fbpx
silence

Bagaimana Lisan Boleh Menyelamatkanmu?

Bagaimana Lisan Boleh Menyelamatkan Anda?

silence

Lisan merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan dari Allah kepada kita.

Lisan merupakan anggota badan manusia yang cukup kecil jika dibandingkan anggota badan yang lain. Akan tetapi, ia dapat menyebabkan pemiliknya ditetapkan sebagai penduduk syurga atau bahkan dapat menyebabkan pemiliknya dilemparkan ke dalam api neraka. Oleh kerana itu, sudah sepantasnya setiap muslim memperhatikan apa yang dikatakan oleh lisannya. Sebagaimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, yang bermaksud :

“Sungguh seorang hamba mengucapkan satu kalimat yang mendatangkan keridhoan Allah, namun dia menganggapnya ringan, kerana perkataan tersebut Allah meninggikan derajatnya. Dan sungguh seorang hamba mengucapkan satu kalimat yang mendatangkan kemurkaan Allah, namun dia menganggapnya ringan, dan kerana  perkataan tersebut dia dilemparkan ke dalam api neraka.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Kewajipan Menjaga Lisan

Allah Ta’ala berfirman, yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (QS. Al-Isra: 36)

Imam Qotadah menjelaskan ayat di atas, “Janganlah kamu katakan ‘Aku melihat’ padahal kamu tidak melihat, jangan pula katakan ‘Aku mendengar’ sedang kamu tidak mendengar, dan jangan katakan ‘Aku tahu’ sedang kamu tidak mengetahui, kerana sesungguhnya Allah akan meminta pertanggung-jawaban atas semua hal tersebut.”

Melalui ayat di atas, jelas kewajipan kita untuk menjaga lisan daripada beberapa perkara:

Berghibah.
ghibah

Yang bermaksud membicarakan keburukan atau hal yang tidak disukai oleh orang itu. Atau senang orang kata, mengumpat. Apabila kita berghibah diumpamakan kita memakan bangkai teman kita sendiri.

Menjaga lisan kita daripada hal buruk, atau menyakiti orang lain.

Sehingga menyebabkan orang bersedih dan tersakiti. Kerana agama Islam selalu menjaga hati manusia daripada saling membenci dan menyakiti. Islam adalah agama yang damai dan penuh kasih sayang.

Meninggalkan perkataan dusta.

Kerana dengan berdusta yang merupakan sumber daripada dosa-dosa lainnya. Termasuk tanda baiknya keislaman seseorang adalah dia mampu meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya.

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam sebuah hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,

“Di antara tanda baiknya Islam seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya.”

Oleh kerana itu, termasuk di antara tanda baiknya Islam seseorang adalah ia menjaga lisannya dan meninggalkan perkataan-perkataan yang tidak mendatangkan manfaat bagi dirinya atau bahkan perkataan yang dapat mendatangkan bahaya bagi dirinya. 

jaga lisan

Maka dari itu wajib bagi setiap muslim untuk menjaga lisan dan kemaluannya dari perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah, dalam rangka untuk mencari keredhaanNya. Semua ini adalah perkara yang mudah bagi orang-orang yang dimudahkan oleh Allah Ta’ala. 

Ketika kita telah mengetahui bahaya yang timbul akibat tidak menjaga lisan, sudah sepantasnya kita selalu berfikir sebelum kita mengucapkan suatu perkataan. Apakah kiranya perkataan tersebut akan mendatangkan keredhaan Allah Ta’ala atau bahkan sebaliknya ia akan mendatangkan kemurkaan Allah Ta’ala. 

Antara cara untuk menjaga lisan adalah dengan memperbanyakkan zikir dan membaca Al-Quran. Jika anda mahu belajar Al-Quran di rumah, dialu-alukan ke Beana HomeQuran. Beana menyediakan perkhidmatan pembelajaran Al-Quran bersama guru bertauliah. Sama ada kanak-kanak, remaja atau dewasa, semua disediakan! Klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut. 

Semoga Allah Ta’ala sentiasa meluruskan lisan-lisan kita, memperbaiki amalan-amalan kita dan memberikan kita taufik untuk mengamalkan perkara yang Dia cinta dan Dia redhai.