Rakyat Malaysia baru-baru ini gempar dengan isu sekolah tahfiz mahu ditutup. Ia mendapat reaksi banyak pihak.  Apa realiti yang berlaku terhadap institusi tahfiz di Malaysia sekarang???

Apa kata baca dulu tulisan Tan Sri Zainuddin Maidin

http://zamkata.blogspot.com/2018/07/mengapa-saya-mahu-sekolah-tahfiz-ditutup.html

Di Malaysia sekarang berlakunya lambakan sekolah tahfiz sama ada yang berdaftar di bawah kerajaan negeri, NGO mahupun persendirian. Ya! kesedaran ibu bapa bapa terhadap pendidikan tahfiz sudahpun terbuka sehingga mendapat permintaan yang banyak. Ibu bapa pastinya bangga sekiranya ada anak mereka yang bergelar Hafiz atau Hafizah.

Tapi, cuba kita perhatikan apa yang banyak berlaku sekarang. Banyak masalah berlaku di sekolah tahfiz seperti para pelajarnya disuruh meminta sumbangan di masjid atau rumah ke rumah, kejadian sekolah tahfiz terbakar dan sebagainya. Kebanyakannya berlaku di sekolah tahfiz persendirian.

MENGAPA SEMUA INI BOLEH BERLAKU?

Setiap sekolah yang ditubuhkan mesti menepati syarat dan piawaian yang menepati ciri-ciri keselamatan dan sistem pengurusan yang terancang. Apabila pengurusan tidak tersusun, maka banyaklah berlakunya kes-kes yang berbahaya sehingga boleh meragut nyawa.

APA KESANNYA?

Kejadian-kejadian yang berlaku seperti itu telah mencemarkan  nama baik tahfiz dan menghilangkan kepercayaan masyarakat. Mari kita renungkan sama-sama, tahfiz itu pada asal usulnya banyak  kelebihan kerana ulama’ terdahulu kebanyakan mereka menghafaz al-Quran. Namun, adakah sistem sesetengah pusat tahfiz yang tidak sistematik ini mampu mencontohi tamadun tahfiz terdahulu??? Semestinya tidak.

Kesimpulannya,   setiap pelaksanaan sesuatu itu memerlukan pemerhatian dari segi kualiti dan kualiti. Kuantiti sahaja tidak mencukupi untuk memberi impak yang berkesan. Justeru, Kualiti perlu baik untuk mengekalkan dan menjamin kejayaan sesuatu perkara.

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.