Amalan-Amalan Yang Dapat Menggandakan Pahala

Amalan-Amalan Yang Dapat Menggandakan Pahala

Islam memberi kemudahan kepada setiap umatnya dalam pelbagai aspek, segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam bukan hanya sekadar peraturan yang perlu dipatuhi. Sebaliknya, peraturan-peraturan inilah yang membantu kita untuk menjalani kehidupan harian kita.

Amalan-Amalan Yang Dapat Menggandakan Pahala

Dalam beribadah juga, Islam banyak memudahkan pemeluknya. Walau sekecil manapun ibadah tersebut, ia pasti akan mendatangkan kebaikan kepada kita. Setiap insan di bumi ini pasti mengimpikan untuk masuk ke syurga dan mendapatkan pahala yang banyak.

Banyak amalan-amalan mudah yang boleh kita lakukan tetapi masih ramai yang mengabaikannya. Untuk menggandakan pahala dan masuk ke syurga terdapat beberapa amalan-amalan yang dapat meningkatkan penimbang pahala kita.

Membaca Al-Quran

Al-Quran merupakan kalam Allah yang menjadi sumber petunjuk untuk kehidupan umat manusia di seluruh dunia. Aslinya Al-Quran ini tidak mampu untuk sesiapa mengubahnya. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah Al-Hijr : 9)

Al-Quran merupakan bacaan yang sangat mulia. Jadi, ianya sangat disyorkan untuk kita membacanya. Lagi bagus sekiranya kita menghafal, mengamalkannya dan berdakwah menggunakannya. Berapa besar pula pahala yang kita akan dapat nanti.

Di dalam Al-Quran juga Allah telah berfirman yang bermaksud, “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Surah Saad : 29)

Itu belum termasuk lagi doa-doa yang berdasarkan ayat di dalam Al-Quran. Selain kita mendapat pahala, kita juga dapat berdoa untuk diri kita. Allah SWT juga berfirman yang bermaksud, “Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam.” (Surah Al-Nahl : 98)

“Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas).” (Surah Al-Muzzammil :20)

Solat Di Tengah Malam

Firman Allah SWT bermaksud, “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

Allah menyuruh kita solat ditengah malam diantara waktu isyak dan subuh. Allah juga telah menjanjikan tempat yang terpuji di akhirat kelak sekiranya kita berbuat sedemikian.

Allah juga berfirman bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).” (Surah Az-Zariyat : 15-18)

“Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.” (Surah Al-Muzzammil : 20)

Puasa

Puasa pada bulan Ramadhan adalah puasa yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam. Di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)

Berpuasa adalah menahan diri dari segala hal yang boleh membatalkan puasa dari sejak terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Berpuasa dari segi bahasa bermaksud adalah menahan diri daripada berbuat sesuatu.

Hal ini telah ditunjukkan di dalam Al-Quran yang bermaksud, “Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.” (Surah Maryam : 26)

Bersedekah

“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka.” (Surah As-Sajadah : 15-16)

Amalan-Amalan Yang Dapat Menggandakan Pahala

Melalui terjemahan ayat di atas, Allah menyuruh kita untuk menunaikan solat pada malam hari, membaca Al-Quran, bertasbih dan bersedekah. Dengan bersedekah, kita akan diredhai Allah dan mendapat pahala yang amat besar.

Firman Allah bermaksud, “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah Al-Baqarah : 261)

Dan firmanNya lagi,”Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (Surah An-Nisa : 114)

Zikir

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.” (Surah Al-Baqarah : 200-202)

Amalan-Amalan Yang Dapat Menggandakan Pahala

Ayat di atas menjelaskan bahawa terdapat tiga orang yang doanya tidak akan ditolak oleh Allah SWT, malah akan dikabulkan iaitu; orang yang selalu berzikir kepada Allah SWT, orang yang dianiaya dan pemimpin yang adil.

Allah juga menyuruh kita supaya sentiasa mengingatinya walau apa jua yang kita lakukan. Ini telah tertulis di dalam Al-Quran yang bermaksud, “(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah Ali Imran : 192)

Demikianlah amalan-amalan yang patut kita amalkan untuk menambahkan ganjaran pahala kita. Allah itu Maha Mengetahui di atas segala perkara yang kita lakukan. Walaupun ianya sebesar zarah sekalipun, sekiranya ia adalah untuk kebaikan, Allah pasti akan memberikan ganjarannya.

Sudah pastinya terdapat banyak lagi amal yang boleh dilakukan untuk mendapat pahala yang banyak. Sesuatu yang kita lakukan itu sama ada baik atau buruk, pasti akan diberi balasannya. Hal ini telah tertulis di dalam Al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Surah Al-Zalzalah : 7-8)

5 Tanggungjawab Suami Yang Wajib Disediakan Untuk Isteri Dalam Islam

5 Tanggungjawab Suami Yang Wajib Disediakan Untuk Isteri Dalam Islam

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” (Surah An-Nisa : 34)

5 Tanggungjawab Suami Yang Wajib Disediakan Untuk Isteri Dalam Islam

Seorang lelaki setelah melafazkan akad nikah, mereka seharusnya perlu tahu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam untuk menjaga dan memelihara keluarganya. Menikahi seseorang wanita bermakna tanggungjawab seorang suami telah bermula.

Kebanyakan isteri pada masa sekarang inni bekerja untuk membantu ekonomi keluarga Walau seorang isteri itu bekerja, terdapat situasi di mana suami tidak boleh menyentu perihal wang gaji isteri. Ini kerana, keperluan memberi nafkah tetap menajdi tanggungjawab seorang suami.

Di antara kesemua tanggungjawab seorang lelaki terhadap isterinya adalah termasuk nafkah zahir dan batin. Tetapi tahukah anda tanggungjawab seorang lelaki yang patut disediakan untuk si isteri?

Rumah

Rumah merupakan tempat tinggal yang perlu disediakan oleh suami untuk isterinya. Tidak kiralah sama ada ianya disewa atau dibeli, asalkan ianya mengikut kemampuan suami.

5 Tanggungjawab Suami Yang Wajib Disediakan Untuk Isteri Dalam Islam

Rumah yang disediakan tidak perlulah besar, mewah atau sebagainya, cukuplah ianya sekadar untuk keselesaan dan keselamatan serta sebagai tempat berlindung isteri itu.

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.” (Surah At-Talaaq : 7)

Makan Dan Minum

Kebiasaannya orang perempuan yang akan pergi membeli barang-barang dapur dengan sendirinya tanpa suami. Dengan secara tidak langsung, si isteri sebenarnya menggunakan duitnya sendiri untuk membeli barang-barang dapar kerana ianya adalah “tugasnya” sebagai seorang isteri dan perempuan.

Ramai yang tidak tahu, ini sebenarnya salah. Sepatutnya, ini adalah tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya. Suami perlu membeli barang dapur menggunakan duitnya sendiri untuk menjaga makan minum dia, isteri dan anak-anak.

Menyediakan makan minum kepada isteri bukan hanya dengan menghulurkan duit untuk membeli makanan sahaja. Tetapi, tidak salah bagi seorang isteri untuk membantu suaminya dalam membeli barang-barang dapur yang diperlukan.

“Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Surah Al-Baqarah : 233)

Pakaian Dan Perhiasan

Menyediakan pakaian adalah tanggungjawab seorang suami kepada isterinya. Ini mungkin peluang untuk suami bersama-sama memelihara aurat isteri. Menyediakan pakaian yang menutup aurat untuk si isteri juga dapat menjaga dan memelihara aurat si isteri.

5 Tanggungjawab Suami Yang Wajib Disediakan Untuk Isteri Dalam Islam

Wanita sememangnya tidak asing lagi dengan perhiasan. Suami perlu menyediakan perhiasan untuk isteri. Perhiasan dipakai oleh si isteri sebenearnya adalah untuk si suami juga. Jadi, sediakanlah perhiasan untuk isteri sebagai penambah serinya.

“Dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.” (An-Nisa : 5)

Perubatan

Sediakan duit kecemasan untuk menanggung perbelanjaan kos perubatan sekiranya isteri ditimpa sakit. Suami perlu membaca isteri berubat dan membiayai perbelanjaan ini. Pada zaman sekarang ini, takaful untuk isteri dan anak-anak itu sebenarnya perlu disediakan oleh suami supaya kehidupan isteri dan anak-anak terjamin.

“Setiap penyakit pasti memiliki ubatnya. Apabila sesuatu ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan izin Allah SWT.” (HR Muslim)

Pembantu

Sekiranya isteri sebelum berkahwin sudah biasa mempunyai pembantu rumah, maka suami perlu menyediakan pembantu untuknya selepas berkahwin.

Zaman sekarang ini, sekirannya suami tidak mampu, cukuplah sekadar menyediakan wang saku untuk penjagaan anak ataupun mengambil pembantu rumah sambilan dan paling penting sekali adalah mengupah pembantu semasa isteri sedang berpantang selepas melahirkan anak.

Selain daripada itu, suami jug aperlu memberi nafkah wang walau sedikit mana sekalipun untuk isteri setiap bulan. Walau hanya mampu memberi RM10 sahaja, asalkan diberi kepadanya. Ini adalah supaya keberkatan wujud dalam rumah tangga.

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.” (Surah An-Nisa : 19)

Secara kesimpulannya, sebagaimana teruk sekalipun ekonomi pada masa sekarang, jangan dicampur adukkan gaji isteri dan suami kemudiannya merancang perbelanjaan keluarga dari situ. Ini bukanlah cara yang dianjurkan Islam kepada pasangan suami isteri.

Suami perlu menguruskan dulu kewajipan yang wajib ditunaikan olehnya, kemudian barulah isteri datang membantu sekiranya memerlukan bantuannya. InsyaAllah rumah tangga akan diberi keberkatan.

25 Tips Menguruskan Anak Nakal

25 Tips Menguruskan Anak Nakal

Anak adalah amanah kepada setiap ibu bapa. Ibu bapa dituntut untuk memberikan perhatian kepada anak-anak mereka dan mencurahkan kasih sayang dengan penuh kesungguhan. Setiap ibu bapa mempunyai kewajipan untuk membimbing anak-anak demi kebaikan dan keselamatan mereka.

Firman Allah SWT, “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka…” (Surah At-Tahrim : 6)

25 tips menguruskan anak nakal

Ibu bapa adalah pendidik pertama bagi anak-anak. Pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam menghasilkan anak yang cemerlang di dunia dan akhirat. Masalah anak nakal juga dapat dibendung sekiranya ibu bapa mendidik anak dengan cara yang betul.

“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” (Surah Al-Anfal : 28)

Perkongsian kali ini adalah tentang tips untuk mendidik dan membimbing anak yang nakal dan susah untuk mendengar kata. Percayalah, masih belum terlambat lagi untuk melentur anak yang nakal dan degil ini.

Elakkan Memukul Anak-Anak

Memukul anak-anak bukanlah tidak boleh langsung tetapi haruslah berpada-pada. Seiranya memerlukan untuk memukul anak kerana ingin memberi pengajaran atau mendidik, maka pukullah anak-anak pada bahagian lutut dan kebawah.

Jangan memukul anak di bahagian lutut dan ke atas kerana dikhuatiri anak akan bertambah degil dan nakal. Sekiranya terpaksa memukul anak, maka pukullah di bahagian kaki. Ini kerana, secara saintifiknya, memukul di bahagian kaki akan menyebabkan ransangan refleksologi yang akan merangsang ke bahagian otak.

Rasulullah SAW bersabda, “Mendidik anak lebih baik bagi seseorang berbanding bersedekah secupak.” (HR At-Tirmizi)

Pelukan Manja

Ada sesetengah ibu bapa yang malu untuk memeluk dan mencium anak-anak setiap hari. Ibu bapa perlu tunjukkan kemesraan dengan memeluk pasangan anda terlebih dahulu di hadapan anak-anak sebagai contoh. Dengan melihat kemesraan ibu bapa secara tidak langsung, anak-anak jug akan turut merasa seperti dihargai.

Bahkan terdapat kajian yang mengatakan, anak-anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai IQ yang kuat berbanding anak yang tidak dipeluk.

Sokongan Dan Pujian

Berikanlah sokongan dan pujian kepada anak-anak anda ketika mereka membuat kebaikan. Selain daripada itu, berikanlah juga pelukan dan ciuman kepada mereka. Paling tidakpun berikanlah senyuman.

Tetapi, janganlah pula mengharapkan anak anda yang belum matang itu membuat kebaikan secara berterusan. Ini kerana mereka hanyalah seorang kanak-kanak yang sedang belajar. Dalam proses perkembangan mereka, mereka ingin melakukan semua perkara termasuklah membuat kesilapan.

Pandanglah Dengan Penuh Kasih Sayang

Berikanlah pandangan yang penuh dengan kasih sayang kepada anak-anak anda. Ini kerana, pandangan yang penuh dengan kasih sayang akan membuatkan anaka nda lebih yakin ketika berhadapan dengan persekitaran. Jika bukan ibu bapa yang mereka sayang, siapa lagi yang akan lakukannya?

25 Tips Menguruskan Anak Nakal

Jangan Anggap Anak Sebagai Beban

Sepanjang membesarkan anak-anak, janganlah menganggap mereka sebagai beban. Selain itu, janganlah juga mengeluh ketika membesarkan mereka. Keluhan anda itu akan membuatkan mereka merasa adalah beban kepada ibu bapa mereka.

Dengar Apabila Anak Bercakap

Ibu bapa juga digalakkan untuk mendengar cerita anak anda. Ini kerana cerita itu anda tidak akan dapat mendengarnya pada masa akan datang. Jadikan kebiasaan untuk anda menunggu giliran bercakap. Dalam masa yang sama, anak anda juga akan belajar untuk menunggu giliran dalam bercakap.

Keluarga > Kerja

Sekiranya anda menghadapi masalah kerja ataupun keluarga, pilihlah keluarga dahulu kerana anak-anak anda dlam proses membesar. Anda akan terlepas masa yang sangat berharga begitu sahaja jika anda memilih untuk menyelesaikan masalah kerja daripada massalah keluarga anda.

Tenangkan Anak

Cuba tenangkan anak-anak setiap kali anak anda berada di dalam kerisauan atau ketakutan. Ini kerana, mereka memerlukan anda. Tunjukkan kepada mereka bagaimana cara untuk mereka menenangkan diri mereka. Selain itu juga, dengarkanlah mimpi ngeri mereka kerana, bagi mereka mimpi ngeri ini adalah benar di dunia nyata.

Luangkan Masa Bersama Anak

Luangkan masa bersama anak anda wqalau seseibuk manapun anda. Pegang erat tangan mereka ketika anda berjalan bersama. Pastikan anak anda merasakan diri mereka sangat penting kepada ibu bapa mereka.

25 Tips Menguruskan Anak Nakal

Terima Mereka Seadanya

Keadaan anak-anak membesar mencorakkan keperibadian mereka di kemudian hari. Terimalah mereka seadanya. Sekiranya terdapat kekurangan, bimbing mereka ke jalan yang betul, tegur mereka dengan berhemah.

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya, “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Surah Luqman : 13)

Hargai Barang Kesayangan Anak

Setiap anak mesti mempunyai barang-barang yang mereka suka dan sayang. Walaupun bagi anda barang tersebut hanya menyemakkan keadaan tetapi hargailah barang mereka itu. Sesetangah barang itu mempunyai makna yang sentimetal bagi mereka.

Ini secara tidak langsung akan mengajar mereka untuk menghargai barang anda pula. Cuba elakkan diri dari membuang barang permainan mereka itu walaupun sudah rosak. Tanya kepada mereka terlbih dahulu sekiranya anda ingin membuangnya.

Terima Kekurangan Diri Anda

Di dalam dunia ini, tidak ada ibu bapa yang sempurna. Terimalah hakikat keadaan diri anda. Ini dapat mengurangkan tekanan anda. Jangan sesekali membawa pulang kerja anda kerana rumah bukanlah pejabat kedua anda.

Habiskan kerja di pejabat dan pulanglah ke rumah tanpa membawa masalah pejabat. Jika anda sering membawa pulang bebanan kerja, anak-anak akan fikir, anda melebihkan kerja daripada keluarga.

Ajar Anak Solat

Sabda Rasulullah SAW, “Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka.” (HR Ahmad & Abu Daud)

25 Tips Menguruskan Anak Nakal

Solat ini dapat menenangkan seseorang itu, jadi ajarkanlah anak-anak untuk solat sejak usianya masih kecil lagi. Walaupun mereka tidak diwajibkan solat sehingga umurnya 7 tahun, tetapi memperbiasakan anak-anak untuk melakukannya lebih awal supaya tidak liat melakukannya apabila sudah besar.

Baca di sini untuk mengetahui 3 Doa Untuk Anak Membesar Pintar Dan Beriman

Nama Panggilan Yang Baik

Nama ini akan reflek ke anak kita sendiri. Oleh itu, beri dan panggillah anak anda denagn nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang elok akan menyebabkan anak anda berasa malu dan merendah diri.

Akui Kesilapan Anak

Anda tidak sepatutnya mengharapkan anak anda yang belum matang itu untuk melakukan sesuatu perbuatan baik secara terus-menerus. Mereka hanya kanak-kanak yang baru sahaja mengenali dunia dan akan terus berkembang.

Perkembangan mereka inilah yang akan membuatkan mereka ingin mengalami semua perkara termasuklah membuat kesilapan. Terima kesilapan mereka dan perbetulkannya. Jangan mudah marah kerana ianya akan memberikan kesan yang kurang elok untuk jangka masa yang panjang.

Sambut Birthday Bersama

Kalau boleh, luangkan masa untuk menyambut hari jadi bersama-sama anak-anak. Sekiranya tidak mampu untuk mengadakan birthday party, hanya sambut dengan keluarga anda sudah mencukupi. Sepotong kek juga sudah memadai. Sediakan juga hadiah buat mereka. Ini akan membuatkan mereka rasa dihargai.

Ulang Arahan Beberapa Kali

Anak kita berkemungkinan menerima pengajaran bukan pada kali pertama. Ada sesetengah daripada mereka mungkin memerlukan kita untuk mengulang beberapa kali. Ibu bapa perlu bersabar dalam mengajar mereka. Kadang-kadang anak mungki tidak memahani arahan. Jadi, jelaskan kepada mereka beberapa kali.

Rasulullah SAW bersabda, “Wahai anak kecil, sesungguhnya aku ingin mengajarkan beberapa kalimah (nasihat) kepadamu; jagalah (batasan-batasan/syariat) Allah maka Dia akan menjagamu, jagalah (batasan-batasan/syariat) Allah maka kamu akan mendapati-Nya dihadapanmu.” (HR At-Tirmidzi dan Ahmad)

Lakukan Aktiviti Bersama Anak-Anak

Luangkan masa bersama anak-anak di luar rumah seperti pergi piknik atau bersiar-siar. Yang pasti, pegang tangan mereka ketika berjalan dengan mereka. Mereka pasti akan merasakan kehadiran mereka sangat penting dalam kehidupan anda. Kualiti masa lebih penting daripada kuantiti.

25 Tips Menguruskan Anak Nakal

Jangan Terlalu Ikutkan Permintaan Anak

Sekiranya anak anda meragam dan menangis hentak-hentak kaki di tempat awam, jangan memberikan apa yang mereka inginkan itu. Ini kerana ia akan mengajar mereka bahawa jika mereka menangis, meragam dan menjerit, ibu bapa akan turutkan sahaja apa yang dia mahukan.

Menurut Dr Vasco Lopes, ianya digelarkan sebagai “perangai yang dipelajari”. Ia menyebabkan anak anda akan bersikap nakal hanya semata-mata untuk mendapatkan perhatian ibu bapa.

Kurangkan Penggunaan Gadjet

Di zaman yang moden ini, kalau boleh elak memberikan anak-anak telefon bimbit. Ini akan membuatkan anak-anak leka bermain gadjet dan permainan di telefon bimbit tersebut. Ianya sekaligus akan membuatkan mereka tidak mengendahkan apa yang anda cuba sampaikan kepada mereka kerana leka dengan telefon bimbit.

Anda juga seeloknya cuba mengurangkan penggunaan telefon bimbit anda dan perbanyakkan berbual dengan anak anda. Lebih masa anda luangkan masa bersama mereka, lebih kurang mereka akan menghadap gadjet.

Terlampau Melindungi Anak-Anak

Kebiasaannya, ibu bapa memang akan sedikit protective terhadap anak-anak mereka. Namun ada masanya, anda tidak perlu berlebih-lebih dalam melindunginya Ini kerana anak akan berasa terkongkong kerana semua benda tidak boleh buat. Jadi, mereka akan mula memberontak.

Buat Peraturan

Anda juga perlu membuat peraturan khusus untuk anak anda yang nakal. Tetapkan peraturan khas untuk mereka dan akibat yang mereka akan lalui sekiranya mereka terus berkelakuan sedemikian.

Anda juga boleh membuat perjanjian dengan mereka dan memberikan hadiah sekiranya mereka berlakuan elok di tempat awam contohnya. Tetapi jika mengikut arahan anda, jangan pula andai tidak menunaikan perjanjian tersebut.

Jangan Berteriak

Anda perlu ingat bahawa anak akan selalu mengikut tingkah laku anda. Jadi, sekiranya anda berteriak dan memarahi mereka, lambat-laun mereka akan turut berkelakuan sedemikian kepada anda. Sekiranya anda ingin memarahi mereka, anda hanya perlu naikkan nada suara tanpa perlu melantangkan suara anda.

Berikan Contoh Terbaik

Anak sangat senang meniru setiap tingkah laku dan sikap yang ibu bapanya tunjukkan. Oleh itu, tunjukkanlah sikap yang baik dan tanamkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Berhati-hati dalam berkata-kata dan tingkah laku anda di hadapan anak-anak.

“Tidak ada pemberian seorang bapa terhadap anaknya yang lebih baik dari adab yang mulia.” (HR At-Tirmizi)

Cepat Ambil Tindakan

Perhatian anak-anak sangat mudah untuk dialihkan. Ia akan membuatkan mereka mudah lupa dengan apa yang baru sahaja dia lakukan. Oleh itu, ianya penting untuk ibu bapa bertindak segera jika anak membuat perangai nakalnya. Jika tidak, anak anda akan lupa tentang kenakalannya.

Secara kesimpulannya, anak-anak memerlukan perhatian ibu bapa mereka dalam proses perkembangan mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan betul kerana andalah yang mencorakkan peribadi anak anda.

Anak-anak itu fitrah dan suci. Sabda Rasulullah SAW, “Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi.” (HR Bukhari dan Muslim)

15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

Ramadhan adalah salah satu bulan dalam bulan bulan Islam. Ramadhan dari segi bahasa bermaksud panas terik manakala dari segi istilah pula bermaksud bulan rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya. Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai “Shahrun Mubarak” yang memberi erti bulan keberkatan.

Ia dikatakan sebagai bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan kerana di dalamnya mengandungi beberapa keistimewaan. Jadi, hari ini saya akan huraikan berkenaan keistimewaan bulan Ramadhan pada umat Islam.

15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

Al-Quran Diturunkan

Al-Quran merupakan sumber syariat Islam yang terbaik bagi umat Islam. Ia diturunkan pada bulan Ramadhan sehingga terdapat firman Allah pada bulan itu yang telah diungkapkan oleh Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril untuk disampaikan kepadanya segenap umat muslim agar terhindar dari jalan yang sesat.

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah Al-Baqarah : 185)

Bulan Penuh Kebaikan

“Apabila telah datang bulan Ramadhan, pintu-pintu langit dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka akan ditutup, dan syaitan dibelenggu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Ramadhan adalah bulan terbaik untuk membuat amal kebaikan kerana tidak ada bulan dimana pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya.

“Sesungguhnya bulan (Ramadhan) telah datang kepada kalian, di dalamnya terdapat sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak mendapatinya maka ia telah kehilangan banyak sekali kebaikan.” (HR Ibnu Majah)

Tidak ada malam yang lebih baik dari bulan Ramadhan. Barangsiapa yang tidak mengisinya dengan kebaikan, maka ia telah rugi kerana belum tentu di tahun hadapan ia kana bertemu kembali dengan bulan Ramadhan.

Bulan Pengampunan Dosa

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosa – dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Allah akan mengampuni dosa hambanya sebanyak mana sekalipun ketika itu sekiranya dia bersungguh-sungguh bertaubat dan menjalankan ibadah Ramadhan dengan ikhlas. Pintu kebaikan akan terbuka luas untuknya dan berdoa kepada Allah supaya diampunkan dosanya.

Kesempatan Taubat

“Celakalah seseorang, ia memasuki bulan Ramadhan kemudian melaluinya sedangkan dosanya belum diampuni.” (HR Tirmidzi dan Ahmad)

Di dalam bulan Ramadhan ini, berdoalah dan minta keampunan di atas segala dosa yang telah dilakukan. Bertaubatlah kerana ianya akan menjadiakn kita seperti orang yang baru dan bersih dari segala dosa.

15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

Pahala Berlipat Ganda

“Pahala umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala ibadah haji.” (HR Bukhari dan Muslim)

Umrah yang dilakukan pada bulan lain selain Ramadhan hanya kan mendapat pahala biasa. Akan tetapi, jika umrah dilakukan pada bulan Ramdhan, ianya akan mendapat pahala yang luar biasa, berlipat kali gandanya sehingga ia sangat-sangat berbeza dari bulan-bulan yang lain.

Malam Lailatul Qadar

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Surah Al-Qadr : 1-5)

Tiada malam yang lebih indah dan lebih baik dari malam Laitatul Qadar. Lailatul Qadar hanya ada pada bulan Ramadhan sehingga setiap harinya di bulan Ramadhan digalakkan untuk selalu melakukan amal ibadah agar dapat bertemu malam yang penuh dengan keberkatan itu.

I’tikaf Dengan Tenang

Bulan Ramadhan adalah waktu yang paling terbaik untuk i’tikaf kerana di bulan inilah Allah memperhatikan hambaNya secara langsung.

15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

“Adalah Nabi SAW beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, sampai beliau wafat, kemudian isteri-isteri baginda pun beri’tikaf setelahnya.” (HR Bukhari Muslim)

Tidak Menghalang Urusan Duniawi

“Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya.” (Surah Al-Baqarah : 187)

Bulan puasa bukanlah bulan yang dilarang untuk melakukan urusan duniawi. Salah satunya adalah hubungan kelamin diantara suami isteri, suami tetap boleh melakukannya pada waktu yang dibolehkan iaitu di malam hari, dan tetap mendapat pahala serta tidak ada dosa baginya.

Merasakan Nikmatnya Makan Minum

Pada hari-hari biasa kita akan merasa biasa sahaja dengan makan dan minum. Namun, pada bulan Ramadhan, kita akan merasa lapar dan haus sehingga ketika mendapat makanan dan akan berasa sangat bersyukur. Sedangakn ada juga saudara kita yang diluar sana setiap hari seperti berpuasa kerana tidak memiliki wang yang cukup utnuk makan dan minum.

Ibadah Khusus Solat Tarawih

“Barangsiapa yang berdiri solat pada bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Semua solat boleh dilakukan di bulan Ramadhan kecuali solat tarawih sebab solat tarawih adlah iabadah yang khusus dan istimewa hanya dilakukan pada bukan Ramadhan.

Waktu Dikabulkan Doa

“Sesungguhnya setiap muslim pada tiap siang dan malam hari – pada bulan Ramadhan – memiliki doa yang mustajab” (HR Al-Bazzar)

15 Keistimewaan Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan juga merupakan waktu yang terbaik untuk berdoa kerana pada bulan Ramadhan terdapat banyak waktu yang mustajab untuk berdoa. Doa yang dilakukan dengan ikhlas dengan penuh beradab dan dilakukan pada waktu yang baik sudah tentu akan dimakbulkan Allah SWT.

Waktu yang baik untuk berdoa pada bulan Ramadhan adalah ketika sahur dan berbuka, disepertiga malam yang terakhir, setelah solat, ketika melakukan i’tikaf dan banyak lagi kerana sepanjang hari orang yang berpuasa adalah hari yang penuh kebaikan.

Waktu Terbaik Sedekah

“Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.” (HR Tirmidzi)

Waktu yang terbaik besedekah adalah pada bulan Ramadhan kerana pada bulan itu kita boleh merasakan tidak semua orang mendapat kemudahan seperti kita. Sebagai contoh, tidak semu aorang mempunyai wang untuk membeli makanan, membeli baju baru malah memiliki tempat tinggal yang sepatutnya.

Oleh itulah, sedekah yang dilakukan akan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan untuk memberikan kesenangan dalam menjalani ibadah puasa. Kita juga akan merasa senang melhat mereka bahagia dengan makan makanan yang lazat, memakai pakaian baru dan sebagainya.

Tidak Ada Syaitan Penganggu

Pada bulan selain bulan Ramadhan terdapat banayk syaitan berkeliaran dan mengganggu manusia. Hanya di bulan Ramadhan tidak ada syaitan kerana syaitan dikurung di dalam neraka.

Perbutan maksiat yang dilakukan pada bulan puasa adalah kerana hawa nafsu dari manusia itu sendiri dan sesungguhnya perbuatan maksiat tersebut boleh dicegah dengan memperbanyakkan amal ibadah.

“Jika datang bulan Ramadhan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.” (HR Bukhari)

Begitulah istimewanya bulan Ramadhan ini. Rugilah sekiranya kita tidak memanfaatkan waktu kita dengan melakukan amal ibadah yang boleh menambahkan pahala malah diampunkan dosa kita.

8 Keistimewaan Al Quran

8 Keistimewaan Al Quran

Al-Quran merupakan kitab suci yang diturunkan untuk umat Islam. Ia juga merupakan wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril. Terdapat beberapa keistimewaan Al-Quran yang patut diketahui oleh umat Islam sendiri mahupun yang bukan Islam.

8 Keistimewaan Al Quran

Al-Quran adalah kalamullah yang dimulai dengan surah Al-Fatihah dan ditutp dengan surah An-Nas. Ia juga diturunkan kepada umat Islam sebagai petnjuk dan panduan kepada umat manusia seluruh alam sehingga hari kiamat. Antara keistimewaan Al-Quran adalah seperti berikut:

Keasliannya Terpelihara

Al-Quran juga merupakan satu-satunya kitab di dunia ini yang sempurna dan terpelihara keasliannya. Ini kerana, Allah sendiri yang memeliharanya sebagaimana firmanNya:

“Sesungghnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Surah Al Hijr : 9)

Adapun kita-kitab samawi yang lainnya seperti Taurat dan Injil telah banyak diubah oleh pemeluknya. Tiada yang dapat mengubah isi kandungan Al-Quran. Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk mengubah isi kandungannya, tetapi tidak menjadi dan tetap tidak berjaya untuk meniru Al-Quran.

Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang menentang manusia kafir untuk membuat yang sepertinya. Di dalam Al-Quran telah dinyatakan sebanyak empat kali dan tahap pencabaran kepada manusia.

  1. Allah mencabar untuk membuat seperti Al-Quran, sebagaimana yang tertera dalam surah Ath-Thur : 33 & 34
  2. Allah merendahkan cabaranNya iaitu hanya beberapa surah sahaja yang tertera dalam Surah Hud : 13
  3. Allah mencabar kali ketiga, yang lebih ringan dari sebelumnya dengan hanya membuat satu surah sahaja. Ini seperti yang tertera dalam Surah Yunus : 38
  4. Dan cabaran yang ini pun mereka tidak sanggup memenuhinya. Maka Allah mencabar dengan cabaran yang terakhir yang paling ringan iaitu mendatangkan ayat-ayat seperti ayat Al-Quran. Hal ini tertera dalam Surah Al-Baqarah : 23

Usaha-usaha untuk memalsukan Al-Quran atau membuat yang sepertinya telah dilakukan oleh orang-orang kafir sehak berzaman dahulu, tetapi ianya tidak pernah berhasil.

Dihafal Ramai Manusia

Disamping itu, Al-Quran merupakan satu-satunya kitab suci yang dihafal ramai umat manusia. Al-Quran yang jumlah surahnya terdiri daripada 114 surat dan 6236 ayat, mampu dihafal dengan tepat sampaikan huruf per huruf malah panjang pendeknya juga.

Ia boleh dihafal oleh orang yang tidak mampu berbahasa arab sekalipun, sesuatu yang tidak mungkin terjadi pada kitab-kitab lain. Ianya mampu dihafal oleh kanak-kanak seperti Ibnu Sina yang menghafal Al-Quran seumur 5 tahun, Ibnu Khaldun yang menghafal Al-Quran pada usia 7 tahun, Imam Syafi’e dan Imam Ath-Thabari menghafal Al-Quran pada umur 7 tahun, As-Suyuthi menghafal Al-Quran pada usia 8 tahun , Ibnu Hajar Al-Atsqalani menghafal Al-Quran seumur 9 tahun dan Ibnu Qudamah menghafal Al-Quran ketika berusia 10 tahun.

Firman Allah SWT, “Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (Surah Al-Qamar : 17)

Sesuai Dengan Sains Moden

Al-Quran sudah terbukti sangat sesuai dengan sains moden. Banyk fakta-fakta ilmiah yang baru terbongkar pada era moden ini dan kesemuanya ternyata telah disebutkan di dalam Al-Quran lebih dari 14 abad yang lepas.

Ini terbukti dari karya Prof Keith L Moore melalui karyanya yang berjudul tinjauan Tentang Embriologi Manusia Dalam Al-Quran Dan Hadis. Beliau merupakan seorang professor anatomi dari Universiti Toronto, Kanada, 1982. Karya tersebut telah menghuraikan bagaimana Al-Quran mampu menggambarkan proses pembentukan embrio dengan tepat dan terperinci sedangkan teknologi pada masa itu tidak sama seperti hari ini.

8 Keistimewaan Al Quran

Selain itu, terdapat juga bukti berkesesuaian Al-Quran dengan sains moden yang lain iaitu tentang peristiwa digantinya kulit manusia di neraka. Kulit merupakan pusat kepekaan rasa panas. Jadi, jika kulit terbakar keseluruhannya, maka akan lenyaplah kepekaanya.

Oleh kerana itulah, Allah akan menghukum orang-orang yang tidak percaya akan Hari Pembalasan dengan mengembalikan kulit mereka waktu demi waktu sebagaimana firmanNya, “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’ : 56)

Antara contoh yang lain adalah proses pembentukan hujan. Sebagaimana yang telah di firmankan Allah, “Dialah Allah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikenhendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira (Surah Ar-Ruum : 48)

Terdapat banyak lagi bukti-bukti lain yang menunjukkan kesesuaian Al-Quran dengan sains moden yang boleh dibaca pada tulisan Dr Maurice Bucaile tentang “The Bible, The Quran And Science” atau kumpulan karya-karya Harun Yahya.

Gaya Bahasa Sastera Yang Tinggi

Pada saat Al-Quran diturunkan di tanah Arab, pada ketika itu mereka sangat menghargai sastera. Al-Quran turun dengan gaya bahasa yang sangat tinggi yang tidak mampu ditandingi sesiapapun.

Hal ini juga diakui oleh musuh-musuh Islam pada ketika itu seperti kata-kata Al-Wahid bin Mughirah, salah seorang tokoh pembesar Quraisy, “Demi Allah, ini bukanlah syair, bukan sihir, bukan pula igauan orang gila. Sesungguhnya ia adalah Kalamullah yang memiliki kemanisan dan keindahan. Sesungguhnya ia (al-Qur’an) sangat tinggi (agung) dan tidak ada yang melebihinya.” (Tafsir Ibnu Katsir)

Firman Allah, “Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).” (Surah Ar-Ra’d : 37)

Menjadi Penawar Untuk Penyakit

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Surah Al-Israa’ : 82)

Selama kita hidup sejak dari kecil sehingga menutup mata berbagai penyakit yang kita hidap sama ada penyakit ringan ataupun berat. Pelbagai penyakit yang diderita seseorang itu sebenarnya merupakan ujian dan cubaan daripada Allah agar mereka bertaubat dan kembali kepada Allah.

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”(Surah Al-Nahl : 69)

Menyembuhkan pelbagai penyakit itu bagi Allah bukanlah sesuatu yang susah, disamping usaha berubat secara medikal, mintalah pertolongan daripada Allah. Tanpa izin dan kehendakNya, seseorang tidak mungkin sembuh dari pelbagai jenis penyakit yang dideritanya.

Selain itu juga, Al-Quran merupakan ubat dan penyembuh bagi berbagai-bagai penyakit yang diderita manusia, termasuklah penyakit akibat gangguan jin dan sihir.

Pengaruh Yang Kuat Terhadap Jiwa Manusia Dan Jin

Al-Quran mempunyai pengaruhnya yang kuat terhadap jiwa manusia dan jin, banyak kisah di masa lalu mahupun di madsa kini yang telah membuktikan kuatnya pengaruh Al-Quran pada jiwa manusia.

Sebuah hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata, “Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata, “Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar.”

Kisah Umar bin Al-Khattab masuk Islam dimulai dari sentuhan Al-Quran ke dalam jiwanya. Sebagaimana dikisahkan bahawa pada suatu malam Umar Al-Khattab bersembunyi disebalik tirai Kaabah dan mendengarkan Rasulullah membaca Surah Al-Haqqah dan mulai malam itulah benih islam mulai tertanam dalam dadanya. Kemudian semakin tumbuh subur ketika ia membaca surah Taha di kediaman adik perempuannya.

Terdapat juga pengaruh yang kuat terhadap jin. Firman Allah, “Katakanlah (wahai Muhammad), “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya, satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata, “Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!” (Surah Al-Jinn : 1)

“Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.” (Surah Al-Jinn : 2)

Menceritakan Masa Lalu Dan Akan Datang Dengan Tepat

Al-Quran juga telah menceritakan kejadian masa lalu dan meramalkan kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang dengan sangat tepat. Salah satunya adalah ramalan Al-Quran tentang kemenangan bangsa Romawi di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah mereka menang. (Surah Ar-Ruum : 1-4)

8 Keistimewaan Al Quran

Keajaiban lain yang diungkapkan dalam ayat ini adalah berkenaan fakta geografi yang tidak dapat ditemukan oleh seorangpun pada masa itu. Dalam ayat ketiga Surah Ar-Ruum, diberitakan bahawa Romawi telah dikalahkan di daerah ‘paling rendah di bumi ini’.

Ungkapan ‘Adnal Ardhi’ dalam bahasa Arab bermaksud ‘tempat yang dekat’ dalam banyak terjemahan. Namun, ini bukanlah makna asal dari kalimah tersebut tetapi lebih kepada pentafsiran ke atasnya. ‘Adna’ dalam bahasa Arab diambil dari kata ‘Dani’ yang bermaksud ‘rendah’ dan ‘Ardhi’ yang bererti ‘bumi’. Disebabkan itulah maksud ‘Adnal Ardhi’ bererti ‘tempat paling rendahh di bumi’.

Al-Quran juga banyak memberitakan tentang perkara-perkara yang ghaib dan kemudiannya terjadi selepas itu.

Membacanya Adalah Ibadah

“Barangsiapa yang membaca huruf dari al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan الــم ialah satu huruf, akan tetapi ا satu huruf, ل satu huruf dan م satu huruf.” (HR Bukhari)

“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surat Al-A’raaf : 204)

“Orang yang mahir dengan al-Qur’an bersama malaikat yang mulia, sedang orang yang membaca al-Qur’an dengan tertatih-tatih dan ia bersemangat (bersungguh-sungguh maka baginya dua pahala” (HR Bukhari Muslim)