Trik Belajar Mengaji Dengan Mudah Dan Cepat

Belajar mengaji terdapat banyak cara yang boleh gunakan untuk menjadi lancar dalam pembacaan. Terdapat berberapa cara dan trik belajar mengaji dengan mudah dan cepat. Tetapi sebelum itu, pastikan anda sudah mengenali kesemua 28 huruf hijayyah dan sudah tahu penggunaan tanda pendek dan panjang serta tajwid yang betul. Ini akan memudahkan proses anda untuk membaca Al-Quran dengan lancar.

Trik Belajar Mengaji Dengan Mudah Dan Cepat

Dengar Surah Juz Amma

Pertama sekali, anda boleh mulakan dengan mendengar surah Juz Amma. Dalam apa jua keadaan dan situasi sekalipun, anda boleh mendengar surah hafalan ini. Paling mudah Juz Amma iaitu Juzuk 30. Anda boleh beli CD atau MP3 yang mengandungi bacaan Al-Quran. Kini, di Spotify juga ada tersenarai kesemua Juz Amma. Anda perlu perdengarkan selalu di halwa telinga anda supaya ianya menjadi kebiasaan dan mudah untuk diingati.

Pada awal-awal pembelajaran, memang digalakkan untuk belajar daripada surah yang pendek-pendek terlebih dahulu supaya lebih senang anda tahu cara pembacaan yang betul. Jika sudah mulai lancar membaca surah pendek, barulah mula mencuba dengan surah yang lebih panjang.

Guna Apps “Learn Iqra”

Zaman sekarang ini, boleh dikatakan semua orang ada smartphone masing-masing. Jadi, anda boleh download dan gunakan apps seperti Learn Iqra dan mungkin ada beberapa apps yang lain juga boleh digunakan mengikut apa yang anda mahukan.

Tetapi apa yang menarik mengenai Learn Iqra adalah pengguna boleh belajar pada tahap-tahap tertentu. Dan di dalam setiap tahap, terdapat juga contoh sebutan dan bacaan yang betul untuk dibuat semakan.

Belajar Melalui Youtube

Jika anda susah nak bertanya atau malu nak bertanya bagaimana bunyi certain sebutan yang anda tidak pasti, anda juga boleh menggunakan kaedah ini, iaitu belajar melalui Youtube sahaja. Kaedah ini dinamakan sebagai Istima’.

Dengan cara ini pembaca Al-Quran dapat membuat semakan dan terus memperbetulkan bacaan yang salah serta-merta. Namun begitu, ianya juga sangat penting untuk belajar dari guru yang betul dan bertauliah kerana mereka mempunyai autoriti untuk memberi pandangan dan pendapat mereka.

Hadir Ke Kelas Tajwid

Seterusnya, khas untuk orang dewasa yang ada masalah yang tak lancar, bacaan masih tersekat-sekat, masih keliru dengan bacaan pendek atau panjang dan juga tak kuasai takjid Al-Quran, daftarlah untuk ke kelas yangboleh mengajar anda tajwid dengan berkesan supaya anda senang untuk ingat penggunaannya. Di dalam kelas, kebiasaannya, ustaz atau ustazah akan kongsikan cara bacaan yang bertajwid dengan betul.

Banyakkan Latihan

Perbanyakkan latihan dan ulang berkali-kali pembacaan anda agar lidah lebih terbiasa. Ia juga dapat meningkatkan kemampuan membaca anda. Berlatih membaca sampai anda lancar mengikut tajwid yang benar boleh meningkatkan tahap kemahiran anda. Anda perlu baca dengan kuat supaya telinga anda mendengar lontaran suara anda untuk detect di mana kesalahan yang anda lakukan semasa membaca Al-Quran.

Tadarus

Akhir sekali, anda perlu membiasakan diri untuk hadir ke tadarus. Tadarus adalah membaca Al-Quran secara berkumpulan. Dalam kumpulan tersebut akan dibahagikan part masing-masing dan akan di baca secara bergilir-gilir, mengikut kehendak kumpulan masing-masing juga. Ketika salah seorang membaca, yang lain perlu membuat semakan dan teliti cara pembacaan si pembaca tersebut.

Trik Belajar Mengaji Dengan Mudah Dan Cepat

Melalui cara ini, pembacaan dapat dibaiki dengan lebih mudah dan cepat. Namun, dalam kumpulan yersebut perlu ada seorang yang mahir dalam membaca Al-Quran supaya senang untuk membuat semakan. Sekiranya terdapat kekeliruan, boleh terus bertanya kepada mereka yang lebih pakar.

Mengaji ini tidak memerlukan anda berlumba-lumba untuk cepat lancar atau khatam, tetapi sebaliknya ia memerlukan anda untuk membacanya dengan menggunakan tajwid yang betul supaya pembacaan anda nampak lebih teratur. Tapi jika anda Nak Hafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan? Ini Caranya. Bolehlah anda mengajar anak anda mengaji selepas ini.

Tapi sebelum itu, Anak Tak Solat? 9 Tips Ajar Anak Solat Sejak Kecil. Sebelum saya akhiri artikel ini, anda dah tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengaji? Ya, ambil wuduk dulu. Ikuti artikel Cara Ambil Wudhu – Langkah demi Langkah untuk dapatkan info lebih lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published.