fbpx

Mengaji Al-Quran Secara Flexible, 3 Tips ini PERLU anda tahu !

“Bila setiap hari dah sibuk bekerja, kadang-kadang nak buat kerja lain pon dah tak sempat. Nak luangkan masa dengan anak apatah lagi. Pernah terfikir juga nak mengaji Al-Quran tapi disebabkan masa yang terlalu padat tak sempat pon.

Ada ke cara walaupun sibuk tapi kita masih boleh mengaji Al-Quran sekurang-kurangnya 1 page sehari?” Kita biasa dengar kan tentang masalah di atas. Jadi ini sedikit perkongsian busy tapi kita still boleh mengaji Al-Quran.

1. Drive Sambil Mengaji Al-Quran

Selalunya apabila pergi ke pejabat, kita mengambil masa yang lama juga kan untuk duduk di dalam kereta kerana terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas. Jadi, sepanjang di dalam kereta ibu boleh memasang cd ataupun mencucuk pendrive yang mempunyai  ayat Al-Quran dan mudah kita ikuti.

2. Lunch dengan Al-Quran

Bila waktu lunch 2 perkara yang kita akan buat kan dalam masa satu jam. Makan dan solat betul? Lagi satu tambahan, bersembang. Apa kata lepas ni kita cuba ubah situasi kita semasa lunch yang mana selepas kita selesai makan terus pergi ke tempat solat.

Jika waktu solat belum masuk ambil sedikit masa untuk mengaji sekurang-kurangnya dapat separuh page pon dah ok. Bila dah dapat mengaji Al-Quran barulah hati tenang kan nak sambung buat kerja.

 

3. Pasang Audio atau Youtube sebelum tidur

Sementara nak masuk tidur tu sambil-sambil gosok gigi nak persiapkan diri untuk tidur pasang audio atau buka saja youtube, cadangan youtube channel boleh klik di sini Al-Quran Juzu’ 1-30  di laptop supaya kita dapat mengisi masa yang santai tu dengan mendengar ayat Al-Quran.

Nak pasang terus sampai tertidur pon lebih baik sementara nak tunggu mata pejam kita pon boleh sambil-sambil mengaji Al-QUran.

Senang kan sebenarnya kita boleh mengaji pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua kita berada. Terutamanya zaman sekarang yang semakin canggih teknologinya yang mana dapat memberi banyak manfaat kepada kita jika kita menggunakannya dengan baik.

Semoga dengan penulisan artikel ini dapat memberi manfaat kepada kita semua termasuk admin juga  dan dapat kita memperatikkan dalam kehidupan seharian  selain  meningkatkan motivasi dalam diri untuk mengamalkan mengaji Al-Quran setiap hari. InshaAllah . Selamat Beramal.