Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur ayat-ayat suci Al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”
Surah Al-Isra’: 82
Allah telah menyatakan bahawa ayat suci Al-Quran boleh menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman terhadapnya.
Maka, pelajarilah bahasa Arab untuk lebih memahami isi kandungan Al-Quran yang luas ilmunya. Yakin kepada Allah bahawa Dialah Penyembuh segala jenis penyakit, fizikal mahupun spiritual.
Tiada ruginya sekiranya anda mempelajari bahasa Arab, malah anda akan memperolehi pahala yang besar kerana berusaha mempelajari bahasa Al-Quran!
Kita digalakkan untuk belajar bahasa asing sama ada bahasa Arab ataupun bahasa-bahasa yang lain kerana ia adalah jambatan untuk mempelajari ilmu baru.
Secara permulaan, anda boleh berjinak pelajari bahasa Arab dengan membaca Al-Quran beserta terjemahannya. Kemudian, anda boleh pergi ke kelas untuk pelajari dengan lebih mendalam uslub dan tatabahasanya.