fbpx
baca quran

15 Kelebihan Mengaji Quran

15 Kelebihan Mengaji Quran

baca quran

Semua tahu Al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh dengan petunjuk dan panduan untuk umat manusia menjalani kehidupan dengan mengaji Quran. Al-Quran ini telah digunakan sejak berzaman lamanya dan masih suci dan terpelihara sehingga hari ini. Isi di dalamnya tidak pernah berubah dan menampakkan keasliannya.

Sebaik-baik buku itu adalah Al-Quran yang di dalamnya penuh dengan ilmu pengetahuan termasuk berkaitan dengan moral, tingkah laku yang baik, kebaikan, kejadian alam dan lain-lain. Dengan mengaji Al-Quran, inshaAllah akan memberikan ketenangan dan keamanan dalam diri dan fikiran kita.

Orang muslim yang tidak pernah mengaji Al-Quran walaupun sepotong ayat adalah sama sahaja seperti tubuh yang tidak berpakaian. Ianya sangat memalukan dan tidak patut menjadi ikutan kerana Allah SWT tidak suka akan orang yang tidak mengaji Al-Quran.

Ini kerana, Al-Quran merupakan kata-kata yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril. Segala suruhan, perintah dan peraturan telah Allah SWT nyatakan dalam Al-Quran supaya hambaNya mengikut segala perintahNya dan menghindari segala laranganNya.

Membaca Al-Quran ini mempunyai banyak faedah dan kelebihannya. Walaupun sepotong ayat mahupun satu huruf dalam Al-Quran, sekiranya membacanya, pasti akan diberikan ganjaran yang setimpal. Jadi apa yang kita boleh dapat daripada mengaji Quran ini?

Dapat Pahala Dan Kebaikan

Dengan mengaji Al-Quran, ia dapat menjadikan suasana dan keadaan di sekitar kita menjadi lebih tenang, aman, damai dan penuh dengan keberkatan. Oleh iu, sesiapa yang mengaji akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda dan akan diberi kebaikan oleh Allah SWT sebagai seorang yang soleh.

Ini terbukti dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).” (Surah Al-Fathir : 29-30)

Mengaji Quran Dapat Memberikan Darjat Yang Lebih Baik

Sambil kita mengaji Al-Quran, kita juga sebenarnya belajar tentang isi kandungnya sekali. Allah sangat menyukai orang yang menuntut ilmu seperti yang tertera di dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT bermaksud, “Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Mujadalah : 11)

Dengan mengaji Al-Quran, ia akan membuatkan seseorang itu dilihat seperi bercahaya dan dipenuhi nur. Situasi ini akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih disayangi, dihormati, disenangi dan dihargai oleh ramai orang.

Mengaji Quran Rahmat Dan Lindungan Daripada Malaikat

Mengaji Al-Quran dalam keadaan hari yang sabar dan tenang dapat  mendatangkan rahmat daripada Allah SWT. Para malaikat juga akan memberikan perlindungan daripada segala kejahatan yang dapat dilihat mahupun tidak kepada orang-orang yang membaca kitab Al-Quran.

Ini adalah sama seperti kita membaca doa dan meminta perlindungan daripada Allah kerana doa-doa tersebut datangnya daripada ayat-ayat di dalam Al-Quran. Oleh itu, dengan mengaji juga bermakna kita turut berdoa kepada Allah. Segala ayat doa di dalam Al-Quran adalah perkara yang baik-baik.

Contohnya seperti membaca Surah Al-Shaffat ayat 100 yang membawa maksud, “Wahai Tuhanku kurniakanlah untukku anak-anak yang soleh.” Ayat ini boleh digunakan sebagai doa yang boleh diamalkan supaya anak-anak menjadi lembut hati, pintar dan soleh.

Memberikan Syafaat

Mengaji Al-Quran juga akan mendatangkan kebaikan, kemuliaan dan syafaat yang pasti tidak pernah dibayangkan oleh manusia sebelumnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surat Al-A’raaf : 204)

Membuatkan Seseorang Menjadi Baik

Dengan mengaji, seseorang itu akan berasa tenang dan aman dalam hatinya. Maka, sesiapa yang berperangai yang tidak baik juga boleh berkelakuan baik selepas membacanya. Oleh itu, saat kita marah atau berasa resah dan gelisah, bacalah Al-Quran kerana ia akan menenangkan hati dan mengawal hawa nafsu kita yang sedang runsing itu.

Allah telah berfirman yang bermaksud, “Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).” (Surah Ar-Ra’d : 37)

Membuatkan Hati Tenteram

Allah akan mententeramkan hati sesiapa sahaja yang mengaji Quran. Sesiapa yang selalu ingatkan Allah dan berzikir kepadaNya Allah pasti akan memberikan ketenangan fikiran dan batin kepada mereka. Ia juga dapat meningkatkan rasa cinta terhadap Allah SWT, terhadap semua nabi dan rasul serta para malaikat.

Firman Allah SWT, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d : 28)

Agar Selamat Dunia Akhirat

Hati yang ikhlas dalam mengaji Quran dapat menyelamatkan diri dari kejahatan yang dapat dilihat ataupun tidak dapat dilihat. Orang yang membaca Al-Quran ini mendapat perlindungan dari Allah SWT daripada kesengsaraaan selama didunia dan akhirat.

Firman Allah bermaksud, “Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami.)” Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.” (Surah Ali Imran : 173 -174)

Sebagai Penawar Penyakit

Orang yang sering mengalami penyakit-penyakit ringan ataupun penyakit berat, rajinkan mengaji. Maka, inshaAllah Allah SWT akan menolong untuk menyembuhkan penyakit itu atau melindungi kita daripada mendapat penyakit.

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud, “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”(Surah Al-Nahl : 69)

Sebagai Penyembuh Penyakit Hati

Mengaji Al-Quran sesungguhnya dapat menghalau dan menyembuhkan penyakit hati termasuk hasad dengki, iri hati, memfitnah, mengaibkan orang lain serta berdendam dan lain-lain.

Seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.” (Surah Ali-Imran : 120)

Memberi Kenikmatan Kepada Orang Tua

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).”

Seorang anak yang mengaji dan mendoakan ibu bapanya akan dilimpahkan nikmat dan perlindungan kepadanya dan kedua orang tuanya sebagai tanda keberkatan.

Mendapat Ganjaran Dengan Membaca Dan Mendengarnya

Sesiapa mengaji akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Sesiapa yang mendengar orang membaca Al-Quran juga akan turut mendapat rahmat dariNya.

Allah SWT telah berfirman, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surat Al-A’raaf : 204)

Menambahkan Iman

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah A-Anfal : 2)

Menurut terjemahan ayat di atas, sesiapa yang membaca Al-Quran, ia akan menambahkan iman dalam diri seseorang itu dan kepada Allah mereka bertawakal ke atas segalanya.

Menjadi Panduan Hidup

Al-Quran sememangnya adalah panduan dan petunjuk kepada segala yang terjadi dalam hidup kita. Sesiapa yang memerlukan jawapan daripada Allah, bacalah Al-Quran kerana pasti kita akan temui jawapan ketika membacanya.

Allah telah berfirman yang bermaksud, “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus” (Surah Ash-Syura : 52)

Memudahkan Untuk Mendidik Anak Supaya Pandai Mengaji

Mengaji Quran dapat memudahkan ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya pandai mengaji. Ini kerana, lidah kita sudah terbiasa dengan ayat-ayat Al-Quran dan tajwidnya, maka akan menyenangkan kita untuk mengajar anak-anak.

Firman Allah, “Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (Surah Al-Qamar : 17)

Memudahkan Untuk Menghafal Al-Quran

Selain itu, dengan membacanya akan memudahkan kita untuk menghafal ayat Al-Quran. Ini juga akan memudahkan kita untuk mempraktikkan bacaan ketika menunaikan solat. Kita juga akan menjadi terbiasa dengan bahasa Arab kerana sering membacanya sekaligus dapat memahaminya walaupun tanpa terjemahan.

Firman Allah SWT bermaksud, “Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).” (Surah Ar-Ra’d: 37)

Banyak kelebihan dan manfaat yang akan kita dapat daripada mengaji Al-Quran sahaja. Sememangnya dengan mengaji Al-Quran sahaja sama ada bersendirian ataupun beramai-ramai, pasti banyak ganjarannya di dunia bahkan di akhirat kelak.

Jika anda mencari perkhidmatan pembelajaran Al-Quran, Beana HomeQuran ada jawapannya. Kelas Al-Quran disediakan bermula dari peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa. Tak payah susah-susah keluar rumah, kelas dijalankan secara atas talian bersama para guru bertauliah. Klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Giveaway Fasih Mengaji

mengaji online

GIVEAWAY FASIH MENGAJI
===================================

Beana Home Quran akan adakan Giveaway pelbagai hadiah menarik seperti Tunai Rm1,000, Samsung earphone , Emas Habib & Al-Quran untuk kempen ini !

Ini akan menjadi kempen hadiah terbesar kami! 🔥🔥🔥

Berikut ialah cara untuk mengambil bahagian:
1. Masuk ke group Telegram Beana di bawah
2. Klik website yang akan diberikan di dalam group Telegram
3. Pilih mana-mana pakej Fasih Mengaji
4. Whatsapp admin untuk Pembayaran dan isi detail
5. Anda layak untuk jadi pemenang untuk hadiah-hadiah menarik ini

* Jumlah Pemenang: 13 pemenang (maksimum)
* Pemenang akan diumumkan di Live Instagram & Facebook serta dalam Telegram Beana Quran.

Jom Sertai sekarang !🤩

Klik link di bawah untuk masuk group Telegram Beana Quran
https://t.me/beanaquran
https://t.me/beanaquran
https://t.me/beanaquran