fbpx
solat jenazah

Bagaimana Melakukan Solat Jenazah? Niat Beserta Doa

Cara Melakukan Solat Jenazah - Niat Beserta Doa

solat jenazah

Solat jenazah dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan segala dosanya dan mendapat rahmat serta keredhaan Allah SWT.

Hukum menunaikannya adalah fardhu kifayah. Fardhu kifayah bermaksud perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat demi menjaga kepentingan umat Islam. Apabila ada sebahagian umat Islam yang melakukan, gugurlah dosa bagi semua umat Islam di suatu tempat itu. Jika tiada yang melakukan, maka berdosalah semua orang Islam di suatu kawasan itu.

Disebabkan solat ini tidak dilakukan pada setiap hari, kita seringkali terlupa akan cara dan niatnya.

Kaifiat solat jenazah tidak mempunyai ruku’, iktidal, sujud mahupun tahiyyat. Sebaliknya, ia hanya disempurnakan dengan 4 kali takbir dan salam sambil berdiri betul.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Sembahyangkanlah oleh kamu akan orang-orang yang mati dari kalangan kamu.”

(Riwayat Ibn Majah)

Sembahyang jenazah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan tidak makruh mengerjakan pada waktu-waktu yang ditegahkan. Kerana, solat ini merupakan solat yang mempunyai sebab. Walaupun begitu, ia akan menjadi makruh sekiranya kita melambat-lambatkan solat sehingga sampai waktu yang ditegah.

Syarat Melakukan Solat Jenazah

  1. Syarat-syarat sembahyang jenazah sama dengan syarat-syarat solat yang lain seperti menutup aurat, suci tubuh badan dan pakaian daripada najis dan menghadap qiblat.
  2. Jenazah sudah dimandikan dan dikafankan.
  3. Jenazah tersebut hendaklah diletakkan di hadapan jemaah (di sebelah kiblat) kecuali solat jenazah ghaib.

Kedudukan Jenazah Dan Imam

Pertama sekali, anda perlu tahu kedudukan jenazah yang betul sebelum disembahyangkan. Jenazah perlu diletakkan di hadapan imam melintang ke qiblat. Sekiranya terdapat lebih daripada satu jenazah, kedudukannya adalah seperti berikut;

  1. Jenazah lelaki dewasa
  2. Jenazah kanak-kanak lelaki
  3. Jenazah perempuan dewasa
  4. Jenazah kanak-kanak perempuan

Merujuk kata sepakat imam-imam mazhab, sunat hukumnya untuk solat jenazah yang ramai secara serentak. Tetapi ianya boleh dilakukan secara berasingan dan didahulukan dengan jenazah yang paling mulia.

Mayat lelaki kepalanya diletakkan di sebelah kiri imam dan imam berada di sebelah kepala atau dada mayat. Manakala, mayat perempuan pula, imam berdiri di bahagian pinggangnya. Bagi solat jenazah ghaib, imam dan makmum perlu menghadap qiblat tanda ada jenazah dihadapan.

Solat jenazah ghaib adalah solat tehadap jenazah ahli keluarga atau saudara seagama yang meninggal di tempat yang jauh atau kepada jenazah yang telah dikebumikan tetapi tiada kesempatan bagi ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya.

Ianya sunat dilakukan ketika mendengar berita kematian seseorang walaupun masa meninggal dunia sudah berlalu sehingga sebulan.

Saf solat jenazah ini seboleh-bolehnya dijadikan 3 saf yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang setiap saf tersebut.

Rukun Solat Jenazah

Sembahyang jenazah tidak perlu dilaungkan azan dan iqamat. Berikut adalah rukun-rukunnya:

  1. Niat ketika takbiratul ihram
  2. Berdiri ketika melakukan solat bagi yang berkemampuan
  3. Mengangkat 4 kali takbir termasuk takbiratul ihram
  4. Takbir pertama dan diikuti dengan bacaaan Al-Fatihah
  5. Takbir kedua dan diikuti dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  6. Takbir ketiga dan diikuti dengan membaca doa untuk jenazah
  7. Takbir keempat dan seterusnya memberi salam yang pertama

Cara Mengerjakan Solat Jenazah

solat jenazah

Dimulakan dengan berdiri betul bertentangan dengan jenazah.

Seterusnya, mulakan solat dengan niat di dalam hati untuk menunaikan solat jenazah empat takbir kerana Allah.

Niat solat untuk jenazah lelaki:

أصلي على هذا الميت أربع تكبيرات فرض الكفاية مأموما لله تعالى

Niat solat untuk jenazah wanita:

أصلي على هذه الميتة أربع تكبيرات فرض الكفاية مأموما لله تعالى

1. Membaca niat dalam hati dan mengangkat takbir pertama.

Setiap jemaah yang mengikuti solat jenazah tersebut wajib berniat untuk melakukan solat jenazah kerana Allah SWT. Setelah niat, bertakbirlah dengan takbiratul ihram yang pertama.

2. Membaca surah Al-Fatihah.

Selepas mengangkat takbir yang pertama, membaca surah Al-Fatihah dari awal sehingga selesai.

3. Membaca selawat.

Selepas takbir yang kedua, anda dikehendaki membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Anda boleh membaca selawat ringkas atau yang paling utama adalah selawat ibrahimiyah.

أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

4. Membaca doa untuk jenazah.

Selepas mengangkat takbiratul ihram yang ketiga, bacakan doa untuk jenazah. Ini adalah bahagian yang penting kerana ini merupakan sebab kita menunaikan solat jenazah, iaitu mendoakan jenazah.

Doa untuk jenazah lelaki:

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ دْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Doa untuk jenazah wanita:

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ دْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها ، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

5. Selepas takbir yang keempat, anda boleh diam sebentar dan terus memberi salam.

Anda juga digalakkan untuk melanjutkan berdoa untuk si mati selepas takbir keempat ini, baru kemudian memberi salam:

أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

Anda nak perbaiki bacaan al-quran ?

TRIAL KELAS MENGAJI PERCUMA 
===================================

Butiran Trial Kelas :
✅ Cek tahap pembacaan al-quran dan hukum tajwid
✅ Cek makhraj huruf dan sebutan huruf
✅ Semakan bacaan surah-surah lazim

Jom cek bacaan al-quran anda secara online. Semoga dengan kelas trial online ini, anda dapat kenalpasti kesalahan hukum tajwid dan bacaan surah-surah lazim 🤎

Berminat dengan Trial Kelas Online Percuma ? Puan/tuan boleh tekan di bawah👇🏻
http://www.wasap.my/601170073859/trialmengajionline
http://www.wasap.my/601170073859/trialmengajionline

atau hubungi kami di 011-70073859