fbpx

Mengaji Al-Quran 30 Juzuk Bagi Wanita Berkerjaya

Tips Mengaji Al-Quran 30 Juzuk Bagi Wanita Berkerjaya

wanita berkerjaya

Mengaji Al-Quran 30 juzuk menjadi semakin sukar apabila anda dah mula bekerja dan sibuk menguruskan hal kerjaya. Selalunya memang takkan ada masa nak buat kerja lain, kan? Awal pagi sebelum matahari menjengah dah keluar rumah untuk terus berjaya dalam bidang kerjaya pulang pula apabila bulan berganti shift dengan matahari. Bila masanya nak menyelit mengaji Al-Quran 30 juzuk ya?

Bukan taknak baca, tapi kekangan masa.

Sampai rumah, bersihkan diri dan berehat. Itulah rutin sehari-hari. Mulalah lupa untuk buat aktiviti rohani seperti mengaji Al-Quran 30 juzuk, membaca tafsirannya, menghafal surah-surah pendek dan mentadabbur Al-Quran.

Hari ini, saya nak share sikit 3 tips mudah dan berkesan untuk membantu anda sebagai wanita yang sibuk berkerjaya tetapi tetap mengekalkan aktiviti harian mengaji Al-Quran 30 juzuk setiap bulan.

Tentukan Target Atau Sasaran

Setiap planning perlu ada target atau sasaran. Okay, cara membuat target untuk mengaji Al-Quran 30 juzuk perlu menyediakan jadual yang direka sendiri mengikut kesesuaian masa anda yang available dalam sehari ataupun boleh saja download di Jadual Mengaji 30 Juzuk.

Dengan target yang dibuat dapat membantu anda mengaji Al-Quran secara istiqamah dan sistematik. Berazamlah untuk memiliki jadual yang baik untuk mengaji Al-Quran agar bahagia dunia dan akhirat.

Mendengar Melalui Smartphone
alquran online

Teknologi yang semakin canggih sekarang dapat membantu wanita yang berkerjaya untuk kekal mengaji Al-Quran walau dimana pun anda berada tak kira masa dan juga keadaan. Hanya di hujung jari saja anda dah boleh buka apps mengaji di smartphone. Mesti anda ada smartphone kan?

Bila dah ada apps tersebut dalam smartphone anda, kemana saja anda boleh buka dan dengar ayat Quran tesebut. Dalam pada masa yang sama, anda boleh ikut membaca ayat-ayat yang familiar didengari.

4 Pages Dalam 1 Waktu
mengaji alquran

1 juzuk ada 20 pages betul? Jadi anda boleh buat list atau reminder setiap kali selepas solat cuba mengaji Al-Quran dalam 4 pages. Macam mana kalau berada di office ketika itu?

Ada 2 pilihan sama ada sambil kerja dengan memperdengarkan ayat tersebut ataupun bawa saja page tersebut untuk solat seterusnya. Paling mudah dengarkan saja dalam perjalanan balik ke rumah. InshaAllah dalam sehari boleh selesai 1 juzuk kita.

Semoga penulisan ini dapat menjadikan jalan  kepada kita untuk meraih pahala dan mendalami ilmu Allah sebagai wanita yang berkerjaya dan supaya kita semua juga dapat menyeimbangkan kekuatan fizikal dan rohani dalam perkara dunia dan juga akhirat. InshaAllah.

Anda dialukan menjengah Beana HomeQuran jika anda ingin belajar Al-Quran. Sila klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut. Turut dipersilakan untuk berkongsi artikel ini kepada yang lain ya. Semoga semua mendapat manfaat daripada penulisan ini. Selamat beramal!