Guru Dilarang Memberi Kerja Rumah Kepada Pelajar Sekolah???Jom Baca Selanjutnya

JAWA TIMUR MELARANG CIKGU MEMBERI KERJA RUMAH KEPADA PELAJAR

 

Gambar Hiasan dari Bernama

 

 

Antara benda yang paling disukai oleh peljar sekolah adalah tidak diberikan kerja sekolah. Bagi mereka kerja sekoah sangat membosankan dan memenatkan untuk dibuat. Jabatan Pendidikan Kota Bitar di Jawa Timur telah melarang guru dari memberikan kerja rumah kepada pelajar.

Mengikut Ketua Jabatan Pendidikan Kota Blitar, M Sidik, tindakan ini dilaksanakan bagi memberikan pelajar menjalani kehidupan lebih berkualiti bersama keluarga.

“Kami akan mengeluarkan pekeliling mengenai larangan iru ke sekolah- sekolah dalam masa terdekat. Pelajaran di sekolah, perlu disiapkan di sekolah sahaja.

“Pelajar seharusnya menimba ilmu dengan mendekatkan diri dengan masyarakat. Pada zaman ini, ramai pelajar yang tidak boleh membezakan antara daun salam dan daun kunyit. Ini semua hanya boleh dipelajari apabila mereka dikelilingi keluarga”, katanya lagi.

Selain itu, dengan dasar ini, pelajar boleh melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti positif seperti memasak atau aktiviti yang bermanfaat.

Sebelum ini, larangan memberikan pelajar kerja rumah sudah dikeluarkan tahun lalu. Tetapi para guru tidak menghiraukan akan arahan tersebut kerana ia tidak dinyatakan melalui surat pekeliling.

 

Sumber:

kompas.com

 

NAK JADI TUTOR AL-QUR’AN?

➽  http://www.beanahomequran.com/nak-jadi-tutor

MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?

➽ http://www.beanahomequran.com/daftar-online

Bedak dari Johnson&Johnson Penyebab Kanser???

JOHNSON&JOHNSON PUNCA KANSER OVARI??

 

Gambar dari fotographer Lucas Jackson/Reuters

 

 

 

Syarikat popular farmaseutikal Johnson&Johnson diperintahkan untuk membayar lebih (RM18.6 bilion) kepada 22 wanita yang mendakwa bedak daripada syarikat tersebut telah menyebabkan kanser.

Perintah ini telah dikeluarkan oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat iaitu Mahkamah Missouri dan sayrikat tersebut telah dikaitkan dengan 9,000 kes yang sama.

Mangsa mendakwa mereka telah menghidap kanser ovary disebabkan oleh talcum termasuk bedak keluaran Johnson&Johnson mengandungi asbestos.

Peguam kepada wanita terbabit iaitu Mark Lanier meminta agar produk Johson&Johnson diberhentikan daripada pasaran sebelum mengakibatkan lagi banyak kematian dan penyakit yang lebih teruk.

 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/07/13/bedak-johnson-kanser/

Kenapa Perlu Istikharah?

Istikharah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Dalam masyarakat, istikharah sinonim dengan mencari jodoh. pasangan yang bercinta selalunya akan menunaikan solat istikharah untuk mencari jodoh. Tapi, apa sebenarnya istikharah? Apa tujuan solat Istikharah dilakukan?

Istikharah dilakukan bukan hanya untuk mencari jodoh semata-mata, tetapi ia sebagai tanda kita mentaati Allah sebagai Tuhan kita. Tujuan menunaikannya yang sebenar adalah untuk meminta pertolongan dan petunjuk Allah terhadap sesuatu yang mengelirukan kita untuk membuat pilihan.Jika kita mengalami situasi tersebut, kita digalakkan menunaikan solat istikharah.

Dalam soal mencari jodoh, Istikharah perlu dilakukan untuk memilih pasangan yang terbaik untuk masa depan. Perancangan perkahwinan perlu dibuat dengan baik lebih-lebih lagi dalam soal memilih pasangan kerana ianya untuk jangka masa panjang. Kehidupan perkahwinan akan melalui banyak cabaran. Jadi, pemilihan pasangan yang sesuai amat penting.

Selain itu, menunaikan solat istikharah sebagai tanda pergantungan kita kepada Allah. Allah merupakan sebaik-baik tempat bergantung dan meminta pertolongan. Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita. Serahkan kepada Allah untuk membantu kita mendapat petunjuk siapa yang layak untuk menjadi pasangan kita.

Jom Ketahui Gadget yang sesuai dengan mengaji mengikut budget anda

GADGET SESUAI UNTUK MENGAJI

 

 

Gambar dari Samuel Gibbs dari The Guardian

 

Gadget seperti smartphone telah menjadi satu keperluan bagi setiap masyarakat di dunia sekarang. Smartphone bukan saja hanya digunakan bagi menelefon dan melayari internet dan menggunakan media social sahaja. Ia turut dapat digunakan bagi mengaji dan lain-lain.

Smartphone dapat dibahagi mengikut pelbagai jenis mengikut harga yang ditetapkan. Jenama smartphone yang popular digunakan adalah Asus, Huawei, Samsung, Apple dan Xiaomi.

Bagi smartphone yang sesuai untuk digunakan bagi mendidik anak ialah Asus Zenfone Max Pro M1 yang bermula dengan harga Rm 599 yang mempunyai spesifikasi yang agak canggih. Ia mempunyai Processor Mediatek MT6750T, mempunyai ram 4 gigabyte. Memori sebanyak 32 gigabyte dan ia boleh menggunakan memori kad sd sehingga 256 gigabyte. Skrinnya pula adalah 5.7 inci dan mempunyai resolusi sebanyak 720p.

Gambar Zenfone Max Pro M1

Selain itu, gadget lain seperti tablet  yang sesuai untuk dibeli oleh para ibu bapa bagi mendidik anak menggunakan gadget adalah Huawei Mediapad T3 7.0 (3g). Harga tablet ini adalah rm471.00 di directd Tablet ini bukan sahaja “budget friendly” malah ia turut dilengkapi dengan spesifikasi yang cukup dengan penggunaan seharian dan bagi mendidik anak. Ia mempunyai 2 gigabyte ram, memori sebanyak 16 gigabyte dan mempunyai skrin beresolusi hd iaitu 1080p. Ia amat nsesuai untuk digunakan bagi anak2 untuk belajar mengaji melalui youtube dan menggunakan applikasi yang dimuat turun.

Huawei Mediapad T3

Menarik kan fakta yang dikongsi dari Beana? Jadi ibu bapa perlulah membeli gadget atau smartphone yang sesuai dengan poket dan yang dapat memberi seribu kebaikan

NAK TAHU SAMA ADA PASANGAN SERASI ATAU TIDAK? JOM BACA 4 TIP  INI.

Apabila memasuki usia 20-an, rasa suka kepada seseorang itu akan hadir dalam diri kita tanpa sedar. Itu normal kerana merupakan fitrah bagi setiap manusia iaitu ingin disayangi. Kita akan ada keinginan untuk bersembang dengan kawan-kawan yang berlainan jantina dan tidak segan untuk berkawan. Fasa usia 20-an lah merupakan fasa penting dan sesuai untuk cari jodoh

Apabila kita mula mengenali seseorang, tentunya banyak dugaan yang berlaku seperti bergaduh, merajuk dan sebagainya. Waktu itu, emosi akan terganggu dan perasaan akan berubah-ubah. Waktu inilah kita boleh nilai sama ada si ‘dia’ serasi atau tak dengan kita. Macam mana?? Boleh baca tip di bawah

  1. Selesa ketika berbual
  • Untuk cari jodoh perlu melalui fasa perkenalan. Diri sendiri akan dapat rasa perasaan ketika bertemu dan berbual dengan dia. Kita selesa atau tidak? Itu persoalannya. Hanya empunya badan dapat rasa. Bila kita selesa, kita akan menjadi seorang yang jujur dan tidak segan menyatakan sesuatu perkara. Sekiranya tidak selesa, kita seolah-olah teragak-agak untuk menjawab setiap persoalan.

 

  1. Mempunyai minat yang sama dalam sesuatu perkara
  • Kata orang, kalau dinamakan jodoh kalau mempunyai sifat yang berlawanan. Barulah saling melengkapi antara satu sama lain. Namun, tidak semua perkara perlu berlawanan. Kadang-kadang, persamaan perlu untuk mewujudkan keserasian contohnya suka memasak, suka pantai dan sebagainya. maka, sila cari jodoh yang mempunyai persamaan.

 

  1. Senang untuk berbincang masalah yang berlaku
  • Setiap masalah yang berlaku perlu diselesaikan dan bukan ditinggalkan. Waktu ini kitab oleh menilai si dia melalui cara dia menyelesaikan masalah sama ada dia tenang, panas baran, rasional, mudah menerima pendapat atau mudah menyalahkan orang lain. Cari jodoh yang mampu menyelesaikan masalah, bukan merumitkan masalah.

 

  1. Tenang Ketika Melakukan Amal Ibadah
  • Setiap hari kita melakukan ibadah seperti solat, kita tidak diganggu dengan perasaan risau terhadap si dia. Dia tengah buat apa? Dia dah makan ke belum? Dia merajuk lagi ke? Persoalan remeh seperti itu tidak akan muncul jika kita percaya dia jodoh kita dan kita ikhlas cari jodoh kerana Allah, Allah akan jaga dia untuk kita.

Kesimpulannya, kita mesti bijak menilai seseorang sebelum cari jodoh sebagai pasangan hidup untuk jangka masa Panjang. Pemerhatian ini bukan sebab kita terlalu memilih, tetapi sebagai langkah membina baitul muslim yang bahagia.

 

 

France Menang World Cup 2018

FRANCE MENANG WORLD CUP 2018

 

Paul Pogba meraikan kemenangan kumpulan beliau. Foto Dylan Martinez/Reuters

 

Kumpulan Perancis telah berjaya memenangi piala world cup 2018 selepas mengalahkan kumpulan “underdog” iaitu Croatia dengan 4-2 gol di Moscow semalam. Kemenangan ini adalah kali ke 2 bagi kumpulan Perancis sejak pada tahun 1998 iaitu 20 tahun yang lepas.

Gol pertama yang telah dimasukkan apabia sepakan percuma Antoinne Griezmann dan telah terkena kepala Mandzukic dan telah menjaringkan gol jaringan sendiri.

Selepas itu, Croatia teah menyamakan kedudukan pasukan mereka melalui rembatan kaki kiri Ivan Perisic pada minit 28.

Malah Perisic telah menjadi penyebab gol yang ke 2 apabila bola terkena tangannya di dalam kawasan penalty sendiri.

Pengadil bantuan video (VAR) telah digunakan buat pertama kalinya, dan penalty telah dilakukan oleh Antoine Griezmann pada minit yang ke 38.

Goal ketiga pulak telah dimasuukan oleh Paul Pogba yang telah merembat dan berjaya menembusi pertahanan penjaga gol , Danijel Subasic.

Selepas enam minit kemudian Kylian Mbappe mengukir sejarah sebagai remaja kedua selepas Pele yang menjaringkan gol di piala dunia bagi gol yang ke empat bagi kumpulan Perancis.

Croatia berjaya memasukkan gol yang kedua tetapi atas kesilapan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris dibaca Mario Mandzukic.

Sebagai orang Islam kita boleh menyumbang kepada kemenangan kumpulan tersebut dengan mendoakan atas kejayaan kepada kumpulan yang disokong oleh kita.

 

Sumber :

http://www.astroawani.com/berita-sukan/perancis-juara-piala-dunia-buat-kali-kedua-180567

GEMPAR!!!!! TAHFIZ NAK DITUTUP??? Baca selanjutnya.

Rakyat Malaysia baru-baru ini gempar dengan isu sekolah tahfiz mahu ditutup. Ia mendapat reaksi banyak pihak.  Apa realiti yang berlaku terhadap institusi tahfiz di Malaysia sekarang???

Apa kata baca dulu tulisan Tan Sri Zainuddin Maidin

http://zamkata.blogspot.com/2018/07/mengapa-saya-mahu-sekolah-tahfiz-ditutup.html

Di Malaysia sekarang berlakunya lambakan sekolah tahfiz sama ada yang berdaftar di bawah kerajaan negeri, NGO mahupun persendirian. Ya! kesedaran ibu bapa bapa terhadap pendidikan tahfiz sudahpun terbuka sehingga mendapat permintaan yang banyak. Ibu bapa pastinya bangga sekiranya ada anak mereka yang bergelar Hafiz atau Hafizah.

Tapi, cuba kita perhatikan apa yang banyak berlaku sekarang. Banyak masalah berlaku di sekolah tahfiz seperti para pelajarnya disuruh meminta sumbangan di masjid atau rumah ke rumah, kejadian sekolah tahfiz terbakar dan sebagainya. Kebanyakannya berlaku di sekolah tahfiz persendirian.

MENGAPA SEMUA INI BOLEH BERLAKU?

Setiap sekolah yang ditubuhkan mesti menepati syarat dan piawaian yang menepati ciri-ciri keselamatan dan sistem pengurusan yang terancang. Apabila pengurusan tidak tersusun, maka banyaklah berlakunya kes-kes yang berbahaya sehingga boleh meragut nyawa.

APA KESANNYA?

Kejadian-kejadian yang berlaku seperti itu telah mencemarkan  nama baik tahfiz dan menghilangkan kepercayaan masyarakat. Mari kita renungkan sama-sama, tahfiz itu pada asal usulnya banyak  kelebihan kerana ulama’ terdahulu kebanyakan mereka menghafaz al-Quran. Namun, adakah sistem sesetengah pusat tahfiz yang tidak sistematik ini mampu mencontohi tamadun tahfiz terdahulu??? Semestinya tidak.

Kesimpulannya,   setiap pelaksanaan sesuatu itu memerlukan pemerhatian dari segi kualiti dan kualiti. Kuantiti sahaja tidak mencukupi untuk memberi impak yang berkesan. Justeru, Kualiti perlu baik untuk mengekalkan dan menjamin kejayaan sesuatu perkara.