fbpx

3 Doa Untuk Anak Membesar Pintar Dan Beriman

doa untuk anak

3 Doa Untuk Anak Membesar Pintar Dan Beriman

Doa untuk anak sangat berharga. Kerana doa ibu bapa bukan sebarang doa.

Semua ibu bapa inginkan anak-anak mereka membesar jadi anak yang soleh, mendengar kata, pintar dan baik budi pekertinya. Tapi, cukupkah dengan usaha mendidik nilai kehidupan sahaja?

Tak. Anda perlu sertakan dengan doa.

doa untuk anak

Tahukah anda?

Doa ibu bapa tidak berhijab. Setiap bait doa yang ditutur akan terus diangkat dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Tiga doa yang mustajab yang tidak syak lagi padanya: doa mereka yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.

HR Ibn Majah

Dalam apa jua keadaan sekalipun, doa adalah senjata terhebat orang-orang yang beriman. Kerana ia adalah jambatan penghubung secara terus daripada seorang hamba kepada Tuhan.

Begitu juga dalam keadaan membesarkan anak-anak. Bermacam-macam pengharapan kepada Allah perlu disandarkan sepenuhnya. Dengan harapan agar anak-anak sentiasa bertatih di landasan kehidupan yang Allah redhai.

Ada syarat tertentu ke doa untuk anak?

Tiada syarat yang khusus untuk setiap titipan doa melainkan keikhlasan dan pengharapan yang penuh kepada Allah.

Di sini, saya kongsikan tiga jenis doa untuk anak yang boleh dijadikan amalan harian buat para ibu bapa. Doa-doa ini boleh diambil melalui Al-Quran.

Doa Supaya Anak Lembut Hati

doa anak degil

Untuk melembutkan hati anak-anak menjadi anak soleh, anda boleh biasakan lidah untuk membaca doa ini. Ia adalah potongan ayat daripada surah Al-Shaffat:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya: Wahai Tuhanku kurniakanlah untukku anak-anak yang soleh.

Surah Al-Shaffat: 100

Doa Supaya Anak Beriman Dan Bertaqwa

Selain usaha anda mengajar anak-anak didikan nilai kehidupan, anda juga boleh melafazkan doa ini untuk meningkatkan keimanan anak-anak kepada Allah:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Surah Al-Furqan: 74

Selain itu anda juga boleh mengamalkan petikan ayat daripada surah Ibrahim:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Maksudnya: Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Surah Ibrahim: 40

Doa Supaya Anak Rajin Solat Dan Taat Perintah Allah

doa solat

Risau dengan anak-anak yang payah benar disuruh solat? Jadikan petikan ayat daripada surah Ibrahim ini sebagai doa amalan. Dengan izin Allah, anak-anak akan terbuka hati untuk bersolat tanpa diingatkan.:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).

Surah Ibrahim: 40-41

Sebaiknya anda membaca doa ini seusai menunaikan solat sekerap yang mungkin. Atau pada bila-bila masa sahaja ketika teringatkan anak-anak anda. Letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah agar dibuka hati anak-anak untuk sentiasa menjaga ibadah solatnya.

Selain itu, anda juga digalakkan  mengamalkan doa ini seusai menunaikan solat:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Surah Al-Baqarah: 128

Walaupun doa ibu bapa tiada hijab, anda juga perlu menekankan adab-adab berdoa. Antaranya, pastikan doa dimulai dengan puji-pujian kepada Allah. Contoh, mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah. Selain itu, pastikan doa yang dipanjatkan meletakkan sepenuh pengharapan kepadaNya. Bersangka baiklah kepada Allah.

Tiada ibu bapa yang mengharapkan keburukan menimpa anak-anak. Kerana itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat didikan yang sempurna agar mereka menjadi manusia yang berguna. Walaupun berbeza cara didikannya, ada yang tegas, ada yang bersahaja, matlamat mereka tetap sama. Mahu memberikan didikan yang terbaik buat anak-anak pada masa akan datang.

Ingatlah! Allah sentiasa mendengar permintaan hambaNya. Walau sekecil mana pun permintaan. Jadi, mintalah dan berdoalah kepada Allah supaya dipermudahkan anak-anak anda menjadi seseorang yang mampu memberi manfaat kepada ibu bapa dan masyarakat. Banyakkan membaca Al-Quran dan menghayati tafsirannya. Setiap ayat yang dibaca itu adalah untaian doa yang akan diangkat oleh Allah.

Anda ingin belajar membaca Al-Quran?

Anda dialu-alukan untuk ke Beana HomeQuran. Beana menyediakan perkhidmatan pembelajaran Al-Quran secara online untuk anda. Sama ada kanak-kanak, remaja atau dewasa, semua ada! Jangan lepaskan peluang untuk belajar bersama para guru yang bertauliah.

Klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “3 Doa Untuk Anak Membesar Pintar Dan Beriman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *