fbpx

Ibnu Abdil Barry

Ibnu Abdil Barry

IMG_1633

Ustaz Ibnu Abdil Barry Bin Ubaidillah merupakan seorang pengasas dan penasihat syarikat,

“Beana Home Quran” sebuah platform yang membantu masyarakat Islam menyertai kelas mengaji Al-Quran mengikut kesesuaian dan keselesaan pelajar.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Barry berasal daripada Jawa Barat, Indonesia. Lahir pada 8 Januari 1980 (42 tahun) dan telah berkahwin dengan,

Anna Rosdijanti Binti Ahmat Rusdidan yang juga pengasas Beana Home Quran. Mereka juga telah menetap di Malaysia.

Biografi

Ustaz Barry memulai kefahaman dalam mengaji adalah melalui guru mengaji yang juga abang kepada datuk beliau Haji Makmun.

Beliau yang banyak mengajar Ustaz Barry dari Alif Ba Ta, dan setelah sudah mahir beliau mula menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.


Pendidikan

Sekolah Pondok Khusnul Khatimah, Kuningan, Jawa Barat, Indonesia

  • Beliau belajar Bahasa Arab juga belajar beberapa asas ilmu seperti Tafsir Al Jalalain, Kitab Kifayatul Akhyar Mukhtasar Ihya Ulum Addin dan banyak lagi asas-asas ilmu Agama Islam lain yang beliau belajar dari sekolah itu.

Universiti Al Azhar Cairo,Egypt

  • Pada tahun 2000 beliau mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian sehingga tahun 2008. Di sana beliau berjumpa dengan tokoh tokoh ulama yang banyak sekali memberi pengajaran tentang pemahaman Islam yang sempurna dan dekat dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Pengalaman

  • Ketika di Mesir beliau memberi bimbingan belajar Bahasa Arab kepada mahasiswa dan mahasiswi dari negara seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan banyak lagi untuk mereka yang kurang dalam asas Bahasa Arab dan mengajar cara mudah belajar untuk mereka di sana. 
  • Beliau juga pernah mengajar Bahasa Arab secara kelas persendirian dari situlah ramai permintaan yang meminta untuk mengajar sehinggalah dari sebahagian orang yang belajar Bahasa Arab bersama, meminta agar beliau menyampaikan beberapa pembahasan yang lain untuk mempelajari tafsir, Bahasa Arab dan Al-Quran dan mula dari situ pada tahun 2012, beliau mengajar tafsir beberapa ilmu asas yang lain.
  • Beliau juga pernah menjadi Imam di Surau Al Ulum, Sekyen 9 Kota Damansara pada tahun 2010. Dan semasa beliau menjadi imam, pada tahun 2009-2019 beliau banyak diminta untuk memberikan tazkirah khususnya selepas subuh berkaitan tajwid tertentu.

Motivasi Diri

  • Ibu Ustaz Barry, Puan Munjidah adalah insan yang paling bersemangat dalam mendoakan beliau dan menyokong dalam menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu. 
  • Dan semasa beliau belajar di pondok dulu, Alhamdullilah beliau dikurniakan seorang guru yang ikhlas dalam menyampaikan ilmu itulah Al Fadil Ustaz Sufian Muhammad Sabiqin, beliau lah yang telah membimbing Ustaz Barry ketika beliau masih kosong dan tidak mempunyai asas maka beliau lah yang memberi fahaman Al-Quran dan Hadis. Ustaz Sufian yang banyak membantu Ustaz Barry untuk bersemangat dalam menghafal hadis bahkan ketika sebahagian besar dari murid murid pergi ke kantin untuk makan, Ustaz Barry dan Ustaz Sufian duduk di dalam masjid untuk menghafal hadis hadis dari kitab Riyadh Al Solihin. 
  • Selain itu isteri dan 3 orang cahaya mata Filasthin Ezzaty, Ahla Jinaan dan seorang putera Ben Hazm yang telah memberikan beliau satu senyuman dengan melihat mereka senang membuatkan segala masalah boleh menjadi hilang.

Program Ustaz Barry

IMG_1583

Ustaz Barry juga banyak mengajar dan menguruskan kelas atas talian (Online) dan kesibukan yang juga ambil masa bersama di Beana Home Quran untuk bersama dengan “team” bersama guru-guru mengajar Qutor. Ini adalah senarai program yang pernah dijalankan dan sedang dijalankan;

  • Fahami Bahasa Al Quran
  • Seminar Ilmu Hadis
  • Tafsir Surah Al- Nisaa’
  • Pengajian Al Hikam
  • Syarah Bulugh Al-Maram
  • Tafsir Surah Al-Baqarah
  • Kelas Intensif Solat (Beginner)
  • Kelas Intensif Solat (Intermediate)
  • Tafsir Surah Al-Insan
  • Sinopsis 30 Juzuk

Mutiara Hikam

  • Ustaz Barry juga pernah menulis sebuah buku yang bertajuk Mutiara Hikam, iaitu pada asalnya adalah himpunan nota kelas al-Hikam yang diadakan di Dewan Ilmu Surau Al Ulum, Seksyen 9, Kota Damansara bermula pada 6 Julai 2011 hingga 17 Oktober 2019 semasa beliau mendapat amanah untuk menjadi imam di sana.
  • Nota-nota tersebut ditulis dengan berpandukan kepada beberapa syarahan kitab al-Hikam, di antaranya seperti: Sharah Ibnu Abbad al Nafari al-Rundi, Sharah Sheikh Ahmad Zarrüq al-Maliki, Sharah Sheikh al Sharqawi al-Shafi’t Sheikh al-Azhar, Sharah Ibn Ajibah al-Maliki, Sharah Sheikh al-Sharnubi, dan Sharah Dr. Muhammad Sa’id Ramadan al-Būti.
  • Untuk memudahkan proses pembelajaran, beliau berusaha sedaya upaya untuk memudahkan karya ini dengan membahagikan setiap perbincangan mengikut perenggan, kemudian memberikan subtajuk yang sesuai pada bahagian yang perlu. Beberapa catatan penting juga turut diberikan sebagai tambahan penjelasan.