fbpx

PROGRAM KELAS MENGAJI AL-QURAN

Klik PLAY pada video di bawah untuk ketahui bagaimana anda juga boleh memulakan kelas mengaji online atau kembangkan lagi pengetahuan ilmu Al-Quran anda !

Program pendidikan Al-Quran inovasi #1 di Malaysia dalam usaha mendidik dan membuka peluang pembelajaran secara intensif baik proses pembelajaran permulaan atau pembelajaran lanjutan dalam bidang Al-Quran atau Pengajian Islam.

Program kelas mengaji Al-Quran yang ditawarkan terbahagi kepada 3 program teras , iaitu :-

✅ Kelas Asas Mengaji Al-Quran (Beginner)

✅ Kelas Mengaji Al-Quran Intensif

✅ Kelas Mengaji Al-Quran Advanced

Dalam setiap program akan mengandungi 3 Modul utama yang difokuskan iaitu :

  • Al-Quran
  • Fardhu Ain
  • Hafazan

Dalam setiap program kelas mengaji Al-Quran mengandungi 3 konsep proses pembelajaran utama  :

☑ BELAJAR :  Belajar asas Al-Quran

☑ FAHAM : Faham Asas Fardhu ain

☑ PRAKTIS : Praktis dan amali

belajar mengaji
kelas mengaji

12 keunikan Program Kelas Mengaji Al-Quran ini:

1. Kelas Al-Quran sesuai kepada jenis peringkat pelajar , kanak-kanak, remaja  dan dewasa.

2. Modul direka khas dan berinovasi mengikut keperluan pelajar.

3. Kelas mengaji Al-Quran kanak-kanak menggunakan kaedah Fun Learning

4. Belajar sambil bermain dengan perkara yang berkaitan dengan topik yang sedang  di bincangkan . 

5. Fun learning sesuai untuk kanak-kanak yang memiliki daya fokus, tidak boleh belajar lebih dari 20 minit, dalam kelas mengaji bersama beana ia dapat membantu kanak-kanak lebih fokus 60 minit dengan kaedah with your style.

6. Be yourself , adalah tagline bagi pelajar kategori remaja dan dewasa.

7. Pendekatan kaedah mengaji bersama pelajar remaja adalah jadi seperti mereka , ia dapat membantu pelajar remaja lebih selesa dan minat untuk terus membaca Al-Quran.

8. Kelas mengaji remaja sesuai bagi pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran. 

9. Kelas mengaji dewasa, ia sesuai bagi yang pernah belajar mengaji tetapi banyak yang terlupa bagaimana untuk membacanya dan mempunyai kekeliruan dalam menentukan hukum hakam tajwid sehingga tidak boleh memperatikkan bacaan dengan bertajwid semasa membaca Al-Quran.

10. Kelas mengaji Al-Quran dewasa membantu pelajar untuk mengenal apa itu Al-Quran dan bagaimana Al-Quran menjadi sebagai rujukan pada segala amalan dalam kehidupan.

11. Kelas mengaji dewasa sesuai bagi yang ingin istiqamah mengaji walaupun kelas seminggu sekali.

12. Kelas mengaji Al-Quran untuk semua peringkat umur boleh dijalankan minima seminggu sekali ia bermaksud 1 jam kelas dalam masa seminggu.

Kelas mengaji Al-Quran yang ‘mesra belajar’ dari segi pemilihan tenaga pengajar sama ada pelajar selesa menjalankan kelas dengan ustaz ataupun ustazah.

Dalam setiap program terbahagi kepada 3 modul utama yang akan dibahas dan disampaikan dalam bentuk teori dan praktikal.

Kelas Asas Al-Quran

  • Kelas mengenal bacaan huruf dan tanda-tanda asas Al-Quran.
  • Kelas asas fardhu ain. Pengenalan ilmu Rukun Iman dan Islam.
  • Kelas Hafzan merangkumi Hafazan surah lazim dan doa2 asas kehidupan seorang muslim.

Kelas mengaji Al-Quran Intensif

  • Kelas mengaji Al-Quran intensif (makhraj huruf dan tejweed)
  • Modul Asas Fardhu Ain (Teori dan praktikal wudhu’ dan solat ) – amal dengan baik.
  • Modul Hafazan (Hafazan suran intensif dan doa amalan harian.

 

Kelas Mengaji Al-Quran Advanced

  • Al-Quran – Kenal secara teori makhraj dan amal, serta fahami tafsir per ayat atau per surah.
  • Modul Fardhu Ain – Kenali hukum hakam syariah dan fahami cara mengamalkannya dengan perkongsian tips dan trick.
  • Modul Hafazan – Hafazan bagi juzu’ 28 sehingga 30.
belajar mengaji
belajar mengaji
kelas mengaji

Kaedah pembelajaran secara one to one “customize” mengikut kesesuaian waktu, hari dan tempat pelajar sangat sesuai kepada ibu bapa yang sibuk tidak sempat menghantar anak ke pusat Al-Quran yang berdekatan.                                     

3 kedah yang diperkenalkan oleh Beana , iaitu:

Kelas mengaji Al-Quran secara online lebih praktikal bagi sesiapa yang masih mempunyai perasaan malu untuk mengaji secara bersemuka , dan sesuai bagi wanita yang bekerjaya , malah boleh menjimatkan waktu dan juga lebih mengurangkan kos.

TRIAL CLASS SECARA PERCUMA !

Soalan Lazim

Apakah Modul yang akan dipelajari dalam kelas mengaji Al-Quran yang diambil bersama Beana ?

MODUL

MAKLUMAT

Al-Quran

Modul ini memfokuskan kepada Pengenalan asas Al-Quran yang menggunakan teknik pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan.

Ia mengandungi 3 tahap iaitu pengenalan huruf hijaiyyah, baris Al Quran dan hukum tajwid.

Dalam modul ini, pelajar akan mempelajari cara kenal dan sebut huruf hijaiyyah dengan betul. Pelajar juga dapat mengenal hukum hakam tajwid dan cara bacaannya sekaligus dapat meningkatkan kualiti bacaan.

Fardhu Ain

Manakala untuk asas fardhu Ain memfokuskan pengenalan rukun iman, rukun islam,cara berwudhu’ dan solat yang sempurna.

Dalam modul ini , pelajar bukan saja didedahkan dengan ilmu teori semata-mata , malah pelajar juga akan memperkatikkan apa yang telah dipelajari dengan membuat praktikal khususnya bagi topik wudhu’ dan solat.

Hafazan

Bagi asas hafazan pula, pelajar menghafaz surah surah lazim mengikut tahap kemampuan pelajar tersebut.

Surah pilihan hafazan adalah dari surah Al-Fatihah sehinggalah Surah Al-Fajr.

Setiap modul ini sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Bagaimana untuk mendaftar ?

Ada dua cara yang disediakan pihak kami untuk mendaftar kelas belajar mengaji sama ada melalui terus di talian atau melalui whatsapp di 011-70073859 ( admin Nadhirah) atau pun boleh juga melalui website kami. Buka saja link ini daftar NOW dan ikut step yang terdapat di website tersebut.

Soalan Lazim

Bagaimana program kelas mengaji ini dijalankan ?

CARA KELAS MENGAJI DIJALANKAN SECARA DALAM TALIAN

Pelajar  boleh menjalankan pembelajaran secara dalam talian  melalui laptop, desktop ataupun smartphone/tablet sahaja.

Dan pelbagai aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat kelas mengaji secara dalam talian iaitu, whatsapp video call , zoom meeting , skype , webinar , dan sebagainya.

Pelajar akan disediakan buku mengaji iaitu Smart Jazary yang boleh digunakan bagi semua kategori pelajar iaitu , kanak-kanak, remaja dan juga dewasa.

Selain itu, kelas mengaji di rumah yang mengamalkan konsep ‘mesra gadget’ juga boleh membantu pelajar lebih Fun dan mudah untuk membuat aktiviti.

Siapakah tenaga pengajar bagi program ini?

Beana ditubuhkan sejak January 2017 sehingga ke tahun 2022 ini memiliki kekuatan seramai 120+ tenaga pengajar yang mana pengajarnya terdiri daripada ustaz dan ustazah yang berpengalaman dan bertauliah.

Berapakah yuran bagi program kelas mengaji ini ?

Yuran program ini selama sebulan adalah RM 200 bagi kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa untuk kelas 4 sesi sebulan. Setiap minggu sebanyak 1 kali sesi dan setiap sesi selama 1 jam. 

Bagaimanakah cara pembayaran yuran ?

Cara pembayaran yuran adalah melalui Online transfer secara penuh.

OK ! Saya bersedia untuk daftar progam kelas mengaji ini. Apakah langkah yang perlu saya ambil ?

Langkah pertama , anda perlu melakukan pendaftaran dengan mengisi borang pendaftaran disini.

keluarga

Jom Daftar Sekarang 

Masih mempunyai soalan yang tidak terjawab?

Sekiranya anda masih mempunyai soalan yang tidak terjawab, hubungi kami :-

job.beanahomequran@gmail.com