fbpx
rezeki

12 Pintu Rezeki Allah Janjikan Buat HambaNya

12 Pintu Rezeki Allah Janjikan Buat HambaNya

Rezeki Allah boleh datang daripada pelbagai cara dan bentuk. Setiap seorang dari kita, Allah telah menetapkan pintu rezeki masing-masing. Allah telah berjanji untuk melimpahkan rezeki kepada sesiapa yang meminta kepadaNya.

rezeki

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.”

Surah Ar-Ra’d: 26

Tahukah anda ada banyak pintu rezeki yang Allah buka buat semua hambaNya?

Pintu-pintu rezeki inilah yang telah dijanjikan oleh Allah untuk dilimpahkan buat hambaNya. Ia bertindak sebagai pendorong buat kita untuk terus bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.

Di sini saya akan senaraikan 12 pintu rezeki yang akan terbuka tatkala anda mengamalkan amalan dan doa tertentu. Pastikan untuk baca sampai habis ya!

Rezeki Yang Telah Dijamin Oleh Allah SWT

Ini boleh dibuktikan melalui firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah, yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)”

Surah Hud: 6

Setiap makhluk di muka bumi ini Allah telah menetapkan rezeki buat mereka. Rezeki apa, di mana, bagaimana diperolehi? Segalanya menjadi rahsia Allah dan akan tiba pada waktu yang sesuai. Kita sebagai hamba hanya perlu gandakan usaha, banyakkan bersabar dan meyakini janji Allah.

Usaha Zahir Dan Batin Manusia

Usaha adalah sumber rezeki. Usaha yang bersungguh-sungguh yang disertakan dengan doa pengharapan tanpa henti, pastinya akan dimakbulkan oleh Allah. Allah tidak pernah mengabaikan hambaNya yang berusaha dengan penuh kesungguhan dan berdoa meminta kepadaNya.

Ini telah dijelaskan dalam Al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”

Surah An-Najm: 39

Bersyukur Kepada Allah

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”

Surah Ibrahim: 7

bersyukur

Allah telah mengingatkan semua hambaNya melalui kalamNya, Al-Quran bahawa sesungguhnya sesiapa yang sentiasa memanjatkan kesyukuran kepadaNya di atas segala nikmat yang telah diberikan, Allah akan menambahkan lagi nikmat kurniaNya. Oleh itu, jangan segan untuk sentiasa memanjatkan kesyukuran kepadaNya walau sekecil mana pun nikmat yang kita terima. 

Kita tak tahu, mungkin sekecil nikmat yang kita terima, sangat besar maknanya buat orang lain di luar sana.

Rezeki Yang Tak Diduga

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)”

Surah At-Talaaq: 2

Allah SWT telah memberikan jaminan buat hambaNya, bagi sesiapa yang mengamalkan amar ma’ruf nahi munkar, akan Allah permudahkan masalah yang dihadapinya.

Pernah tak anda dapat rezeki yang tak disangka-sangka? Seolah macam tahu-tahu je orang ni aku perlukan sesuatu?

Itu merupakan cara Allah mengurniakan nikmat buat hambaNya. Agar mereka mengingati pemberian rezeki Allah itu luas.

Allah pasti akan membalas usaha mereka yang mentaatiNya dengan memberikan kemudahan jalan penyelesaian ke atas setiap masalah yang mereka hadapi, malah kadang tanpa diduga!

Istighfar

Galakan untuk sentiasa beristighfar memohon ampun kepada Allah terkandung dalam Al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu”

Surah Nuh: 10-11

Melalui istighfar yang ikhlas datang daripada hati, Allah berjanji akan membuka pintu rezeki buat kita. Jadi, rajin-rajinkanlah bibir untuk beristighfar. Pohonlah keampunan daripadaNya dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah tidak akan sia-siakan sesebuah permintaan hambanya.

Berkahwin

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”

Surah An-Nur: 32

Allah SWT akan memberikan rezeki yang melimpah-ruah kepada mereka yang akan menamatkan zaman bujangnya. Rezeki di sini bukan hanya dimaksudkan dengan kekayaan wang ringgit sahaja, malah zuriat, kesihatan tubuh badan, dipanjangkan usia dan kesenangan hidup juga merupakan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Mempunyai Anak

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.”

Surah Al-Israa’: 31

rezeki anak

Allah SWT menggalakkan hambaNya untuk memiliki zuriat kerana anak merupakan punca rezeki. Walaupun begitu, sangat penting untuk menekankan tentang family planning. Ia bertujuan untuk merancang persediaan memberi kemudahan dan kebajikan anak dalam keadaan yang baik dan berkemampuan. Jangan sesekali terfikir untuk membunuh atau membuang anak kerana khuatir akan bebanan. Sedangkan Allah SWT telah menyatakan bahawa anak-anak itu adalah punca rezeki.

Sedekah

sedekah

Pemberian ganjaran telah dijanjikan Allah SWT bagi mereka yang bersedekah. Firman Allah yang bermaksud:

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah yang berkuasa menyempit dan meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”

Surah Al-Baqarah: 245

Sedekah takkan membuatkan sesiapa jatuh miskin. Allah SWT telah menjelaskan bahawa sesiapa yang menyenangkan atau berkongsi kesenangannya bersama orang lain akan dilipatgandakan ganjaran baginya.

Rajin Bersilaturrahim

Silaturrahim bermaksud hubungan persaudaraan atau persahabatan. Bagi sesiapa yang menjaga tali silaturrahim bersama orang lain, Allah telah janjikan rezeki ke atasnya.

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

Surah An-Nisa’: 1

Sentiasa Beriman Dan Bertaqwa

“…Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.”

Surah Al-A’raf: 96

Melalui firman Allah SWT, sesiapa yang beriman dan bertaqwa akan dibukakan pintu rezeki baginya yang melimpah-ruah. Digalakkan untuk kita sentiasa berzikir setiap kali selesai solat fardhu. Kemudian, berdoalah memohon kepada Allah segala apa yang dihajati. 

Rezeki Kerana Mengorbankan Diri, Harta Dan Waktu Untuk Urusan Agama

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.”

Surah At-Talaaq: 11

Sesiapa yang beramal soleh kerana Allah SWT akan dikurniakan rezeki baginya. Kerja kita seharian juga boleh dijadikan sebagai amal soleh. Niatkan setiap perbuatan kerana Allah. Contohnya, niatkan, “hari ini aku mencari nafkah buat keluargaku kerana Allah Taala.” In shaa Allah, Allah buka pintu rezeki dan diberi kemudahan melakukan setiap pekerjaan kita.

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud:

“Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.”

Surah Al-Hajj: 50

Rezeki Kerana Selalu Membaca Al-Quran Dan Melakukan Solat Dhuha

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).”

Surah Fathir: 29-30

Terdapat banyak pintu rezeki yang Allah buka buat kita, hambaNya. Usaha jangan putus, doa pastikan bersungguh dan banyakkan bersabar. Yang paling penting, yakini bahawa rezeki Allah itu luas. Pasti akan ada bahagian buat kita. Kesemua 12 pintu rezeki ini terbuka untuk semua orang tanpa memandang golongan atau status orang tersebut.

Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat sedikit sebanyak. Perbanyakkan menghayati isi Al-Quran untuk belajar ilmu Allah lebih mendalam.

Anda mahu belajar membaca Al-Quran?

Beana HomeQuran sudi membantu. Di sini, anda berpeluang belajar Al-Quran bersama para guru berkelayakan dan bukan calang-calang! Yang paling penting, tak perlu susah-susah keluar membahayakan diri waktu-waktu berbahaya COVID-19 ni.

Klik saja saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Semoga Allah meredhai segala usaha kita.

Giveaway Fasih Mengaji

mengaji online

GIVEAWAY FASIH MENGAJI
===================================

Beana Home Quran akan adakan Giveaway pelbagai hadiah menarik seperti Tunai Rm1,000, Samsung earphone , Emas Habib & Al-Quran untuk kempen ini !

Ini akan menjadi kempen hadiah terbesar kami! 🔥🔥🔥

Berikut ialah cara untuk mengambil bahagian:
1. Masuk ke group Telegram Beana di bawah
2. Klik website yang akan diberikan di dalam group Telegram
3. Pilih mana-mana pakej Fasih Mengaji
4. Whatsapp admin untuk pembayaran dan isi detail
5. Anda layak untuk jadi pemenang untuk hadiah-hadiah menarik ini

* Jumlah Pemenang: 13 pemenang (maksimum)
* Pemenang akan diumumkan di Live Instagram & Facebook serta dalam Telegram Beana Quran.

Jom Sertai sekarang !🤩

Klik link di bawah untuk masuk group Telegram Beana Quran
https://t.me/beanaquran
https://t.me/beanaquran
https://t.me/beanaquran