Untuk cari jodoh perlu melalui fasa perkenalan. Diri sendiri akan dapat rasa perasaan ketika bertemu dan berbual dengan dia. Kita selesa atau tidak? Itu persoalannya. Hanya empunya badan dapat rasa. Bila kita selesa, kita akan menjadi seorang yang jujur dan tidak segan menyatakan sesuatu perkara. Sekiranya tidak selesa, kita seolah-olah teragak-agak untuk menjawab setiap persoalan.
Mempunyai minat yang sama dalam sesuatu perkara
Kata orang, kalau dinamakan jodoh dan pasangan serasi kalau mempunyai sifat yang berlawanan. Barulah saling melengkapi antara satu sama lain. Namun, tidak semua perkara perlu berlawanan. Kadang-kadang, persamaan perlu untuk mewujudkan keserasian contohnya suka memasak, suka pantai dan sebagainya. maka, sila cari jodoh yang mempunyai persamaan.
Senang untuk berbincang masalah yang berlaku
Setiap masalah yang berlaku perlu diselesaikan dan bukan ditinggalkan. Waktu ini kita boleh menilai si dia melalui cara dia menyelesaikan masalah sama ada dia tenang, panas baran, rasional, mudah menerima pendapat atau mudah menyalahkan orang lain. Cari jodoh yang mampu menyelesaikan masalah, bukan merumitkan masalah.
Tenang Ketika Melakukan Amal Ibadah