fbpx

Kelebihan Belajar Mengaji Di Rumah

Kelebihan Belajar Mengaji Di Rumah

Mengaji di rumah sangat digalakkan untuk setiap umat Islam . Tetapi masalah kekangan masa kerana perlu menyara hidup menjadi salah satu punca kita semakin hari semakin kurang masa membaca Al-Quran. Maklumlah, setelah pulang dari bekerja, kita inginkan waktu untuk rehat dan waktu untuk diri sendiri.

Kelebihan Belajar Mengaji Di Rumah

Firman Allah SWT bermaksud, “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (Surah Az-Zumar : 9)

Sebenarnya belajar mengaji sendiri ini tidak perlu mengambil masa yang lama pun. Ini kerana ianya bergantung kepada diri kita sendiri. Akan tetapi, oleh kerana tiada disiplin dan tidak cukup berdedikasi, maka segalanya tidak berjalan begitu lancar. Semuanya terletak kepada mood pada ketika itu, sekiranya malas, kebiasaannya kita akan abaikan dan berfikir untuk mengaji keesokon harinya. Masalahnya, keesokan harinya kita tetap berfikiran sebegitu dan akhirnya kita membuatkan kita tidak membaca Al-Quran pun.

1. Menggunakan Perkhidmatan Tutor

Sesetengah orang pula berasa sangat tidak selesa untuk belajar mengaji beramai-ramai di kelas mengaji. Ini juga mungkin kerana agak segan dan malu sebab sudah berumur dan masih tidak lancar pembacaan Al-Quran itu. Tidak mengapa. Inilah antara sebab mengapa wujudnya kelas-kelas mengaji di rumah masing-masing. Tutor atau ustaz dan ustazah sendiri yang akan datang ke rumah anda untuk mengajar anda mengaji supaya anda tidak berasa segan. Tidak akan ada alasan lagi untuk anda tidak mengaji selepas ini.

Walaupun begitu, masih ramai lagi yang tidak mempunyai kesedaran tentang home tutor mengaji ini. Sebenarnya telah banyak home tutor yang mengajar untuk mengaji. Sama ada secara one-to-one ataupun berkumpulan tidak menjadi masalah.

Tutor mengaji di rumah ini sebenarnya telah banyak memudahkan anda yang bekerja siang malam lagi-lagi ibu bapa di luar sana. Balik rumah nak kena buat kerja rumah dan jaga makan minum anak pula. Kerja tidak pernah putus. Maka, dengan adanya home tutor untuk mengaji ini telah banyak menjimatkan masa anda. Ini kerana anda tidak perlu lagi bersiap dan bergegas untuk keluar ke tempat mengaji. Sebaliknya, tutor yang akan bergegas ke tempat anda.

Dengan belajar mengaji di rumah, anda juga dapat menentukan masa yang sesuai untuk anda belajar mengaji tersebut. Jadi, anda tidak perlu bergegas atau kelam kabut pulang dari kerja kerana waktu mengaji tersebut telah ditetapkan mengikut kesenangan anda bukan mengikut waktu yang ditetapkan oleh tutor. Oleh itu, anda boleh tetapkan sendiri waktu bila anda tidak sibuk dan boleh menyumbangkan sepenuh masa untuk mengaji.

2. Selesa dan tidak rasa malu

Jadi, terdapat banyak kelebihan dalam belajar mengaji di rumah ini. Belajar mengaji di rumah dapat mewujudkan keselesaan dalam menegur dan memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukan. Anda tidak akan ada rasa malu dan segan kerana tersalah membaca hukum tajwid dan sebagainya. Tutor juga lebih senang untuk menegur.

Selain itu, suasana rumah yang selesa dan tenang juga menjadi salah satu faktor utama dalam memilih untuk mengaji di rumah. Ketenangan dalam belajar mengaji adalah suatu keperluan. Ini kerana kita perlu fokus dan meletakkan seratus peratus minat dalam mempelajari Al-Quran dan tajwidnya. Segala yang dipelajari akan lebih mudah ditangkap dan senang diingati sekiranya keadaan tempat belajar selesa, senyap dan tenang.

3. Keselamatan terjamin

Sesetengah ibu bapa memilih untuk belajar mengaji di rumah dan mengupah home tutor kerana mereka perlu menjaga dan mengawasi anak-anak mereka. Perkara ini juga menyenangkan ibubapa kerana tidak perlu mengupah penjaga untuk anak-anak kerana ibu bapa berada di rumah dan boleh mengawasi pergerakan anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa juga boleh mencuba untuk mengajak anak turut mengaji bersama. Walaupun anak-anak masih kecil tetapi dengan adanya contoh yang baik di hadapan mereka, mereka pasti akan cepat terpengaruh dan mula berjinak-jinak untuk membaca Al-Quran. Hal ini sekaligus dapat menarik minat anak-anak untuk terus mengaji saat usianya meningkat nanti kerana sudah terbiasa dengan keadaan dan suasana mengaji tersebut.

Di samping itu, belajar secara berkumpulan kebiasaannya akan membuatkan seseorang itu hilang fokus dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya tentang apa yang dipelajarinya. Lagi-lagi jika anak anda adalah seorang remaja atau kanak-kanak. Bagaikan sudah terbiasa, sekiranya mereka berjumpa dengan kawan-kawan mereka, mereka pasti rasa ingin berbual dan bersembang walaupun ketika sedang belajar.

Jadi, ianya agak tidak praktikal untuk belajar secara berkumpulan atau beramai-ramai. Tetapi, sekiranya terdapat dalam dua ke tiga orang mungkin akan lebih membantu keadaan tersebut. Terlalu ramai pelajar akan membuatkan anda susah untuk bertanya sekiranya tidak faham atau terlepas perkara yang diajarkan. Anda juga mungkin akan berasa sedikit segan untuk bertanya kerana takut dilabel lembab faham dan sebagainya.

4. Belajar secara one to one

Oleh itu, dengan belajar mengaji di rumah ini sangat digalakkan lagi-lagi diusia yang sudah lanjut ini. Ianya berlainan dengan belajar di pusat-pusat mengaji kerana belajar mengaji di rumah ini akan meningkatkan perhatian pembelajaran kita. Ustaz atau ustazah yang mengajar akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anda. Pembelajaran one-to-one sangat efektif kerana segala kesalahan dan pembetulan dapat diketahui secepat mungkin.

5. Masa yang fleksible

Antara kelebihan belajar mengaji di rumah yang lain adalah suasana yang santai di rumah. Anda boleh bersiap tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama kerana hanya berada di dalam rumah. Hanya perlu menutup aurat kerana ingin menimba ilmu Al-Quran. Selain itu, sekiranya anda haus atau ingin mengunyah sesuatu kerana ingin menghilangkan perasaan mengantuk ketika belajar, anda boleh meminta untuk berehat seketika dan ke dapur untuk mencari minuman atau makanan ringan.

Seterusnya, dengan belajar mengaji di rumah, anda juga boleh secara berkumpulan mengajak anak anda untuk turut serta bersama-sama belajar mengaji. Tidak salah rasanya sekiranya ibu bapa belajar bersama-sama anak anak mereka. Anda juga akan lebih senang untuk memerhati anak anda dan mengawasi tahap pemahaman mereka dalam pembelajaran tajwid, Al-Quran dan sebagainya.

Walaupun anda akan bersa sedikit kekok atau apa sekalipun, abaikannya dan ingat bahawa anda belajar mengaji hanya kerana Allah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk malah memberikan contoh yang terbaik kepada anak-anak anda.

Sekiranya anak anda melihat anda lebih bagus daripada mereka, ianya mungkin kan meningkatkan kehendak dan minat mereka untuk terus maju dan belajar dengan lebih tekun supaya cepat pandai dalam membaca Al-Quran. Minat anak-anak perlu dipupuk sejak dari awal lagi supaya lebih senang untuk mengendalikan mereka kelak. Didikan yang diberi sejak dari awal usia boleh meningkatkan memori kanak-kanak tersebut.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan dalam belajar mengaji di rumah ini. Anda akan berasa mudah dan selesa ketika sesi pembelajaran. Anda juga tidak akan berasa segan silu untuk bertanya kepada tenaga pengajar tersebut. Ketahuilah sesungguhnya Allah akan menaikkan darjat bagi mereka yangmenuntut ilmu.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Mujadalah : 11)

Allah juga menyuruh hambaNya untuk menuntut ilmu seperti dalam firmanNya yang bermaksud, “Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” (Surah Taha : 114) ')}

Ingin mendapatkan perkhidmatan private tutor untuk belajar di rumah? Jom klik di sini !