fbpx
haid

Hukum Hakam Wanita Haid

Hukum Hakam Wanita Haid

haid

3 jenis darah yang keluar dari faraj perempuan:

  1. Haid
  2. Nifas
  3. Istihadah
Definisi Darah Wanita

Haid: Darah yang keluar dari faraj perempuan dalam keadaan sihat, bukan kerana melahirkan.

Nifas: Darah yang keluar selepas melahirkan.

Istihadah: Darah yang keluar bukan pada hari-hari haid dan nifas.

Kadar Waktu Haid Perempuan Dalam Mazhab Syafie

Masa yang paling pendek adalah sehari semalam.

Masa yang paling panjang adalah 15 hari.

Yang paling lazim 6 atau 7 hari.

Hukum Hakam Yang Berkaitan

Perempuan yang haid diharamkan melakukan ibadah seperti solat, puasa, membaca Al-Quran dan sebagainya. Selain itu, memegang mushaf, masuk masjid, tawaf, dan melakukan hubungan suami isteri juga tidak boleh.

Dalil Diharamkan Solat

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Said bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Ketika ditanya tentang kekurangan agama perempuan: bukankah perempuan ketika haid tidak solat dan tidak puasa?

Hadis ini menjelaskan bahawa perempuan yang ‘datang bulan’ tidak boleh solat dan tidak berpuasa.

Dari Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Muazah bahawa dia bertanya kepada Aisyah: Kenapa perempuan haid mesti mengqada’ puasa dan tidak mengqada’ solat? Aisyah berkata: Perkara itu, terjadi pada kami semasa hidup Rasulullah SAW dan kami diperintahkan untuk mengqada’ puasa dan tidak diperintahkan mengqada’ solat.

Hukum Membaca Al-Quran

Ada perbezaan pandangan ulama tentang hukum membaca Al-Quran bagi perempuan yang tengah haid.

Kebanyakan ulama dalam mazhab syafi’i, mazhab hanafi, dan mazhab hanbali berpandangan bahawa perempuan yang sedang berada dalam keadaan haid dan nifas diharamkan untuk membaca Al-Quran, sama ada sedikit atau banyak, kecuali ayat-ayat yang lazim digunakan sebagai zikir atau doa.

Mereka berpegang kepada hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ibnu Majah dari Ali Bin Abi Thalib, bahawa tidak ada sesuatu apapun yang menghalangi Rasulullah daripada Al-Quran melainkan keadaan junub.

Sebahagian ulama menilai hadith ini sebagai hadith hasan atau sahih. Al Baihaqi berkata: ada riwayat yang sahih dari Umar bahawa dia tidak menyukai orang junub membaca Al-Quran.

Mereka mengqiyaskan perempuan yang tengah haid dengan orang yang berada dalam keadaan junub, kerana keduanya adalah hadas besar yang mewajibkan mandi.

Imam Malik, Dawud berpandangan: dibolehkan bagi orang yang junub dan haid membaca seluruh Al-Quran, pandangan ini diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Said Bin al Musayyib.

Al-Qadhi Abu al Thayyib, Ibn al Shabbagh dan yang lainnya mengatakan bahawa pandangan ini dipilih oleh Ibnu al Munzir.

Imam Nawawi berkata:

Orang yang membolehkan (orang junub dan haid untuk membaca Al-Quran) secara umum berdalil dengan hadith ‘Aisyah bahawa Nabi sentiasa berzikir kepada Allah dalam setiap keadaannya,

Riwayat Muslim, mereka mengatakan: membaca Al-Quran adalah bahagian dalam zikir dan hukum asal membaca Al-Quran adalah tidak diharamkan.

Jika anda ingin belajar Al-Quran, dipersilakan menjengah Beana HomeQuran. Beana menyediakan perkhidmatan pembelajaran Al-Quran dari pelbagai peringkat umur: kanak-kanak, remaja dan dewasa. Anda tak perlu risau untuk keluar rumah waktu COVID-19 ini kerana kelas dijalankan secara atas talian bersama para guru yang bertauliah. Klik link saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.