BeanaHomeQuran

SOALAN LAZIM

Kelas Mengaji

Apakah yang dimaksudkan dengan Mengaji Di Rumah?

Kelas mengaji yang diadakan di rumah pelajar atau tempat yang bersesuaian mengikut ketetapan pelanggan Beana® Quran pada hari dan waktu yang dipersetujui. Sesi pembelajaran adalah secara santai dan mengikut tahap pemahaman dan pembelajaran pelajar.Masa dan jadual mengaji ditentukan oleh pelanggan berdasarkan pilihan slot yang telah dibuat oleh pelanggan semasa melanggan pakej mengaji.

Mengapakah wujudnya Kelas Mengaji Di Rumah?

Faktor ibu bapa yang sibuk bekerja dan tidak sempat mengajarkan Al-Quran dan Fardhu Ain kepada anak-anak dan khuatir dengan keselamatan anak-anak semasa proses pembelajaran di tempat luar membuatkan ibu bapa lebih memilih untuk belajar di rumah berbanding diluar.
Faktor yang kedua adalah perasaan malu untuk mengaji secara berkumpulan membuatkan orang dewasa atau remaja meninggalkan Al-Quran. Oleh sebab itu, Beana® Quran menawarkan kelas mengaji secara individu atau kumpulan kecil kepada mana-mana individu yang ingin mengaji secara mudah tepat dan pantas.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik FITRAH?

Faktor ibu bapa yang sibuk bekerja dan tidak sempat mengajarkan Al-Quran dan Fardhu Ain kepada anak-anak dan khuatir dengan keselamatan anak-anak semasa proses pembelajaran di tempat luar membuatkan ibu bapa lebih memilih untuk belajar di rumah berbanding diluar.
Faktor yang kedua adalah perasaan malu untuk mengaji secara berkumpulan membuatkan orang dewasa atau remaja meninggalkan Al-Quran. Oleh sebab itu, Beana® Quran menawarkan kelas mengaji secara individu atau kumpulan kecil kepada mana-manaindividu yang ingin mengaji secara mudah tepat dan pantas.

Bagaimanakah konsep pembelajaran di Beana® Quran?

Konsep pembelajaran bergantung kepada peringkat umur menggunakan teknik FITRAH berdasarkan konsep berikut:
● Mengaji sambil bermain (fun learning)
● Menekankan pembelajaran Fardu Ain secara teori dan praktikal
● Menghafal surah lazim juzuk 30
● Pelajar yang sudah berada dipertengahan pemahaman Al-Quran akan ditekankan dengan Tajweed dalam bacaan.

Modul yang ditawarkan adalah Asas membaca Al-Quran, Asas Fardu Ain atau Asas Hafazan.

Adakah Kelas Mengaji sesuai untuk dewasa memandangkan banyak aktiviti kanak-kanak dipaparkan di Sosial Media?

Beana® Quran bukan sahaja menfokuskan kelas mengaji kepada kanak-kanak dan remaja sahaja tapi turut menawarkan kelas mengaji bagi dewasa. Kami tidak memuat naik kelas mengaji dewasa bagi menjaga privasi pelanggan dewasa Beana® Quran.

Berapakah minimum jam yang perlu diambil dalam tempoh sebulan?

Pelanggan perlu mengaji sekurang-kurangnya 4 jam dalam tempoh sebulan dengan kelas 1 kali seminggu. Cara pengiraan:

4 kelas x 1 jam setiap minggu = 4 jam (minimum)

Berapakah tempoh minimum langganan Kelas Mengaji?

Pihak pelanggan perlu sekurang-kurangya mengaji bersama Guru Beana® Quran minimum dalam tempoh 5 bulan.

Adakah terdapat Kelas Percubaan?

Buat masa sekarang, Beana tidak menawarkan kelas percubaan. Setiap pelajar akan dikehendaki untuk menjalani Ujian Pengesahan (Online Assesstment Test) bagi menguji tahap pemahaman sebelum kelas bermula.

Bolehkan Kelas diadakan pada waktu malam atau pada hujung minggu?

Ya boleh. Kelas mengaji adalah tertakluk kepada Time-Slot yang telah dimuatnaik oleh guru Beana® Quran. Pelanggan boleh memilih mana-mana guru berdekatan kawasan anda yang menawarkan kelas pada hujung malam atau hujung minggu bersesuaian dengan jadual anda.

Bilakah Kelas Malam akan berakhir?

Slot terakhir bagi Kelas Malam yang dikendalikan oleh Ustaz akan berakhir pada 10 malam. Bagi tujuan keselamatan, slot terakhir oleh Ustazah adalah pada 9 malam sahaja.

Berdasarkan pengalaman guru Beana® Quran, tempoh purata yang diambil oleh pelajar untuk membaca Al-Quran dengan baik adalah selama 7- 8 bulan bergantung kepada kemampuan pelajar untuk menguasai. Tempoh yang lebih pendek diambil oleh pelajar yang mempunyai kelebihan untuk menguasai (fast learner).

Pihak pelanggan perlu sekurang-kurangya mengaji bersama guru Beana® Quran minimum dalam tempoh 5 bulan.

Dimanakah perkhidmatan Kelas Mengaji Beana® Quran ditawarkan?

Buat sementara ini, kelas mengaji Beana boleh didapati di seluruh kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Lembah Klang sahaja.

Perkhidmatan bagi kawasan di luar Lembah Klang akan ditawarkan pada masa akan datang.

Yuran dan Pendaftaran

Berapakah kadar yuran Kelas Mengaji?

Kelas boleh diadakan secara persendirian atau kumpulan kecil. Minimum pelajar ialah 1 pelajar kepada 1 guru. Kelas mengaji juga boleh terdiri daripada kumpulan kecil, minimum5 pelajar dan maksimum 10 pelajar untuk 1 orang guru.

Kadar bayaran adalah berpatutan dan mengikut pengiraan berikut:

Jumlah & umur pelajar x Jumlah slot (jam)

Berapakah kelas minimum yang perlu dilanggan?

Minimum 3 bulan
Langganan selama 3 bulan bagi pelajar yang mempunyai kesukaran untuk mengikuti pembelajaran (slow leaner) dengan fokus untuk mengenal huruf hijaiyyah.

Bagi pelajar yang mempunyai pemahaman pertengahan fokus adalah untuk mengenal dan membaca huruf bersambung

Minimum 6 bulan
Pelajar dalam kategori slow leaner dijangka dapat menguasai sehingga bab Tajweed di dalam modul pembelajaran Beana® Quran. Bagi pelajar yang tidak mempunyai masalah pembelajaran, dijangka dapat menghabiskan keseluruhan modul dalam tempoh 6 bulan.

Apakah bayaran tambahan dikenakan sekiranya kelas mengaji lebih masa?

Tiada bayaran tambahan dikenakan sekiranya lebih masa adalah tidak lebih dari 15 minit dan ke bawah, tertakluk kepada budi bicara guru Beana® Quran.

Kadar bayaran tambahan bagi kelas lebih masa melebihi 30 minit akan dikenakan bayaran. Anda dinasihatkan untuk menghubungi Beana® Quran bagi maklumat lanjut.

Bilakah pembayaran perlu dibuat?

Pembayaran secara langganan melalui kad kredit hendaklah dibuat bermula 1 sehingga selewat-lewatnya 5hb pada setiap bulan, iaitu sebelum kelas bermula.

Pembayaran perlu dibuat kepada akaun syarikat Beana® Quran. Tiada pembayaran terus kepada guru dilakukan.

Bolehkan pembayaran pendahuluan secara advance payment jika tempoh pembelajaran adalah kurang dari 5 bulan?

Tiada pembayaran balik (refund) sekiranya pelanggan berhenti kurang dari 5 bulan.

Guru Al-Quran

Sekiranya saya menghadapi masalah dengan guru sedia ada, adakah saya boleh menukar guru?

Jika pihak pelanggan menghadapi sebarang permasalahan dengan guru sedia ada, anda boleh menghubungi pihak pengurusan Beana® Quran atau khidmat pelanggan bagi tujuan penukaran guru baru.

Apakah kelayakan guru Beana® Quran?

Guru Beana® Quran adalah disahkan oleh Beana® Quran dan telah disaring melalui 3 peringkat temuduga sebelum dipilih iaitu temuduga secara terus, temuduga bertulis dan melepasi sesi latihan dan taklimat oleh pihak Beana® Quran disamping wajib memiliki tawliah dari mana-mana jabatan agama Islam negeri.

Guru Beana® Quran juga dkehendaki untuk mengikuti kelas bulanan yang dianjurkan oleh pihak Beana® Quran bagi menguji dan meningkatkan tahap prestasi guru secara berterusan. SOP yang khusus diberikan sebagai garis panduan dalam menjalankan sesi pembelajaran kepada pelajar

Adakah guru dari Beana® Quran berkelayakan?

Individu yang terpilih untuk menjadi guru Beana® Quran akan terlebih dahulu di temuduga dari segi lisan dan ujian bertulis di mana soalannya meliputi bacaan Al-Quran, tajwid, makhraj, fiqh dan aqidah. Guru Beana® Quran memiliki kelayakan dari peringkat Master sehingga peringkat yang paling minima iaitu Diploma dalam Pengajian Islam atau apa sahaja sijil yang diikitiraf oleh Malaysia atau antarabangsa.

Adakah mereka terdiri dari kalangan guru sekolah?

Guru Beana® Quran kebanyakannya adalah guru separuh masa di mana ada di antara mereka merupakan guru sekolah, pelajar universiti dan bekerja dibidang masing-masing

Adakah mereka berkemahiran untuk mengajar?

Dari sudut mengajar Al-Quran kepada pelajar, Beana® Quran menyediakan latihan pengajaran sebelum proses pengajaran bermula. Latihan ini adalah sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada tenaga pengajar Beana® Quran tentang teknik pengajaran paling berkesan untuk pelajar kanak-kanak, remaja atau dewasa. Latihan mengajar Al-Quran yang dianjurkan oleh Beana juga memberi pendedahan kepada guru untuk mendalami ilmu asas Tajwid di dalam Al-Quran dan juga memahami ilmu asas Fardhu Ain.

Adakah guru Beana® Quran berkemahiran untuk mengajar menggunakan Bahasa Inggeris?

Ada, tetapi guru Beana® Quran yang berkemahiran dalam Bahasa Inggeris terhad dan hanya ada di beberapa kawasan yang tertentu sahaja.