fbpx
Ustazah

3 Cara Mudah Mencari Redha Allah Dalam Menjadi Guru Al Quran

3 cara mudah mencari redha Allah dengan menjadi guru Al-Quran

 

redha Allah

Mengapa manusia perlu redha Allah?

Sebagai umat islam, kita perlulah mencari redha Allah untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesiapa yang memperoleh keredhaan Allah bermakna kehidupannya di dunia ini akan dipermudahkan dari segala kesulitan. Jadi, setiap manusia hendaklah berusaha untuk mendapatkan keredaan Allah. Keredhaan Allah boleh dicapai dengan mudah dan ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dikecapi. Di sini saya akan kongsikan cara yang mudah mencari redha Allah dengan menjadi guru Al-Quran.

 

redha Allah

Mengajar Al-Quran dengan hati yang ikhlas

Salah satu cara untuk kita mendapat keredhaan Allah adalah dengan mengajar Al-Quran dengan hati yang ikhlas. Ikhlas itu datang apabila kita betul-betul memahami tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Apabila setiap perbuatan yang kita lakukan bertujuan untuk mendapatkan redha Allah, maka kita akan sentiasa ikhlas dan menerima segala kesulitan dengan perasaan tenang. Jadi sebagai seornag guru mengaji, mengajar ilmu Al-Quran dengan ikhlas adalah penting untuk mendapat redha Allah dengan mudah. Hal ini kerana mengajar Al-Quran dengan ikhlas merupakan salah satu cara kita berdakwah ke jalan Allah.

 

redha Allah

Mengajar Al-Quran sebagai satu ibadah

Guru dalam Bahasa arab ialah Muallim yang bermaksud orang yang mengajarkan. Ia juga bermaksud mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi dan boleh mengajar. Allah telah menjanjikan ganjaran yang besar kepada guru kerana tugas mereka bukan sahaja mengajar malah mendidik seorang manusia untuk menjadi insan yang mulia. Oleh itu, apabila seorang guru mengajar Al-Quran, ianya dikira sebagai satu ibadah kerana dapat mendorong anak muridnya mendekatkan diri kepada Allah. Bukan anak murid sahaja, bahkan guru juga boleh mendapatkan redha Allah.

 

Mendidik lebih ramai pelajar mengenai ilmu Al-Quran

Mendidik lebih ramai pelajar mengenai ilmu Al-Quran mampu memudahkan kita mencari redha Allah. Ini kerana, guru mengajar mengaji dapat melakukan dakwah kepada orang untuk lagi mendekatkan diri kepada Allah. Apabila kita mengajar  Al-Quran kepada ramai pelajar, ianya dapat menyebarkan lagi ilmu Al-Quran tersebut dan ilmu tersebut akan lagi tersebar dengan lebih meluas jika pelajar kita berkongsi ilmu dengan rakan-rakan dan juga ibubapa mereka. Dan ini bukan sahaja dapat memperbanyakkan pahala kita malah dapat membantu kita mendapatkan keredhaan Allah dengan mudah.

Beana menawarkan perkhidmatan untuk mempelajari Al-Quran dan mewujudkan kemungkinan untuk individu yang ingin mengembangkan kebolehan mengajar mereka dan menjadi Qutor yang paling hebat dan paling berpengetahuan. Dengan mengklik pautan Qutor Beana, manfaatkan peluang untuk menyertai kumpulan Qutor terhebat di Beana HomeQuran.