fbpx

Kelebihan Doa Nabi Yunus

doa nabi yunus

Kelebihan Doa Nabi Yunus

doa nabi yunus

Doa Nabi Yunus atau mungkin anda kenali sebagai zikir atau istighfar Nabi Yunus adalah sebuah doa yang terkenal kerana kekuatannya sebagai doa yang mustajab.

Tahukah anda tentang keunikan cerita Nabi Yunus yang terakam dalam Al-Quran?

Kisah Nabi Yunus dalam Al-Quran

Kisah Nabi Yunus yang ditelan oleh seekor ikan paus akibat berpaling daripada kaumnya telah diabadikan dalam Al-Quran. Ketika itu, Nabi Yunus kecewa lantaran keengganan kaumnya menerima kebenaran ilmu Allah yang telah diajarkan.

Ketika di dalam perut ikan paus itu, Nabi Yunus berada dalam tiga kegelapan yang nyata. Iaitu, kegelapan berada dalam perut haiwan mamalia itu, kegelapan di tengah lautan dan ditambah dengan kegelapan malam.

Nabi Yunus berasa amat takut. Sekaligus telah menimbulkan rasa kekerdilan dan keinsafan dalam dirinya. Lalu doa itu ditutur dengan hati dan jasad yang menunduk mengharapkan kekuasaan Allah agar menyelamatkannya. Doa Nabi Yunus itu telah diabadikan dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 87:

لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Maksudnya: Tidak ada Tuhan selain Allah. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim.

Jadi apakah kelebihan yang terkandung dalam doa Nabi Yunus ini?

Antara perkara yang membuatkan secebis doa ringkas ini menjadi istimewa adalah kerana: 

Pengakuan Atas Keesaan Allah

Doa ini menunjukkan kepasrahan anda dalam menyandarkan segala pengharapan kepada Allah. Anda meyakini segala kekuatan dan kekuasaan datang hanya daripada Allah.

Pengakuan Dosa Yang Telah Dilakukan

Seperti dalam kisah Nabi Yunus, menunjukkan kekerdilan Nabi Yunus menginsafi kekhilafan dirinya yang meninggalkan kaumnya yang ingkar. Sedangkan tugas seorang nabi adalah untuk menyebarkan ajaran, bukan sebagai pemberi hidayah buat seseorang manusia.

Permohonan Ampun Kepada Allah
berdoa

Doa ringkas ini mempunyai makna yang mendalam bertujuan untuk anda meminta keampunan kepada Allah dengan serendah-rendah hati. 

Semoga perkongsian ringkas ini sedikit sebanyak mampu memberi manfaat kepada anda. Jika anda berada dalam kesusahan, anda digalakkan membaca doa ini dan jadikan amalan harian agar dibuka jalan penyelesaian untuk anda. Dengan izin Allah, Allah bantu. 

Sebenarnya, banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang anda boleh jadikan doa amalan seharian. Ilmu Al-Quran itu luas untuk anda pelajari lebih dalam lagi.

baca alquran

Jika anda mahu belajar ilmu Al-Quran, anda boleh menjengah ke Beana HomeQuran. Atau klik saja link saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Semoga Allah redha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *