SCHOLAR PROGRAM
Tingkatkan ilmu agama anda bersama Ustaz Barry melalui program hybrid. Gabungan pembelajaran online dan kelas fizikal secara sistematik, santai dan mudah difahami.
- Modul Praktikal
- Pengajar Bertauliah
- Sesi Interaktif
- Struktur Sistematik
- Ilmu Bersumber
Beana Scholar: Kelas Ilmu Agama Fizikal & Online
Beana Scholar hadir untuk mereka yang mahu berubah, mencari ilmu yang boleh membimbing hidup dan menenangkan jiwa. Dengan kitab turath sebagai rujukan utama, anda akan faham agama secara mendalam — bukan sekadar dengar, tapi hayati. Kelas fiqh, tafsir, tadabbur, bahasa Arab dan solat dalam bentuk bersiri atau santai, tersedia secara fizikal & online. Ilmu yang membina, amal yang menyembuh.
Platform ilmu sepanjang hayat untuk golongan dewasa yang ingin mendalami fiqh, tafsir, tadabbur, bahasa Arab dan solat — melalui kitab turath yang sahih dan bersumber. Kelas diadakan secara bersiri atau santai mingguan, dengan suasana interaktif dan mudah difahami. Boleh diikuti secara fizikal, online atau e-learning. Beana Scholar – Ilmu berakar, jiwa terpugar.
Rakaman E-Learning
Tak kira usia, jadual sibuk atau tahap bacaan anda boleh belajar dari mana-mana sahaja.
Pembelajaran Hybrid
Bersama Ustaz Barry, dalam suasana penuh bimbingan dan penghayatan.
Senarai Program Beana Scholar
BEANA SCHOLAR
Daurah Fiqh:
Bab Solat
Pelajari asas dan kefahaman solat secara teori dan praktikal.
BEANA SCHOLAR
Daurah Bahasa Arab Al-Quran
Belajar asas Bahasa Arab untuk memahami Al-Quran dan kitab klasik.
BEANA SCHOLAR
Daurah Fiqh: Hadis Hadis Hukum
Seronok belajar agama, membina Muslim cilik
BEANA SCHOLAR
Daurah Fiqh: Bab Solat
Pendidikan solat yang menyentuh hati, membina kefahaman, dan menghidupkan rasa khusyuk.
Tahap 1
Kembali Khusyuk
- Faham apa itu khusyuk & kenapa ia selalu hilang
- Bongkar erti bacaan solat dengan mudah
- Aktiviti eksperimen & gamifikasi: “Solat Robot vs Solat Hati”
- Refleksi diri & kuiz interaktif
Tahap 2
Solat Dengan Hati Yang Sedar
- Teknik kawalan hati semasa solat
- Kenali gangguan syaitan dan cara elak kelalaian
- Faham 13 rukun solat secara yakin, bukan sekadar hafal
- Beza jenis qunut & waktu sesuai
Tahap 3
Solat Jemaah & Solat Sunat
- Fahami kelebihan berjemaah & adab saf
- Belajar solat Dhuha, Taubat, Hajat, Musafir
- Peranan imam & jenis makmum
- Isu-isu teknikal (makmum lambat, susunan saf lelaki & wanita)
Butiran Program
Durasi
Tahap 1: 3 Jam
Tahap 2: 2 Jam
Tahap 3: 2 Jam
Bilangan Sesi
Tahap 2: 12 Sesi
Tahap 3: 12 Sesi
Jenis Kelas
Tahap 1: E-Learning
Tahap 2: Kelas Hybrid
Tahap 3: Kelas Hybrid
Buku Fizikal Percuma Daurah Solat
Nota Kelas Intensif Solat (Beginner) merupakan modul pembelajaran yang disusun secara sistematik oleh Ustaz Ibnu Abdil Barry khusus untuk membantu peserta memahami asas solat dengan lebih jelas dan teratur. Disampaikan dalam gaya bahasa yang mudah difahami serta disertakan dengan nota bergambar, buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan semasa pembelajaran atau ulang kaji kendiri. Buku ini diberikan secara percuma kepada semua peserta Program Daurah Solat — dalam bentuk cetak (fizikal) bagi kelas bersemuka, dan salinan digital (PDF) bagi kelas secara dalam talian.
Siapakah Ustaz Barry?
Ustaz Barry, atau nama penuhnya Ibnu Abdil Barry bin Ubaidillah, merupakan pengasas dan penasihat Beana Home Quran yang berpusat di Kota Damansara. Beliau merupakan penulis dan penyusun modul pendidikan Islam, serta aktif mengajar di pelbagai institusi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Beliau menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Di antara karya beliau adalah:
- kitab MUTIARA HIKAM syarah Hikam Ibnu ‘Athaillah al sakandary
- Terjamahan tafsir Ibnu Katsir.
- Smart Jazary, panduan asas membaca al Quran
Menterjamahkan Kitab-kitab klasik seperti:
- Tuhfatul atfal.
- Muqaddimah Ibn al Jazari
- Aqidah awwam.
Aktif mengajar Dan memberi kuliah di:
- Pengajar di Beana Home Quran (2017-Sekarang)
- Pengajar di Al-Nawawi Institute Kota Damansara
(2019-Sekarang) - Pengajar di Pertubuhan Al Khaadem (2010-2020)
Join Komuniti WhatsApp Ustaz Barry Channel!
Terima perkongsian eksklusif, tazkirah mingguan, video kuliah, dan info program terus ke WhatsApp anda.