang walaupun ketika sedang belajar.

Jadi, ianya agak tidak praktikal untuk belajar secara berkumpulan atau beramai-ramai. Tetapi, sekiranya terdapat dalam dua ke tiga orang mungkin akan lebih membantu keadaan tersebut. Terlalu ramai pelajar akan membuatkan anda susah untuk bertanya sekiranya tidak faham atau terlepas perkara yang diajarkan. Anda juga mungkin akan berasa sedikit segan untuk bertanya kerana takut dilabel lembab faham dan sebagainya.

Oleh itu, dengan belajar mengaji di rumah ini sangat digalakkan lagi-lagi diusia yang sudah lanjut ini. Ianya berlainan dengan belajar di pusat-pusat mengaji kerana belajar mengaji di rumah ini akan meningkatkan perhatian pembelajaran kita. Ustaz atau ustazah yang mengajar akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anda. Pembelajaran one-to-one sangat efektif kerana segala kesalahan dan pembetulan dapat diketahui secepat mungkin.

Antara kelebihan belajar mengaji di rumah yang lain adalah suasana yang santai di rumah. Anda boleh bersiap tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama kerana hanya berada di dalam rumah. Hanya perlu menutup aurat kerana ingin menimba ilmu Al-Quran. Selain itu, sekiranya anda haus atau ingin mengunyah sesuatu kerana ingin menghilangkan perasaan mengantuk ketika belajar, anda boleh meminta untuk berehat seketika dan ke dapur untuk mencari minuman atau makanan ringan.

Seterusnya, dengan belajar mengaji di rumah, anda juga boleh secara berkumpulan mengajak anak anda untuk turut serta bersama-sama belajar mengaji. Tidak salah rasanya sekiranya ibu bapa belajar bersama-sama anak anak mereka. Anda juga akan lebih senang untuk memerhati anak anda dan mengawasi tahap pemahaman mereka dalam pembelajaran tajwid, Al-Quran dan sebagainya.

Walaupun anda akan bersa sedikit kekok atau apa sekalipun, abaikannya dan ingat bahawa anda belajar mengaji hanya kerana Allah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk malah memberikan contoh yang terbaik kepada anak-anak anda.

Sekiranya anak anda melihat anda lebih bagus daripada mereka, ianya mungkin kan meningkatkan kehendak dan minat mereka untuk terus maju dan belajar dengan lebih tekun supaya cepat pandai dalam membaca Al-Quran. Minat anak-anak perlu dipupuk sejak dari awal lagi supaya lebih senang untuk mengendalikan mereka kelak. Didikan yang diberi sejak dari awal usia boleh meningkatkan memori kanak-kanak tersebut.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan dalam belajar mengaji di rumah ini. Anda akan berasa mudah dan selesa ketika sesi pembelajaran. Anda juga tidak akan berasa segan silu untuk bertanya kepada tenaga pengajar tersebut. Ketahuilah sesungguhnya Allah akan menaikkan darjat bagi mereka yangmenuntut ilmu.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Mujadalah : 11)

Allah juga menyuruh hambaNya untuk menuntut ilmu seperti dalam firmanNya yang bermaksud, “Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” (Surah Taha : 114)

12 Pintu Rezeki

12 Pintu Rezeki

Terdapat banyak cara untuk mendapatkan rezeki daripada Allah SWT. Ini kerana, begitu banyak pintu dan sumber untuk diturunkan rezeki. Setiap manusia pasti akan memiliki rezeki yang berbeza-beza malah Allah telah menjaminnya kepada sesiapa yang meminta daripadaNya.

12 pintu rezeki

 

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Taha : 132)

Sebelum itu, anda perlu mengetahui kesemua dua belas pintu yang menjadi sumber kedatangan rezeki. Pintu rezeki inilah yang memboleh kita sebagai umat Islam bersungguh-sungguh dlam melakukan sesuatu perkara. Setiap pintu dan sumber ini mempunyai rezeki yang berbeza-beza. Ini adalah senarai 12 pintu rezeki yang akan terbuka tatkala anda mengamalkan doa serta amalan tertentu yang mampu untuk membukanya.

Rezeki Yang Telah Dijamin Oleh Allah SWT

Ini terbukti dalam firman Allah yang bermaksud, “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)” (Surah Hud : 6)

Melalui terjemahan ayat di atas, telah disebutkan bahawa setiap makhluk di muka bumi ini mempunyai rezekinya yang tersendiri. Segalanya telah ditetapkan oleh Allah SWT dan hanya Allah sahaja yang tahu tentang rezeki yang akan diberikan kepada semua makhluk ciptaanNya.

Rezeki Kerana Usaha Zahir Dan Batin Manusia

Setiap manusia yang menginginkan sesuatu pastinya dia akan berusaha untuk mendapatkannya. Usaha yang bersungguh-sungguh yang disertakan dengan doa tanpa henti, pastinya akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Allah tidak akan mengabaikan hambaNya yang berusaha dengan penuh kesungguhan dan berdoa meminta kepadaNya.

Perkara ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya” (Surah An-Najm : 39)

Rezeki Kerana Bersyukur Kepada Allah

Firman Allah yang bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim : 7)

12 pintu rezeki

Allah SWT telah memberitahu kepada semua hambaNya di dalam Al-Quran bahawa sesungguhnya sesiapa yang memanjatkan kesyukuran kepadaNya di atas segala nikmat yang telah diberikan, Allah akan menambahkan lagi nikmat kurniaNya. Oleh itu, panjatkanlah kesyukuran kepadaNya walau sekecil manapun nikmat yang diberikan itu.

Rezeki Yang Tidak Pernah Diduga

Dalam Al-Quran, Allah SWT telah berfirman,”Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)” (Surah At-Talaaq : 2)

Allah SWT telah menjamin kepada semua hambaNya bahawa sesiapa yang mengamalkan amar ma’ruf nahi munkar iaitu menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, Allah pasti akan memberikan jalan penyelesaian ke atas setiap permasalahannya.

Rezeki Kerana Istighfar

Di dalam Al-Quran terdapat perintah untuk sentiasa beristighfar memohon ampun pada Allah. FirmanNya bermaksud, “Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu” (Surah Nuh : 10-11)

Dengan beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah SWT sahaja sudah boleh membuka pintu rezeki buat kita. Jadi, beristighfarlah selalu. Pohonlah keampunan daripadaNya dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kita.

Rezeki Kerana Berkahwin

Di dalam Al-Quran juga telah disebutkan yang bermaksud, “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Nur : 32)

Allah SWT juga akan memberikan rezeki yang melimpah-ruah kepada sesiapa yang berkahwin dan menamatkan zaman bujangnya. Rezeki di sini bukan hanya dimaksudkan dengan kekayaan wang ringgit sahaja, malah zuriat, kesihatan tubuh badan, dipanjangkan usia dan kesenangan hidup juga merupakan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Rezeki Kerana Mempunyai Anak

Di dalam Al-Quran telah tercatit tentang larangan membunuh anak, walaupun sekiranya dia orang yang miskin yang tidak mampu untuk memenuhi keperluan anak-anaknya. “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.” (Surah Al-Israa’ : 31)

12 pintu rezeki

Allah SWT menggalakkan semua hambaNya untuk menambah zuriat kerana anak-anak merupakan rezeki. Allah juga menekankan bahawa dialah yang memberi rezeki kepada setiap hambaNya. Maka, janganlah kita membunuh anak-anak kerana khuatir akan membebankan dan menjadi miskin. Sedangkan Allah SWT telah mengatakan yang anak-anak itu adalah punca rezeki.

Rezeki Kerana Sedekah

Ganjaran yang baik telah dijanjikan Allah SWT dan akan diberikan kepada setiap orang yang bersedekah. Firman Allah yang bermaksud, “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.” (Surah Al-Baqarah : 245)

Melalui ayat di atas, Allah SWT telah menjelaskan bahawa sesiapa yang menyenangkan orang lain atau berkongsi kesenangannya bersama orang lain yang lebih memerlukan akan dilipatgandakan ganjaran baginya.

Rezeki Kerana Rajin Bersilaturahmi

Silaturahmi bermaksud hubungan kekerabatan. Orang yang rajin menjalinkan silaturahim dengan orang lain serta menjaga hubungan dengan orang lain juga tidak akan terlepas daripada menerima nikmat daripada Allah SWT.

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah An-Nisa’ : 1)

Rezeki Kerana Sentiasa Beriman Dan Bertaqwa

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.” (Surah Al-A’raf : 96)

Di dalam Al-Quran, Allah telah menjelaskan, sesiapa yang beriman dan bertaqwa akan dibukakan pintu rezeki baginya yang melimpah-ruah. Kita juga dianjurkan untuk berzikir setiap kali selesai solat fardhu. Selain itu, berdoalah memohon kepada Allah supaya hajat kita dipenuhi. Kita juga boleh memohon rezeki dari segala penjuru.

Rezeki Kerana Mengorbankan Diri, Harta Dan Waktu Untuk Urusan Agama

Firman Allah SWT, “Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.” (Surah At-Talaaq : 11)

Sesiapa yang beramal soleh dan kerana Allah SWT juga akan dikurniakan rezeki baginya. Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud, “Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Surah Al-Hajj : 50)

Rezeki Kerana Selalu Membaca Al-Quran Dan Melakukan Solat Dhuha

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).” (Surah Fathir : 29-30)

12 pintu rezeki

Secara kesimpulannya, terdapat banyak pintu rezeki yang dibukakan kepada kita untuk kita sentiasa memohon daripada Allah SWT. Kesemua dua belas pintu rezeki ini terbuka untuk semua orang tanpa memandang golongan atau status orang tersebut.

Firman Allah SWT, “Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.” (Surah Ar-Ra’d : 26)

Demikian itulah 12 pintu rezeki yang telah disedikan oleh Allah SWT. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk mendapatkan rezeki daripada Allah SWT.

11 Sebab Anda Patut Pilih Beana Home Quran

11 Sebab Anda Patut Pilih Beana Home Quran

Zaman teknologi ini, ramai kanak-kanak mahupun orang dewasa yang tidak menitikberatkan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Pendidikan dalam mendalami ilmu Al-Quran kurang diberi perhatian. Dengan adanya teknologi yang semakin hari semakin canggih, pelbagai cara boleh diterapkan untuk belajar mengaji.

11 Sebab Anda Patut Pilih Beana Home Quran

Di Beana Home Quran, kami menawarkan kelas mengaji Al-Quran yang menggunakan pelbagai cara dan teknik untuk menarik minat kanak-kanak mahupun orang dewasa sekaligus memupuk rasa cinta akan Al-Quran. Kelas mengaji ini juga berpotensi untuk memudahkan pemahaman anda dalam pembacaan Al-Quran.

Kenapa Perlu Pilih Beana Home Quran?

Apa keistimewaan dan kelebihan Beana Home Quran? Apa yang anda akan dapat daripada Beana Home Quran? Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang ini. Jangan risau, saya akan rungkaikan satu persatu tentang manfaat anda belajar mengaji dengan Beana Home Quran. Selesai membaca artikel ini, anda pasti tidak akan ragu-ragu lagi. Jadi, kenapa anda perlu pilih Beana Home Quran?

Kelas Fardhu Ain Percuma

Di Beana Home Quran, kami menawarkan perkhidmatan kelas mengaji dan asas fardhu ain. Kelas fardhu ain yang kami tawarkan adalah percuma kepada sesiapa yang mendaftar kelas mengaji dengan Beana Home Quran. Kelas fardhu ain ini diberikan secara percuma kerana ianya saling berkait dengan mempelajari Al-Quran. Kelas fardhu ain tersebut akan menekankan tentang ilmu fiqh dan memudahkan pemahaman ketika mengaji Al-Quran.

Kelas Berkumpulan Atau Persendirian

Beana Home Quran juga menawarkan perkhidmatan mengajar mengaji secara persendirian iaitu dari rumah ke rumah. Beana Home Quran juga turut menjalankan perkhidmatan mengajar mengaji secara berkumpulan sama ada kumpulan kecil atau besar. Pastikan kumpulan besar tersebut tidak melebihi 6 orang di dalam satu kumpulan.

11 Sebab Anda Patut Pilih Beana Home Quran

Kelas Dilakukan Di Tempat Pilihan Anda

Semua aktiviti mengaji boleh dilakukan di rumah, pejabat ataupun di mana-mana tempat yang sesuai untuk mengaji Al-Quran. Beana Home Quran menggunakan konsep talaqi iaitu perjumpaan atau pertemuan yang berasaskan pembelajaran ilmu Islam yang disampaikan oleh guru bertauliah kepada kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa agar lebih fokus dan tekun dalam pengajian Al-Quran dan ilmu fardhu ain.

Anda boleh menetapkan rumah anda sebagai tempat untuk belajar mengaji. Ini kerana anda tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk bersiap dan sebagainya. Suasana di rumah yang kondusif dan selesa juga akan membuatkan tumpuan akan menjadi lebih fokus. Anda juga akan mudah faham akan apa yang dipelajari.

Pelajar

Beana Home Quran terdapat lebih 300 orang pelanggan yang telah mendaftar dan menjalani kelas mengaji Al-Quran dan kelas fardhu ain kami sejak pembukaan pada Disember 2016. Sekiranya anda tidak tahu membaca Al-Quran langsung, tidak mengapa, kami di Beana Home Quran akan mengajar anda sehingga anda mampu untuk menbaca malah menghafal Al-Quran. Anda juga akan mudah membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.

Tenaga Pengajar

Kami mempunyai tenaga pengajar yang mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan sudah mempunyai lebih daripada 100 orang pengajar yang mendaftar dengan kami. Tenaga pengajar kami juga telah menjalani sesi latihan dan konsultasi daripada pihak Beana Home Quran sebelum mula mengajar anda. Jadi, tutor kami terdiri daripada ustaz dan ustazah yang mampu untuk mengajar anda mahupun anak anda.

Pusat Pengajian Di Kota Damansara

Selain itu, terdapat juga pusat pengajian bergerak yang telah disediakan oleh Beana Home Quran. Ianya terletak di Kota Damansara Selangor. Pusat pembelajaran ini berkedudukan yang sangat strategik kerana ianya terletak di antara kawasan Subang dan Petaling Jaya. Anda boleh terus mendaftar di sini sekiranya ada tinggal berdekatan dengan kawasan pusat pengajian kami.

Mengikut Jadual Anda

Sekiranya anda mendaftar mengaji dengan Beana Home Quran, kelas mengaji anda adalah mengikut jadual yang anda telah tetapkan. Jadual anda boleh ditetapkan mengikut kesesuaian masa dan tempat yang anda inginkan. Anda tidak perlu lagi risau akan perjalanan anda untuk ke tempat pengajian. Ini kerana anda telah menetapkan hari apa yang anda tidak sibuk untuk membuat kelas mengaji Al-Quran. Jadi, ianya sangat memudahkan anda dengan jadual yang sangat fleksibel.

Harga Pakej Yang Berpatutan

Terdapat banyak pakej yang ditawarkan oleh Beana Home Quran termasuklah untuk pakej mengaji Al-Quran untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Setiap pakej mempunyai dua jenis iaitu pakej 1 ke 2 orang dan 3 ke 4 orang pelajar. Selain itu juga, kami turut menawarkan dua pakej lain yang termasuk dewasa, remaja dan juga kanak-kanak dalam satu kumpulan.

Harga kesemua pakej-pakej ini snagat berpatutan dengan jumlah jam yang telah ditetapkan iaitu 50 jam bagi setiap yang mendaftar. Pembelajaran dilakukan mengikut sukatan pembelajaran yang telah disediakan mengikut kaedah-kaedah tertentu.

Kelas-Kelas Lain Yang Ditawarkan

Di samping itu juga, Beana Home Quran menawarkan kelas-kelas agama yang lain seperti Kelas Tasmi’, Kelas Fardhu Ain, Kelas Bahasa Arab dan juga Kelas Tahsin Ibadah. Kelas-kelas ini diajarkan oleh tenaga pengar yang telah menghafal Al-Quran dan merupakan pakar dalam bidang hafiz dan yang berkaitan dengannya.

11 Sebab Anda Patut Pilih Beana Home Quran

Ujian Dan Laporan

Ujian akan dilakukan setiap tiga bulan setelah anda mula mendaftar dan mengaji. Ujian ini akan dilakukan mengikut sukatan yang telah dipelajari oleh setiap pelajar. Jadi, segala yang anda pelajari tidaklah menjadi sia-sia kerana kami akan memberikan ujian untuk melihat prestasi anda. Laporan pula akan diberikan secara mingguan atau bulanan. Laporan prestasi ini adalah untuk mengetahui peningkatan setiap pelajar berdasarkan apa yang telah dipelajari.

Menggunakan Kaedah Tertentu

Beana Home Quran menggunakan kaedah-kaedah tertentu dalam pembelajaran dan pengajian Al-Quran. Kami menawarkan membaca Al-Quran 50 jam. Antara kaedah yang digunakan adalah menggunakan flash card yang direka kahs untuk menerapkan pemahaman melalui rangsangan. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan gadjet. Pendekatan ini adalah untuk menarik minat pelajar dengan mengggunakan slideshow.

Workbook dan buku latihan juga akan turut diberikan untuk menekankan pemahaman dan ingatan pelajar dalam membaca al-Quran. Pelajar juga pasti akan lebih fokus dan tekun dengan menggunakan kaedah ini.

Secara kesimpulannya, Beana Home Quran mempunyai banyak kelebihan dan manfaatnya. Selain anda dapat menambah ilmu dan pengetahuan tentang Al-Quran, anda juga memperoleh pahala daripada mempelajarinya. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Mujadalah : 11)

Jadi, daftarlah segera dengan Beana Home Quran untuk meningkatkan pengetahuan serta memperbetulkan pembacaan Al-Quran dan tajwid anda. Anda pasti tidak mahu terlepas peluang untuk menimba ilmu Al-Quran ini.