Apabila memasuki usia 20-an, rasa suka kepada seseorang itu akan hadir dalam diri kita tanpa sedar. Itu normal kerana merupakan fitrah bagi setiap manusia iaitu ingin disayangi. Kita akan ada keinginan untuk bersembang dengan kawan-kawan yang berlainan jantina dan tidak segan untuk berkawan. Fasa usia 20-an lah merupakan fasa penting dan sesuai untuk cari jodoh

Apabila kita mula mengenali seseorang, tentunya banyak dugaan yang berlaku seperti bergaduh, merajuk dan sebagainya. Waktu itu, emosi akan terganggu dan perasaan akan berubah-ubah. Waktu inilah kita boleh nilai sama ada si ‘dia’ serasi atau tak dengan kita. Macam mana?? Boleh baca tip di bawah

  1. Selesa ketika berbual
  • Untuk cari jodoh perlu melalui fasa perkenalan. Diri sendiri akan dapat rasa perasaan ketika bertemu dan berbual dengan dia. Kita selesa atau tidak? Itu persoalannya. Hanya empunya badan dapat rasa. Bila kita selesa, kita akan menjadi seorang yang jujur dan tidak segan menyatakan sesuatu perkara. Sekiranya tidak selesa, kita seolah-olah teragak-agak untuk menjawab setiap persoalan.

 

  1. Mempunyai minat yang sama dalam sesuatu perkara
  • Kata orang, kalau dinamakan jodoh kalau mempunyai sifat yang berlawanan. Barulah saling melengkapi antara satu sama lain. Namun, tidak semua perkara perlu berlawanan. Kadang-kadang, persamaan perlu untuk mewujudkan keserasian contohnya suka memasak, suka pantai dan sebagainya. maka, sila cari jodoh yang mempunyai persamaan.

 

  1. Senang untuk berbincang masalah yang berlaku
  • Setiap masalah yang berlaku perlu diselesaikan dan bukan ditinggalkan. Waktu ini kitab oleh menilai si dia melalui cara dia menyelesaikan masalah sama ada dia tenang, panas baran, rasional, mudah menerima pendapat atau mudah menyalahkan orang lain. Cari jodoh yang mampu menyelesaikan masalah, bukan merumitkan masalah.

 

  1. Tenang Ketika Melakukan Amal Ibadah
  • Setiap hari kita melakukan ibadah seperti solat, kita tidak diganggu dengan perasaan risau terhadap si dia. Dia tengah buat apa? Dia dah makan ke belum? Dia merajuk lagi ke? Persoalan remeh seperti itu tidak akan muncul jika kita percaya dia jodoh kita dan kita ikhlas cari jodoh kerana Allah, Allah akan jaga dia untuk kita.

Kesimpulannya, kita mesti bijak menilai seseorang sebelum cari jodoh sebagai pasangan hidup untuk jangka masa Panjang. Pemerhatian ini bukan sebab kita terlalu memilih, tetapi sebagai langkah membina baitul muslim yang bahagia.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.