fbpx
bersyukur

Cara Bersyukur Atas Nikmat Allah

Bagaimana Menzahirkan Kesyukuran?

bersyukur

Bersyukur adalah salah satu rasa yang wujud hasil daripada keimanan kita kepada Allah. Kerana dengan bersyukur kita akan menjadi orang yang bertaqwa. Syukur adalah menikmati dan meyakini bahawa setiap hal yang kita miliki dan dapatkan merupakan kurnia dari Allah. Setiap hal yang kita dapatkan bukan dari apa yang kita kerjakan dan usahakan tapi, segala sesuatu adalah atas kurnia Allah sehingga kita dapat menikmati hasilnya. Dengan mensyukuri setiap halnya, Allah akan menambahkan nikmat dan anugerahnya.

Setiap muslim di dunia perlu menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada mereka.

Tapi bagaimana mahu menzahirkan rasa syukur itu?

Pada sejatinya syukur itu adalah bentuk ibadah kita, kerana Islam adalah agama yang sempurna dan rahmatan lilalamin. Ada beberapa bentuk dan cara kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita, diantaranya :

1. Bersyukur Dengan Hati

Setiap kali mendapat nikmat atau rezeki, kita haruslah selalu ingat pada Allah dengan cara berzikir dengan penuh harap dengan hati yang sangat tulus. Akui bahawa segala nikmat yang diterima adalah datangnya daripada Allah. Allah akan tambahkan nikmat kita. Adapun dengan selalu membaca kitabullah Al-Quran yang mana merupakan salah satu bentuk syukur hambaNya kepada Allah. Berzikir dengan hati yang ikhlas dan penuh harap. Maka Allah akan mendengar dan meredhoi setiap amal dan harapan kita.

Janji Allah sangatlah nyata dan jelas, bahawasanya sesiapa sahaja yang bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan maka akan ditambahkan nikmatnya. Dan janganlah kita sekali-kali mengingkari nikmat yang Allah berikan, kenapa? Kerana azab Allah sangatlah pedih, sebagaimana dalam firman Allah disebutkan, yang bermaksud :

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”

(QS : Ibrahim : 7)

2. Bersyukur Dengan Lisan

bertahmid

Ketika kita mendapatkan suatu nikmat maka ucaplah “ALHAMDULILLAHI RABBIL’ALAMIN”. dengan ucapan itu maka Allah sudah mendengar bahwa kita bertahmid kepadaNya. Yang mana kalimat itu adalah bentuk nyata syukur kita secara lisan.

3. Bersyukur Dengan Amal

sedekah

Bagaimana caranya?

Bersyukur dengan amal adalah memberikan sebahagian rezeki dan harta kita kepada yang berhak. Siapa mereka? Mereka adalah orang-orang yang memerlukan sambutan tangan dan batuan kita, orang -orang yang miskin dari harta dan ilmu, anak yatim dan para muallaf yang baru sahaja masuk dalam agama Islam. Mereka adalah saudara kita yang sangat memerlukan bantuan kita.

Bahkan pada hakikatnya bukan mereka yang memerlukan kita. Namun kitalah yang memerlukan mereka, ketika hari akhir, dimana sudah tidak ada kemampuan tenaga dan harta kita untuk berbicara tentang pemberat mizan. Maka orang-orang yang sudah kita bantu dengan harta didunia akan membantu kita dalam memberatkan mizan kebaikan kita. Dan seketika itu Allah akan memberikan pahala syurga atas sedekah dan bantuan kita selama di dunia kepada mereka. Bersedekahlah dengan sepenuh hati dan sungguh-sunguh ikhlas hanya mengharap redha Allah. Sesungguhnya orang yang mengharapkan redha Allah adalah termasuk kedalam orang-orang yang beruntung, di dunia dan akhirat.

Usaha untuk mempelajari Al-Quran juga salah satu cara bersyukur nikmat yang Allah beri pada kita. Dengan pelajari Al-Quran, kita cuba untuk mendekati Allah.

Anda nak perbaiki bacaan Al-Quran ?

mengaji online

✨KELAS MENGAJI ONLINE BEANAHOMEQURAN✨
===================================

Jika anda ingin perbaiki bacaan dari segi tajwid & makraj huruf
Kami boleh bantu anda dengan kelas mengaji online
.
Kenapa anda perlu grab KELAS MENGAJI ONLINE ??

✅ Terbuka kepada Kanak-Kanak, Remaja & Dewasa
✅ Tenaga pengajar berpengalaman luas dalam bidang Al-Quran
✅ Kelas secara one to one antara pelajar dan ustaz/ustazah
✅ Pembelajaran Al-Quran seperti hukum hakam tajwid, makhraj huruf, hafazan dan Fardhu Ain.
✅ Ustaz/Ustazah akan membimbing pelajar sehingga pandai mengaji

Jom daftar sekarang ✨

Pendaftaran pelajar baru dibuka
Klik link di bawah untuk maklumat lanjut
http://www.wasap.my/601170073859/kelasmengaji