Istikharah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Dalam masyarakat, istikharah sinonim dengan mencari jodoh. pasangan yang bercinta selalunya akan menunaikan solat istikharah untuk mencari jodoh. Tapi, apa sebenarnya istikharah? Apa tujuan solat Istikharah dilakukan?

Istikharah dilakukan bukan hanya untuk mencari jodoh semata-mata, tetapi ia sebagai tanda kita mentaati Allah sebagai Tuhan kita. Tujuan menunaikannya yang sebenar adalah untuk meminta pertolongan dan petunjuk Allah terhadap sesuatu yang mengelirukan kita untuk membuat pilihan.Jika kita mengalami situasi tersebut, kita digalakkan menunaikan solat istikharah.

Dalam soal mencari jodoh, Istikharah perlu dilakukan untuk memilih pasangan yang terbaik untuk masa depan. Perancangan perkahwinan perlu dibuat dengan baik lebih-lebih lagi dalam soal memilih pasangan kerana ianya untuk jangka masa panjang. Kehidupan perkahwinan akan melalui banyak cabaran. Jadi, pemilihan pasangan yang sesuai amat penting.

Selain itu, menunaikan solat istikharah sebagai tanda pergantungan kita kepada Allah. Allah merupakan sebaik-baik tempat bergantung dan meminta pertolongan. Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita. Serahkan kepada Allah untuk membantu kita mendapat petunjuk siapa yang layak untuk menjadi pasangan kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published.