fbpx

TIPS MENJADIKAN MENGAJI DIRUMAH SEBAGAI AMALAN UTAMA

Mengaji di rumah adalah satu amalan yang sangat baik jika kita dapat memperatikkannya lagi-lagi yang sudah mempunyai keluarga. Dengan amalan ini , sekaligus dapat mewujudkan bi’ah solehah dalam kehidupan keluarga.

 

Jom cuba tips dibawah untuk terus istiqamah untuk mengaji di rumah.

Sediakan ruangan yang selesa untuk mengaji di rumah

Sebelum memulakan , penyediaan tempat yang selesa juga perlu disediakan untuk membangkitkan rasa semangat untuk keluarga mengaji al-quran di rumah.

Memiliki jadual tetap untuk mengaji di rumah

Ibu bapa perlu menyediakan jadual mengaji di rumah supaya tidak terlupa untuk mengaji mungkin kalau tidak setiap hari boleh target mengaji 3 kali dalam seminggu.

Pastikan selepas magrib atau sebelum tidur anak-anak membaca 1 atau 2 ayat

Setiap malam , galakkan anak-anak untuk membaca beberapa ayat sebelum tidur. Dengan ini , anak-anak akan jadi lebih terbiasa dan dalam masa yang sama mereka dapat menghafal ayat yang mereka baca dengan mudah.

Pastikan anak-anak memiliki hafalan surah-surah lazim

Sediakan juga jadual untuk hafalan anak-anak di rumah tapi mulakan dengan surah-surah lazim supaya mereka mudah untuk mengingat kerana ayat-ayatnya yang pendek.

Ulang bacaan di meja makan

Ulang surah2 yang telah pun dihafal di meja makan sementara  ibu menyediakan makanan dan meminta 2minit baca mengikut urutan Al-Quran. Ambil setiap masa yang ada sebagai satu peluang untuk menjadikan mengaji di rumah sebaga amalan yang paling utama.

Jom kita sama-sama praktikkan di rumah. Insya-ALLAH, usaha yang baik akan dipermudahkan oleh-NYA.

SELAMAT BERAMAL

JOM mengaji secara istiqamah dengan ustaz ustazah

+601152234111

JOM LIKE N SHARE https://www.facebook.com/beana.homequran/ ')}

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *